19 research outputs found

    Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu

    Get PDF
    Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan pendekatan didik hibur sebagai alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran murid mulai tahun 2010 sangat dialu-alukan. Ini adalah kerana ramai guru masih selesa menggunakan pendekatan pengajaran tradisional semasa menyampaikan pengajaran. Guru Bahasa Melayu memberikan input yang banyak kepada murid agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Namun kurang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan mewujudkan suasana pengajaran yang membosankan dan tidak menarik. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif deskriptif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 327 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat, Selangor dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata bernisbah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (M = 4.00, SP = 0.34) manakala sikap guru Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana (M = 3.55, SP = 0.41). Hasil dapatan ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Hulu Langat mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pendekatan didik hibur tetapi memiliki sikap yang sederhana terhadap pendekatan didik hibur. Sikap guru dalam aspek afektif menunjukkan tahap yang sederhana (M = 3.64, SP = 0.50), manakala aspek tingkah laku pula menunjukkan tahap yang positf (M = 3.80, SP = 0.48) dan aspek kognitif menunjukkan tahap yang sederhana (M = 3.23, SP = 0.48). Kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur di sekolah rendah daerah Hulu Langat. Kementerian Pendidikan Malaysia harus menyediakan bengkel atau kursus berkaitan pendekatan didik hibur bagi memantapkan tahap pengetahuan dan sikap guru. Sebagai kesimpulannya, guru mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan sikap terhadap pendekatan didik hibur agar dapat dilaksanakan dengan berkesan semasa pengajaran guru

    Molecular dynamics in shape space and femtosecond vibrational spectroscopy of metal clusters

    Full text link
    We introduce a method of molecular dynamics in shape space aimed at metal clusters. The ionic degrees of freedom are described via a dynamically deformable jellium with inertia parameters derived from an incompressible, irrotational flow. The shell correction method is used to calculate the electronic potential energy surface underlying the dynamics. Our finite temperature simulations of Ag_14 and its ions, following the negative to neutral to positive scheme, demonstrate the potential of pump and probe ultrashort laser pulses as a spectroscopy of cluster shape vibrations.Comment: Latex/Revtex, 4 pages with 3 Postscript figure

    Determinants of Vessel Speed in the VLCC Market : Theory vs.practice

    Get PDF
    A widely accepted relationship in optimal speed theory is that speeds of vessels respond positively to changes in freight rates and negatively to changes in bunkers. In this thesis we analyse how this hypothesis corresponds to what is actually practiced by market participants. In addition, an important contribution of this thesis is to examine how vessel specific and operational specific variables affect speed in practice. The analysis is based on the theoretical speed optimization models of Ronen (1982), and utilizes a comprehensive panel dataset with observed average daily speed of 607 VLCCs1 in the period from Jan 2013 to Feb 2015. By applying a random effects panel data model, we are not only able to explain the variations within one vessel over time, but also variations between vessels. The empirical analysis shows considerable differences in how speed responds to changes in explanatory variables for the laden and the ballast leg. For the ballast leg, we find significant relationships between freight, bunkers and speed, in line with theory, but less in magnitude than theoretical models suggest. Conversely, for the laden leg we find no evidence for any relationship between speed and macro variables. Our analysis suggests that financing costs and the cost distribution among charterers and owners create split-incentive problems for VC contracts, leading to the discrepancies between theory and practice. The findings can also be caused by a larger share of the fleet sailing on TC contracts than first anticipated. Further, we find only slight evidence that vessel specific factors may have an influence on the speed decision. Cargo owners with operational control of the vessels are shown to have other speed incentives than traditional shipowners, with more emphasis on cargo value and the sourcing of cargo. Our findings substantiate that before introducing market-based measures to reduce emissions, regulating authorities should fully understand the true speed incentives of the market participants.nhhma

    New Books

    No full text

    Perbezaan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah

    Get PDF
    Pendekatan didik hibur ialah satu pendekatan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah secara santai dan seronok. Pengajaran guru akan menjadi lebih mesra murid supaya dapat menerima pengajaran guru tanpa berasa tertekan. Untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat maka satu kajian telah dijalankan. Sampel rawak berlapis bernisbah digunakan untuk memilih 327 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru adalah tinggi terhadap pendekatan didik hibur (min = 4.00, SP = 0.34) manakala sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah positif (min = 3.55, SP = 0.41). Aspek tingkah laku guru berada pada tahap yang positif (min = 3.80, SP = 0.48) namun begitu, aspek afektif dan kognitif berada pada tahap sederhana dengan masing-masing dengan min = 3.64, SP = 0.50 dan min = 3.23 SP = 0.48. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan jenis sekolah [F(2, 326) = 5.906, P = .003 < .05] dan antara sikap guru dengan jenis sekolah [F(2, 326) = 3.648, P = .027 < .05]. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 4.00, SP = .34) dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 4.02, SP = 0.34; t(259) = -.657, p = .512 > .05) dan antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 3.56, SP = 0.40) dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 3.55, SP = 0.43; [t(245) = -.196, p = .844 > .05) serta juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan terhadap pendekatan didik hibur dengan pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .995, P = .371 > .05] dan antara sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dengan pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .242, P = .785 > .05]. Secara kesimpulannya, pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat yang menggunakan pendekatan didik hibur dapat menarik minat dan rasa seronok murid untuk terus belajar mata pelajaran Bahasa Melayu seiring dengan arus pendidikan abad ke-21 ini kerana guru memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran masing-masing
    corecore