238 research outputs found

    Korelasi antara eko inovasi dan prestasi kelestarian organisasi

    Get PDF
    Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai pembangunan sosioekonomi pada masa kini. Walau bagaimanapun, Malaysia masih menghadapi beberapa cabaran dalam menguruskan alam sekitar iaitu isu perubahan iklim. Isu perubahan iklim ini adalah isu alam sekitar pada masa kini yang semakin mendapat perhatian oleh masyarakat di seluruh dunia. Terdapat beberapa isu alam sekitar iaitu hujan asid, penipisan lapisan ozon, pemanasan global, dan pencemaran air. Isu alam sekitar ini semakin berleluasa di seluruh dunia dan semakin ramai institusi serta individu cuba untuk menangani masalah ini (Cordano et al., 2010)

    Leadership qualities of university librarians in Malaysia / Kamariah Nor Mohd Desa

    Get PDF
    The purpose of this study is to explore the leadership qualities required for Malaysian public university librarians that enhances customer satisfaction. The objectives of the study are (1) to examine the perceptions of librarians on their leadership qualities, (2) to examine the perceptions of subordinates on the leadership qualities of their librarians, (3) to examine the perceptions of the heads of departments on the leadership qualities of librarians who are their subordinates, (4) to assess the satisfaction of customers on library services, (5) to examine the relationship between the various dimensions of leadership qualities, (6) to compare the perceptions of different groups of respondents on leadership qualities, (7) to compare the perceptions of users on the imp0l1ance and performance of library services, and (8) to identify factors (e.g. transformational leadership, emotional intelligence and servant leadership) affecting leadership skills. The study covers 20 public university libraries in Malaysia. Respondents are librarians at all levels, head of departments, subordinates and library customers. The survey method is adopted. Data are collected through four (4) sets of questionnaires. The study adopts the 360 degree method in which the perceptions of respondents are gauged from multiple perspectives, thereby providing more data and information. Descriptive statistics of perception scores such as demographic profiles, means and standard deviations for each dimension are tabulated. Analytical methods for inferential statistics such as correlation analysis, statistical tests of significant differences, gap analysis and regression analysis are conducted. The results show that librarians are very positive about their leadership qualities, however they are moderately capable of understanding abstract ideas. Supporting staff rate the leadership qualities of their librarians lower than the librarians themselves and claim that the librarians are less likely to admit their mistakes or make sacrifices for others. Head of departments are more positive on the leadership qualities of their librarians particularly with respect to commitment and preserving organisation integrity. However they acknowledge and correspond to the librarians' perceptions that librarians are moderately capable to understand abstract ideas. There are differences in the perceptions of different groups of respondents on leadership qualities. Library customers are generally satisfied with most of the services offered but need to improve wireless access, computer facilities, online resources for their users and user friendly websites. However, the overall gap analysis of library services show the results of importance and performance mean scores (m=0.398) and are significantly different (p<0.01). There are significant gaps between the expectation of customers and their satisfaction. The results also show irregularity of positive or significant impact on identifying factors (e.g. transformational leadership, emotional intelligence and servant leadership) affecting leadership skills. This study is significant as it contributes to the body of knowledge in leadership qualities of university librarians. It contributes to new knowledge concept, instruments and 360 degree approach. It benefits public university libraries, faculties, researchers and the Ministry of Education (MOE) and nation

    Hubungan antara amalan pengurusan rantaian bekalan hijau (GSCM) dan prestasi rantaian bekalan di sektor pembuatan, Batu Pahat, Johor

    Get PDF
    Pola pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan tahap penggunaan tenaga dan bahan-bahan dan memberi kesan kepada kemampanan alam sekitar. Kemakmuran ekonomi bagi penduduk bandar yang lebih besar, lebih banyak membawa kepada pembaziran pengeluaran. Hal ini berlaku kerana penghasilan sisa dipengaruhi oleh proses perindustrian. Sisa dari sektor pembuatan boleh mendatangkan ancaman terhadap bekalan air, kesihatan awam dan alam sekitar melalui penyebaran bakteria lalu mengakibatkan pencemaran sumber air. Air yang tercemar mungkin mengandungi kepekatan bahan-bahan pencemaran yang tinggi yang dihasilkan oleh kilang-kilang dan akan datang kembali kepada pengguna melalui kitaran air sebagai sumber utama untuk kegunaan harian. Oleh itu, pengguna terdedah kepada pelbagai penyakit dan sekali gus boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka (Khairul, Rahman & Ho, 2011). Isu alam persekitaran merupakan isu yang kian mencabar kepada organisasi perniagaan pada masa kini. Pemanasan global, pengurangan kualiti udara dan pencemaran air merupakan beberapa contoh kesan alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti yang selaras dengan rantaian bekalan organisasi. Pada 9 April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

    Faktor-faktor adaptasi logistik terbalik di sektor pembuatan

    Get PDF
    Dalam dunia yang mempunyai sumber yang terhad, proses pemulihan yang digunakan untuk bahan atau produk adalah kunci untuk menyokong populasi penduduk dalam meningkatkan penggunaan bahan. Pengurangan bahan buangan menjadi kebimbangan kepada industri negara yang berkonsepkan kitaran bahan kerana bahan buangan tersebut merupakan salah satu sumber yang menjana ekonomi industri tersebut. Proses terbalik melibatkan kos yang besar berbanding keuntungan. Perubahan dalam undang-undang untuk melindungi alam sekitar telah memberi kesan kepada ekonomi dan perkhidmatan. Kini, semakin banyak syarikat yang menggunakan proses aliran terbalik untuk pergerakan barangan dalam sistem logistik mereka. Industri pembuatan merupakan industri utama dalam penggunaan aktiviti logistik terbalik. Sistem logistik terbalik merupakan aktiviti yang membentuk proses yang berterusan untuk penggunaan semula produk sama ada digunakan semula ataupun untuk pelupusan. Pembuatan semula ditakrifkan sebagai salah satu kaedah pemulihan yang digunakan untuk produk yang rosak atau bahagian-bahagian yang boleh diperolehi semula dalam keadaan kualiti yang sama dengan produk baharu dan boleh dimasukkan ke dalam produk baharu dan akan dijual semula dalam pasaran sama dengan bahagian atau produk baharu. Aktiviti logistik terbalik sering dilaksanakan oleh pengeluar asal kerana bahan yang digunakan semula diperlukan untuk pengetahuan dalam pengeluaran tertentu. Eltayeb dan Zailani (2010) menyatakan kebanyakan pengeluar di Malaysia tidak berminat untuk menggunakan semula barangan kitar semula atau pelupusan disebabkan oleh perbelanjaan tambahan untuk mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan logistik terbalik

    Hubungan di antara amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan inovasi produk di kalangan syarikat pemprosesan makanan industri kecil dan sederhana

    Get PDF
    Pada era globalisasi ini, keperluan pelanggan menjadi semakin sukar untuk dipenuhi telah mewujudkan persaingan sengit di kalangan organisasi menyebabkan sesuatu organisasi sangat sukar untuk bertahan. Oleh itu, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) menjadi falsafah pengurusan dan amalan syarikat yang membantu dalam menguruskan organisasi untuk meningkatkan keberkesanan dan prestasi keseluruhan ke arah mencapai status bertaraf dunia sejak dua dekad yang lalu (Yusof & Aspinwall, 2000). Di Malaysia, banyak organisasi mula menganggap kualiti sebagai komponen penting dalam rancangan perniagaan mereka untuk menghadapi cabaran persekitaran global yang baru. Sebilangan besar organisasi memberi tumpuan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berbanding amalan kualiti lain (Nusrah, Ramayah & Norizan, 2006). Oleh kerana inovasi telah dikenali secara meluas sekarang, organisasi perlu menggabungkan kedua-dua aspek inovasi dan kualiti untuk mencapai prestasi yang tinggi. Oleh itu, hubungan antara TQM dan inovasi telah menjadi tumpuan dalam literatur amalan pengurusan (Feng et al., 2006)

    A TDMA-based cooperative MAC protocol for cognitive networks with opportunistic energy harvesting

    Get PDF
    In this article, a cooperative medium access control (MAC) protocol called cooperative cognitive TDMA (CC-TDMA) for cognitive networks is proposed, which is based on time division multiple access (TDMA). The proposed protocol guarantees the quality of service (QoS) required by the primary network. In this regard, licensed users lease part of their spectrum to unlicensed users to retransmit the failed packets on the licensed users' behalf. By doing so, the unlicensed users obtain greater opportunity for data transmission, thus increasing their performance. The simulation and analytical results indicate that the CC-TDMA significantly improves the throughput and packet drop rate (PDR) of both licensed and unlicensed users compared to conventional TDMA

    Kesan ketamadunan Islam Andalusia dalam novel Melayu pilihan mutakhir

    Get PDF
    Perkembangan ketamadunan Islam menyerlah sejak berabad lamanya dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Hal ini terungkap dalam sejarah dunia secara umumnya, selain menerusi sejarah Islam khususnya yang merakamkan hubungan ketamadunan Islam dengan pertumbuhan kehidupan manusia dan pembangunan masyarakat. Begitu juga halnya dengan perkembangan persuratan Melayu tanahair yang memperlihatkan kesan ketamadunan Islam dalam karya sastera yang menyaksikan kelahiran pengarang-pengarang baharu yang menggalurkan nilai ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia dalam karya masing-masing. Justeru, makalah ini merungkai tentang kesan ketamadunan Islam dalam dua novel Melayu pilihan mutakhir, iaitu novel Lentera Cinta Albaicin (Mazny M.R., Galeri Ilmu Sdn. Bhd, 2011) dan Nuansa Kota Merah (Khayrn Othman, Karangkraf, 2011) sebagai kajian. Kedua-duanya berlatarkan bumi Andalusia yang memperlihatkan ketamadunan Islam dikemukakan dalam novel terbabit. Pendekatan kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dan pendekatan tematik. Kajian ini akan memperlihatkan nilai ketamadunan daripada tiga sudut, iaitu agama, budaya dan sosial yang akhirnya menyerlahkan sejarah Islam. Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia dimanfaatkan pengarang dalam berkarya sebagai perutusan yang bermanfaat untuk khalayak pembaca

    Expansion of a Y-shaped array antennas for radio astronomy

    Get PDF
    Observing celestial objects is common in radio astronomy. The Giant Meterwave Radio Telescope (GMRT) is one of the world's latest telescopes of its kind. The aim of this paper is to extend the number of array antennas and optimize configurations by changing the position of antennas for getting low sidelobes and high u-v plane coverage. Initially, the expansion along three arms configuration was studied and then expanding it to spiral shape. The results show about 98.5 percents less coverage of GMRT without expansion compare to the extended GMRT. The spiral expanded shows ability to cover the u-v plane more than expansion in three arms by sixteen percents

    Hubungan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar UTHM

    Get PDF
    Pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran (Idris, 1994). Pencapaian akademik diukur melalui keputusan yang diperoleh oleh pelajar terhadap subjek melalui sistem gred yang merujuk kepada tahap yang boleh diukur untuk membezakan tahap-tahap yang dicapai. Menurut Chowdhury dan Pati (2011), pencapaian akademik boleh ditakrifkan dengan markah peperiksaan, gred yang diberi oleh guru dan peratus dalam subjek akademik. Dua kategori motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik adalah saling berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar. Ghazala dan Anjum (2011) mendapati bahawa motivasi dan konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan. Terdapat pelajar yang bermotivasi tinggi dan ada pula yang mempunyai motivasi sederhana dalam pencapaian akademik. Antara masalah-masalah yang menunjukkan kurangnya motivasi dalam kalangan pelajar ialah faktor kurang minat terhadap sesuatu subjek dan menganggap subjek tersebut sukar. Tambahan lagi, Andrews, Leonard, Colgrove, dan Kalinowski (2011) menyatakan kebanyakan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran kursus sarjana dikaitkan dengan peranan pasif yang dimainkan oleh pelajar semasa kuliah. Hal ini sudah jelas membuktikan bahawa pelajar kurang minat terhadap sesuatu subjek dan bersikap pasif semasa kuliah. Oleh yang demikian, sesi pembelajaran akan menjadi lebih sukar. Dalam satu kajian di UiTM, kajian-kajian terdahulu (Naimah & Aini, 2005; Norhayuza, Naimah, Sahabudin, & Ibrahim, 2004) secara umum menyatakan bahawa pelajar UiTM masih lemah dalam kemahiran lisan. Seterusnya, dapatan kajian Talib dan Muslim (2007) menunjukkan kekerapan pelajar tidak hadir ke sekolah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran berbanding pelajar lain. Di Malaysia, masalah pencapaian dan kegagalan akademik pelajar adalah masalah yang menyeluruh. Hal ini telah banyak menyebabkan pihak-pihak yang berperanan dalam pendidikan berhempas pulas bagi menentukan pencapaian akademik boleh menjamin masa depan (Talib & Muslim, 2007)

    Reexamination of the determinants of master student satisfaction

    Get PDF
    In pursuing world class university objective, UUM is continuously enhancing the quality standard of its programs. One of the ways to increase quality of higher education is through identifying the student satisfaction determinants. Previous study conducted in similar topic (Nik Mat, Ahmad, & Ismail, 1999) shows that lecturer, language and administration contributed significantly to overall master student's satisfaction while language, administration and core curriculum significantly influenced recommendation. The objectives of this study are (i) to determine the factors contributing to the students' satisfaction and recommendation and (ii) to compare the results of this study with the previous study. The study investigates the relationships between five predictor variables (infrastructure, core curriculum, lecturer, language and administration), and two criterion variables (satisfiction and recommendation). A three-page questionnaire was distributed to 150 masters' students. 71 responses (47% response rate) were obtained. The findings indicate that the overall satisfaction towards the Masters programs is determined significantly by infrastructure and administration. Administration is again found to be significantly related to recommendation. The implications of the findings are discussed
    corecore