research

Kesan ketamadunan Islam Andalusia dalam novel Melayu pilihan mutakhir

Abstract

Perkembangan ketamadunan Islam menyerlah sejak berabad lamanya dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Hal ini terungkap dalam sejarah dunia secara umumnya, selain menerusi sejarah Islam khususnya yang merakamkan hubungan ketamadunan Islam dengan pertumbuhan kehidupan manusia dan pembangunan masyarakat. Begitu juga halnya dengan perkembangan persuratan Melayu tanahair yang memperlihatkan kesan ketamadunan Islam dalam karya sastera yang menyaksikan kelahiran pengarang-pengarang baharu yang menggalurkan nilai ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia dalam karya masing-masing. Justeru, makalah ini merungkai tentang kesan ketamadunan Islam dalam dua novel Melayu pilihan mutakhir, iaitu novel Lentera Cinta Albaicin (Mazny M.R., Galeri Ilmu Sdn. Bhd, 2011) dan Nuansa Kota Merah (Khayrn Othman, Karangkraf, 2011) sebagai kajian. Kedua-duanya berlatarkan bumi Andalusia yang memperlihatkan ketamadunan Islam dikemukakan dalam novel terbabit. Pendekatan kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dan pendekatan tematik. Kajian ini akan memperlihatkan nilai ketamadunan daripada tiga sudut, iaitu agama, budaya dan sosial yang akhirnya menyerlahkan sejarah Islam. Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia dimanfaatkan pengarang dalam berkarya sebagai perutusan yang bermanfaat untuk khalayak pembaca

    Similar works