83 research outputs found
Pembinaan ujian tahap saiz kosa kata Arab
Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis
ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk
mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurnian
item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang
pelajar pra universiti di sebuah sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang. Kajian ini memilih untuk melalui
proses ujian ketekalan dalaman bagi melihat pekali kebolehpercayaannya iaitu nilai korelasi antara uji dan ulang
uji (test retest), nilai alfa Cronbach dan nilai Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi adalah
tinggi iaitu 0.84, pekali alfa Cronbach adalah tinggi iaitu 0.89 manakala pekali Cohen Kappa juga tinggi, iaitu 0.95.
Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Implikasi hasil kajian ini adalah
ujian tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti penguasaan saiz kosa kata Arab kerana ujian ini memenuhi
kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan
Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar
Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai
enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran
kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan
(2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa
Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai
alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara
terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras
selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua
aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab
Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah pengajaran guru Pendidikan Seni Visual di Selangor. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Lima orang guru Pendidikan Seni Visual yang dipilih secara rawak bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara trangulasi iaitu data temu bual akan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat tujuh tema ditemui yang banyak digunakan oleh guru Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran dan pemudah cara (PdPc) mereka iaitu persediaan rangcangan pengajaran PdPc, menyediakan set induksi, mengurusan bilik darjah ketika pdpc, mengamalkan pelbagai pedagogi PdPc, membuat penilaian semasa PdPc, membuat kesimpulan PdPc dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini adalah untuk menjadi guru cemerlang Pendidikan Seni Visual, seseorang guru Pendidikan Seni Visual itu perlu memiliki tujuh ciri PdPc seperti yang dimiliki oleh guru cemerlang Pendidikan Seni Visual dalam kajian ini
Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (Uitm) (The Use Of Peer Learning Strategy Among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi Mara (Uitm))
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu
subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk
melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam
konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara
kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri
(self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for
Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat
dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified
random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar.
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini
pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan
bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap
kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar
untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini
mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sendiri
Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran
pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu
agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Untuk itu, seramai 1000 orang pelajar, iaitu 200
orang bagi setiap sebuah Universiti Awam dijadikan responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang
sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan
UTM tersebut. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi
menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran
pendidikan Universiti Awam secara amnya masih mengekalkan jati diri dalam kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Dari
segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan, hanya aspek bahasa sahaja yang berada pada tahap masih kekal jati diri,
manakala enam jati diri lain yang dikaji (agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme) berada pada
tahap kekal (kukuh) jati diri mereka. Pelajar UM merupakan pelajar yang paling kurang pemahaman, penghayatan dan
pengamalan jati diri bahasa Melayu mereka berbanding pelajar Universiti Awam yang lain . Pelajar USM merupakan pelajar
yang paling kekal jati diri mereka dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bagi kesemua tujuh konstruk yang
dikaji. Implikasi kajian ini adalah bakal guru pelatih di Fakulti Pendidikan, Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru
perlu diukur tahap jati diri mereka sebelum diterima masuk dalam progran pendidikan
Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu
dalam kalangan 1000 orang pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti
Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Secara khsusus, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri
bahasa Melayu pelajar aliran pendidikan tersebut. Setiap Universiti Awam
diambil 200 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara
rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program
pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM. Instrumen soal selidik
digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang
mempunyai tahap kesahan dan kebolehpecayaan yang tinggi, iaitu 0.75. Data
dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya tetap kekalkan jati diri bahasa
Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada
pada tahap masih kekal jati diri. Pelajar UM paling kurang tahap pemahaman,
penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berbanding pelajar Universiti
awam yang lain. Pelajar USM pula merupakan pelajar yang paling tinggi tahap
jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini
adalah penekanan kepada penguasaan lisan dan tulisan bahasa Inggeris sedikit
oleh pihak universiti sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa
Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam ini
Word selection in teaching Arabic vocabulary for lower secondary level
Selecting words for teaching vocabulary is an important part of the teaching and learning of a
language. The study aims to explore teacher approach and practice in choosing words for teaching Arabic language at
the Lower Secondary Level. A qualitative single case study
is used to investigate a phenomenon in the context of the actual situation. Data collection process involve
s interviews, classroom observation, video recording and analysis of relevant documents. A purposive sampling
method is carried out for selection of participants. The findings indicate that the approach used in selecting vocabulary can be divided into five categories: i) priority ; ii) frequency; iii) teaching ability
; iv) coverage; and v) familiarity. In other words, it is suggested that in facilitating student
comprehension and retention of target words, various criteria are considered by a teacher before choosing the teaching approach. The study also provides guidelines for choosing words to teach especially for Arabic teachers in the Lower Secondary Level
Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab
Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna.
Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan
pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa
ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk
memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini
adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian
Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian
mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman
Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian
ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan
pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca
dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi
sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab
Misconceptions On Ism Al-aAdad Wa Al-Maadud Among Students Of Arabic Language In Malaysia
This paper discusses ism al- adad wa al-ma dud in the teaching and learning of grammar knowledge The core of discussion revolves around Arabic language educators of various levels in institutions implementing the teaching of grammar knowledge for the topic ism al- adad wa al-ma dud A unique and interesting topic it is frequently mentioned in verses of the Quran and Hadith The target audience for ism al- adad wa al-ma dud is students of all levels of education be it in institutions of higher learning or schools Educators and students of Arabic language in Malaysia are not native speakers of the language or ghair al-natiq bi al- arabiyyah On that basis misconceptions and confusion regarding ism al- adad wa al-ma dud are bound to occur especially among students and involving the issue of gender - muannath feminine and muzakkar masculine This paper attempts to uncover the concepts and operations of ism al- adad wa al-ma dud and the common misconceptions among student
Ciri-ciri linguistik dalam buku teks berbahasa Arab dan hubungannya dengan tahap kebolehbacaan teks di Malaysia
Kajian kebolehbacaan teks bahasa Arab sedang berkembang di negara Arab, tetapi masih lagi
pada peringkat awal di Malaysia. Kekurangan panduan untuk menilai kesesuaian buku teks
dengan pembaca sasaran menjadi kekangan yang mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku teks
mengikut tingkatan dan hubungan antara ciri-ciri linguistik dengan tahap kebolehbacaan teks
berbahasa Arab sebagai langkah awal pembangunan kaedah pengukuran kebolehbacaan teks.
315 sampel teks yang mengandungi 100 patah perkataan dipilih secara rawak daripada 105
buah buku teks tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam Kurikulum Dini dianalisis.
Kekerapan perkataan biasa dan kerap, perkataan abstrak, ayat mudah, ayat kompleks, ayat
kata nama, purata panjang ayat serta kata hubung dan penanda wacana dianalisis
menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson. Kajian ini menunjukkan ayat mudah
berada pada tahap rendah. Ayat kompleks dan ayat kata nama berada pada tahap sederhana.
Namun, tahap ayat kompleks lebih tinggi daripada ayat mudah dan mengikut urutan tingkatan
melainkan ayat kata nama tidak mengikut urutan tingkatan. Perkataan biasa dan kerap berada
pada tahap yang tinggi dalam semua tingkatan satu hingga lima dan mengikut urutan
tingkatan, sebaliknya perkataan abstrak berada pada tahap rendah dan tidak mengikut urutan.
Kata hubung dan penanda wacana pula berada pada tahap tinggi dalam teks tingkatan satu
dan berada pada tahap sederhana dalam teks tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Purata
panjang ayat berada pada tahap tinggi dalam semua tingkatan. Ujian korelasi menunjukkan
perkaitan negatif yang signifikan antara ayat kompleks, perkataan biasa dan kerap serta kata
hubung dan penanda wacana dengan tahap kebolehbacaan teks. Purata panjang ayat
menunjukkan perkaitan positif yang signifikan dengan tahap kebolehbacaan teks. Dapatan
kajian ini boleh dimanfaatkan oleh kajian selanjutnya bagi mengkaji kaedah menentukan
tahap kebolehbacaan teks berbahasa Arab Kurikulum Dini, berdasarkan ciri-ciri linguistik
- …