32 research outputs found

    [Leafospirosis Deadly Disease from Rat: Fiqh Al-Hadith-Based Analysis] Leptospirosis Wabak Maut Dari Tikus: Analisis Berasaskan Fiqh al-Hadith

    Get PDF
    Leptospirosis (rat urine epidemic) can be categorised as silent killer to mankind. It has raised concerns among Malaysians in 2012 to 2014. A series of deaths, including those involving celebrity groups has put widespread interest from all Malaysians. The rat-borne outbreak infects humans through water contaminated with urine, ear skin (body tissue), the mucus of the nose, mouth and eyes of rat. Various control measures deemed appropriate have been performed at the state and district, including poison, traps and reward for each rat caught or killed. Therefore, early preventive measures in the form of knowledge is very important in order to understand the concept of “interaction with pests” well. Significantly, Prophet Muhammad SAW has warned on threat posed by pest cluster including rat in his set saying. Thus, this article strives to peel regarding rats description with the methods to interact with pests through al-Hadith discussions. This case is important to provide guidance to society regarding harms that able to be incarnated by particular animal and also the most efficient control techniques to Prophetic tradition without marginalizing animal exclusive rights. The findings show that the Prophet Muhammad (SAW) himself explained the najasah of rat as a pest and the Islamic ruling of killing it. In addition, this study is also bring up five [5] methods of interacting with fasiq animals based on understanding of Prophetic Traditions and nine [9] infection control and prevention guidelines from leptospirosis.   Keywords: Rat; Threat; Pest; Significant; Control Technique   Leptospirosis (wabak kencing tikus) boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap kepada manusia. Subjek pernah membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2012 hingga 2014. Beberapa siri kematian termasuk melibatkan golongan selebriti telah membuatkannya mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia. Penularan wabak bawaan tikus ini menjangkiti manusia melalui air yang dicemari air kencing, kuping kulit (tisu badan), lendir hidung, mulut dan mata tikus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk meracun, memasang perangkap dan memberi ganjaran bagi setiap tikus yang ditangkap atau dibunuh. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai ancaman kelompok haiwan perosak termasuk tikus dalam himpunan sabdanya. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan tikus yang didapati daripada perbincangan ulama‟ klasik dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi SAW telah menjelaskan mengenai kenajisan tikus sebagai haiwan perosak dan hukum membunuhnya. Selain itu, kajian ini turut mengemukakan lima [5] kaedah berinteraksi dengan haiwan fasiq berdasarkan kefahaman al-Hadith dan sembilan [9] kaedah pencegahan daripada jangkitan wabak kencing tikus.   Kata kunci: Tikus; Wabak Kencing Tikus; Bahaya; Haiwan Perosak; Metode Interaks

    Zakat atas syarikat di Malaysia: analisis potensi / Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah and Mohd Farhan Md. Ariffin

    Get PDF
    Zakat merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. Dengan kutipan dan pengagihan zakat yang efektif mampu menyelesaikan permasalahan umat islam terutamanya kemiskinan. Oleh itu, dengan mengenalpasti potensi zakat dapat membantu untuk meningkatkan kadar kutipan zakat. Begitu juga halnya potensi zakat syarikat kerana pertumbuhan syarikat-syarikat di Malaysia begitu pesat. Justeru, kajian ini akan melakukan tinjauan terhadap potensi zakat syarikat di Malaysia. Potensi tersebut ditinjau daripada tiga aspek iaitu penerimaan untuk meluaskan harta zakat, hasil kutipan dan hukum. Kajian mendapati bahawa masih banyak ruang dan potensi kutipan zakat pada syarikat, kerana pertumbuhan syarikat dan meningkatnya kesedaran untuk membayar zakat. Selain itu, dari perspektif hukum tidak wujud halangan untuk melakukan kutipan zakat daripada syarikat

    [Contemporary Ijtihad Approach in Current Issues in Malaysia] Pendekatan Ijtihad Kontemporari Dalam Isu Semasa di Malaysia

    Get PDF
    Advancement in science and technology today has evoked many issues that need legal solution immediately. Determination of the law towards this issue requires a comprehensive ijtihad (opinion) approach that is comprehensive, according to the present context to ensure the benefit of humankind besides meeting urgent needs. This article intends to analyse best ijtihad approach that can be applied in analyzing a few current issues. This is to prove that contemporary ijtihad needs to be done in determining the current Islamic laws. Among the issues discussed is on the of alcohol level in food, agricultural sources which is subjected to zakat (tithe), the medical method of stem cell xenotransplantation and tawarruq (reverse Murabahah) in cash financing. This bibliography-form of study used qualitative approach in scrutinizing the classical and contemporary views of the ulama (Islamic scholars) to formulate the importance of developing contemporary ijtihad in determining the current Islamic laws. Results of the study discovers that most of the current issues which arises today, have no direct legal clarification whether in the quotation of the Qur'an and the Sunnah and are not addressed in past book of fiqh (Islamic jurisprudence). Based on this statement, the contemporary ijtihad approach becomes a key requirement in providing the legal answers for the current issues that arise especially in the reality context of Malaysia.   Keywords; Ijtihad; new form of ijtihad; contemporary fiqh; maslahah   Kemajuan sains dan teknologi pada hari ini telah menimbulkan banyak isu yang berhajat kepada penyelesaian hukum dengan segera. Penentuan hukum terhadap isu ini memerlukan pendekatan ijtihad yang komprehensif sesuai dengan konteks semasa bagi menjamin kemaslahatan manusia di samping memenuhi keperluan yang mendesak. Artikel ini bertujuan menganalisis pendekatan ijtihad terbaik yang dapat diaplikasikan dalam menganalisis beberapa isu-isu semasa. Ini bagi membuktikan bahawa ijtihad kontemporari perlu dilakukan dalam penentuan hukum Islam semasa. Antara isu yang dibincangkan adalah kadar alkohol dalam makanan, sumber-sumber pertanian yang perlu dizakatkan, kaedah perubatan stem cell xenotransplantation dan tawarruq dalam pembiayaan tunai. Kajian berbentuk kepustakaan ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam meneliti pandangan-pandangan ulama klasik dan kontemporari bagi merumuskan kepentingan membangunkan ijtihad kontemporari dalam penentuan hukum Islam semasa. Hasil kajian mendapati kebanyakan isu semasa yang timbul masa kini, tiada penjelasan hukum secara langsung sama ada di dalam nas al-Qur’an dan al-Sunnah serta tidak dibincangkan dalam kitab fiqh silam. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, pendekatan ijtihad kontemporari menjadi satu keperluan penting dalam memberikan jawapan hukum terhadap isu-isu semasa yang timbul terutamanya dalam konteks realiti Malaysia.   Kata kunci: Ijtihad, ijtihad baru, fiqh semasa, al-maslahah

    Persepsi masyarakat terhadap rawatan alternatif Islam: satu kajian kes di negeri Selangor D.E / Khadher Ahmad et al.

    Get PDF
    Bermula akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan “Traditional Arabic and Islamic Medicine (TAIM)” sebagai alternatif utama bagi model “bio-medical” bawaan Barat. Dalam rawatan Islam, penyakit tidak ditafsirkan secara harfiah. Penyakit yang menghinggapi seseorang dilihat dari dimensi berbeza. Penyebab utama adalah kurang keprihatinan terhadap aspek spiritual sehinggakan elemen sebab dan akibat perlu diambil perhatian. Justeru, perubatan secara Islam mempromosikan fokus utama rawatan berasaskan “faith-healing” melalui solat dan bacaan al-Qur’an. Peningkatan populariti dan penggunaan rawatan alternatif Islam yang semakin meluas khususnya di Malaysia, jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan awam semasa. Perkembangannya diakui memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walaubagaimanapun, sehingga kini ‘baseline data’ berkenaan rawatan alternatif Islam adalah sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami “pattern” Islamic medicine yang sedia wujud di Malaysia amnya. Melihatkan kepentingannya, artikel ini memfokuskan analisis terhadap persepsi masyarakat dari sudut pengetahuan tentang khidmat rawatan Islam yang ditawarkan, pengamalnya, khidmat rawatan disediakan dan masa depan pusat rawatan Islam. Para responden terdiri dari para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif di sekitar negeri Selangor. Berdasarkan edaran borang soal selidik yang dilakukan, pengkaji mendapati persepsi masyarakat terhadap prospek berhubung rawatan alternatif Islam di negeri Selangor amat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan kepekaan dan sokongan masyarakat terhadap keperluan pusat rawatan alternatif Islam. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan untuk mewujudkan medium perubatan Islam yang lebih berwibawa. Antaranya berkait memperhalusi kebolehan perawat dalam merawat penyakit, penyeliaan kaedah rawatan pesakit, menambah skop rawatan yang disediakan di pusat rawatan dan meningkatkan kredibiliti pusat rawatan Islam untuk menjadi lebih dominan dan mampu menyaingi institusi perubatan sedia ada

    Amalan tradisi masyarakat Bajau di Semporna Sabah: kajian menurut hukum Islam

    Get PDF
    Adat dan `urf merupakan salah satu elemen budaya universal yang dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Etnik Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah. Majoriti mereka beragama Islam dan mengamalkan adat resam dan ‘urf mereka sendiri. Penerimaan Islam telah menyebabkan beberapa asimilasi antara tradisi Bajau dan ajaran Islam yang kemudiannya membawa kepada sinkretisme. Akibatnya, beberapa amalan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam walaupun, amalan ini sebenarnya diwarisi daripada nenek moyang mereka yang tidak berkaitan dengan peraturan Islam yang terdapat dalam al-Quran dan tradisi kenabian. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis sama ada adat dan ‘urf Bajau selaras dengan ajaran Islam. Kajian ini memfokuskan kepada amalan kepercayaan mereka. Ini adalah kajian kualitatif yang mengamalkan pemerhatian, temu bual dan analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan sinkretisme berlaku dalam kalangan masyarakat Bajau. Justeru, artikel ini akan menyingkap kedudukan amalan yang sering dianggap ibadah oleh masyarakat setempat agar garis pemisah yang jelas dapat digalurkan antara amalan yang selari dengan Syariat Islam dan yang bertentangan dengannya

    Strengthening Spiritual Practices among Community: Dhikr Activities in Negeri Sembilan, Malaysia

    Get PDF
    Tarekat tasawuf has been established in Negeri Sembilan since 1900 and began to strengthen its existence in spiritual activities such as the implementation of zikr tarekat tasawuf activities among the local community. This article will highlight the impact of implementing the zikr activities tarekat tasawuf, which is implemented periodically on the spiritual strengthening of the community in Negeri Sembilan. A qualitative approach is used involving library studies, review of relevant documents, and interviews with the Registrar of Tarekat, Tasawuf Division of the Negeri Sembilan Mufti Department, and the Syeikh of the tarekat involved. Basically, there are 13 Sufi practice centers around Negeri Sembilan that conduct regular zikr activities that impact the community. The existence of tarekat practice centers in Negeri Sembilan has been plotted to see the distribution and centralization of tarekat centers. In addition, the form of zikr practiced in the zikr ceremony is also explained through a simple framework built. The results also showed that the Seremban district is the highest area with a tarekat practice center. Indirectly, the zikr activities, tarekat tasawuf, have provided space for the local community to engage in more systematic spiritual activities. The efforts implemented by the Sufi tarekat practice center in Negeri Sembilan are expected to be used as an example by other states in Malaysia so that the community is more interested in the Sufi tarekat zikr ceremony

    [Bibliometric Studies on Research Publication Materials: Towards The Latest Research in Islamic Studies] Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam

    Get PDF
    Pomegranates are an antioxidant-rich superfood with alternative and natural medicine resources for the natural health community. From the perspective of ancient medical practice, pomegranate is in a highest ranking of healthy fruits because of its diverse beneficial in curing diseases. Trend research publications pomegranates were studied. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on pomegranate. Referring to the results of 'literature review' on pomegranate, researchers found that the majority of previous research on pomegranate dominated by journal articles by 85.5 percent. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on pomegranate done on a scientific analysis (laboratory studies). Studies on aspects of science has been divided into six areas. Focus areas include scientific discussion of pomegranate is pharmaceutical, Food Science, Botany, Bio-Medical, Bio-Chemistry and Microbiology. Only one field of study that focuses on the analysis of Islamic view focusing on Islamic Education. Additional fields of Environmental Education (Flora) are also included by researchers to collect data and find a results on plants that contain pomegranate. Thus, the efforts of researchers from Universiti Malaya through grants TRGS (TR001A-2014) entitled 'Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia' are very significant in the development of science. Advanced new study of henna is expected to produce benefits to Malaysia as a whole.   Keyword: Pomegranate; Research trend; Recommandations, New Research Studies, Malaysian Product     Delima (pomegranate) merupakan bahan perubatan semula jadi yang amat bernilai. Dalam amalan perubatan kuno (ancient healing benefits), delima berada pada senarai teratas disebabkan manfaat kegunaannya yang versatile. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan delima telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung delima. Merujuk hasil tinjauan literatur, pengkaji mendapati majoriti penyelidikan lepas mengenai delima di dominasi oleh artikel jurnal sebanyak 85.5%. Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan delima kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada enam bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap delima meliputi bidang farmasi, sains pemakanan (food science), sains botani, bio-perubatan, bio-kimia dan mikrobiologi. Hanya satu bidang yang memfokuskan analisis berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies). Tambahan bidang pendidikan alam sekitar (flora) turut dimuatkan pengkaji bagi mengumpulkan hasil kajian yang bersifat data umum tentang tumbuhan termasuk delima. Justeru, usaha terkini para penyelidik dari Universiti Malaya melalui geran TRGS (TR001A-2014A) bertajuk ‘Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia’ amat signifikan dalam perkembangan ilmu. Lanjutan kajian baru terhadap delima diharapkan menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia seluruhnya

    Anjing pembawa virus rabies: signifikan dan metode interaksi berasaskan fiqh al-hadith / Mohd Farhan Md Ariffin [et al.]

    Get PDF
    Rabies (penyakit anjing gila) kembali membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada Ogos 2015 setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 1999. Penularan wabak bawaan anjing ini menjangkiti manusia melalui luka gigitan, luka pada kulit yang terdedah kepada air liur, cairan dan tisu tubuh dari haiwan dijangkiti. Kini semua agensi berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan kawalan wabak. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk menghapus dan melupuskan anjing yang telah dijangkiti. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak termasuk anjing dalam himpunan sabda baginda SAW. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan anjing yang didapati daripada perbincangan ulama’ terdahulu dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudharat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwa

    Anjing pembawa virus rabies: signifikan dan metode interaksi berasaskan fiqh al-hadith

    Get PDF
    Rabies (penyakit anjing gila) kembali membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada Ogos 2015 setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 1999. Penularan wabak bawaan anjing ini menjangkiti manusia melalui luka gigitan, luka pada kulit yang terdedah kepada air liur, cairan dan tisu tubuh dari haiwan dijangkiti. Kini semua agensi berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan kawalan wabak. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk menghapus dan melupuskan anjing yang telah dijangkiti. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak termasuk anjing dalam himpunan sabda baginda SAW. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan anjing yang didapati daripada perbincangan ulama’ terdahulu dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudharat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan

    Ijtihad semasa di Malaysia: tinjauan terhadap konsep dan keperluannya

    Get PDF
    Perubahan zaman adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini memberi kesan kepada banyak aspek dalam kehidupan manusia. Begitu juga banyak isu-isu yang timbul selari dengan perkembangan semasa ini yang memerlukan jawapan hukum. Oleh kerana itu, suatu bentuk ijtihad yang bersifat semasa adalah amat diperlukan. Justeru, kajian ini akan mengkaji terhadap konsep ijtihad semasa dan keperluannyapada hari ini. Kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif, data-data perpustakaan diguna sepenuhnya dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian telah menggariskan konsep ijtihad semasa, bentuk, keperluan dan pendekatannya. Ia suatu yang penting untuk digariskan dalam melakukan ijtihad semasa khususnya dalam konteks Malaysia
    corecore