Zakat atas syarikat di Malaysia: analisis potensi / Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah and Mohd Farhan Md. Ariffin

Abstract

Zakat merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. Dengan kutipan dan pengagihan zakat yang efektif mampu menyelesaikan permasalahan umat islam terutamanya kemiskinan. Oleh itu, dengan mengenalpasti potensi zakat dapat membantu untuk meningkatkan kadar kutipan zakat. Begitu juga halnya potensi zakat syarikat kerana pertumbuhan syarikat-syarikat di Malaysia begitu pesat. Justeru, kajian ini akan melakukan tinjauan terhadap potensi zakat syarikat di Malaysia. Potensi tersebut ditinjau daripada tiga aspek iaitu penerimaan untuk meluaskan harta zakat, hasil kutipan dan hukum. Kajian mendapati bahawa masih banyak ruang dan potensi kutipan zakat pada syarikat, kerana pertumbuhan syarikat dan meningkatnya kesedaran untuk membayar zakat. Selain itu, dari perspektif hukum tidak wujud halangan untuk melakukan kutipan zakat daripada syarikat

    Similar works