28 research outputs found

    Faktor ekstralinguistik: motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 universiti di Malaysia

    Get PDF
    Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan dalam pembelajaran bahasa kedua. Penyelidik berminat untuk mengkaji motivasi sebagai salah satu faktor utama dalam ekstralinguistik. Sebagai kesinambungan daripada usahausaha ini, penyelidik cuba untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam pembelajaran bahasa kedua. Sampel kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Jumlah 150 sampel adalah daripada 27 buah negara. Hasil daripada pemerhatian dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih Soalan 5 sebagai pemboleh ubah motivasi intrinsik yang dominan. Apabila pelajar asing mempunyai masalah untuk memahami sesuatu di dalam kelas bahasa Melayu, mereka selalu bertanya kepada guru untuk meminta pertolongan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pergantungan mereka terhadap guru adalah tinggi. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, pelajar memilih Soalan 11 sebagai pemboleh ubah yang dominan dalam motivasi. Bagi pelajar asing, belajar bahasa Melayu adalah penting kerana mereka berupaya untuk berinteraksi dengan lebih mudah dengan penutur jati bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, motivasi intrinsik dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding motivasi ekstrinsik

    Makna dalam puisi terpilih Usman Awang

    Get PDF
    Semantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan medium bahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama ada dihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatasan dalam penghasilan karya pada zaman negara masih terjajah menyebabkan golongan penulis lebih berhati-hati dalam pemilihan kata. Fungsi karya sastera juga sebagai wadah pendorong semangat juang bangsa Melayu pada ketika itu kerana makna yang suatu karya bukan pada dasarnya sahaja tetapi terkandung juga makna sebaliknya. Makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam karyanya akan dibincangkan dalam makalah ini. Penghuraian makna bukan hanya terbatas pada bentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasar tetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empat buah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih

    Hang Tuah: catatan Okinawa

    Get PDF
    Pembongkaran tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku Hang Tuah: Catatan Okinawa ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikan bahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan – sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia. Penerbitan ini tidak semata-mata bersandarkan buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa

    Pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India yang berusia 5-6 tahun di prasekolah. Pada usia ini, kanak-kanak menghadapi tahap penguasaan bahasa yang kritikal. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah. Kajian yang dijalankan ini menjelaskan faktor-faktor afektif dalam penguasaan leksikal bahasa Melayu. Pemerhatian dilakukan ke atas 17 orang kanak-kanak India prasekolah di tiga prasekolah swasta sekitar daerah Seremban. Penyelidik mendapati bahawa tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal golongankata bahasa Melayu kanak-kanak adalah baik tetapi masih dipengaruhi oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Namun begitu, tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak semakin baik apabila usia meningkat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor afektif seperti motivasi, emosi dan sikap kanak-kanak mempengaruhi proses pemerolehan bahasa

    Personality as extralinguistic factor that influences second language learning among foreign students

    Get PDF
    The researchers conducted this study to determine the relationship between second language extralinguistic factors with Malay achievement among foreign students at five universities in Malaysia. The researchers were interested to address colour personality as extralinguistic factor that influences second language learning among foreign students at universities in Malaysia. The findings showed that foreign students? personality was influenced by green, red and yellow which indicated that they are willing to do anything to succeed and acquire the second language. The sample of this study comprises 150 students from 27 countries. They took Malay as a foreign language at Putra University of Malaysia (UPM), National University of Malaysia (UKM), University of Malaya (UM), University of Technology Malaysia (UTM) and University of Science Malaysia (USM)

    Faktor ekstralinguistik terhadap sikap pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di universiti terpilih di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini melibatkan faktor ektralinguistik iaitu sikap dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan menganalisis faktor yang paling dominan dalam sikap instrumental dan integratif berdasarkan pelajar asing yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati sikap positif pelajar asing dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Responden kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) dalam Rohaidah Kamaruddin (2012). Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) membicarakan tentang unsur - unsur yang mempengaruhi keseluruhan sikap seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Keseluruhan sampel kajian adalah seramai 150 orang daripada 27 buah negara. Dalam kajian ini didapati asas sikap ini terbahagi kepada instrumental dan integratif. Sekiranya seseorang itu belajar bahasa untuk mengenali sesuatu bangsa, memahami budaya melalui bahasa bangsa tersebut, ianya dipanggil integratif. Manakala instrumental pula merujuk kepada keinginan mempelajari bahasa tanpa ingin menjadi sebahagian daripada bangsa tersebut atau untuk sesuatu tujuan. Hasil daripada dapatan dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih pemboleh ubah sikap integratif sebagai pemboleh ubah yang paling dominan. Hal ini menunjukkan pembelajaran bahasa Melayu sangat berguna dan menggembirakan mereka. Secara keseluruhannya, sikap integratif dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding sikap instrumental

    Analisis kontrastif antara kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia

    Get PDF
    Analisis kontrastif merupakan cabang ilmu bahasa yang digunakan untuk membandingkan dua bahasa atau lebih untuk mencari perbezaan ataupun persamaan makna sesuatu perkataan. Kajian lampau telah membuktikan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mempunyai banyak perbezaan serta persamaan. Hal ini adalah disebabkan oleh keduadua bahasa tersebut berasal dan berkembang daripada bahasa Melayu. Penelitian ini bermatlamat untuk membuktikan bahawa antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia memiliki banyak perbezaan dan persamaan. Permasalahan yang tercetus apabila berlaku pertembungan dalam penggunaan kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia. Justeru, penelitian analisis ini adalah untuk mengenal pasti dan membandingkan penggunaan kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia. Pendekatan yang digunakan adalah melalui pendekatan analisis kontrastif. Manakala metode yang digunakan terdiri daripada teknik terjemahan, penganalisisan data, model struktural, pendekatan Analisis Kontrastif dan Hipotesis ‘a priori’ (versi kuat). Hasil penelitian menunjukkan memang terdapat perbezaan dan persamaan makna perkataan yang saling melengkapi dalam kedua-dua yang dikaji. Daripada hasil penelitian ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan dan persamaan kedua bahasa adalah dalam bentuk ayat, makna serta kemiripan dalam struktur ayat tertentu. Kajian turut menyimpulkan bahawa analisis kontrastif dapat membantu dalam mencari perkataan kata hubung yang sesuai bagi kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia

    Emotion as one of the dominant factors of extralinguistics to succeed in language study

    Get PDF
    Research on the relationship of the second language of extralinguistic factors with the achievement of Malay among multilingual Malay students in full boarding schools in Malaysia is still lacking. Recognizing this, the researchers conducted a study on the dominant extralinguistic factor in learning a second language which is emotion. Samples of respondents are from Jempol Integration Boarding School (SBPIJ), Tuanku Jaafar Science School (STJ), and Rembau Science School (SEMESRA) about 224 multilingual students. This study uses the Learning Theory presented by Rita Dunn (2004). The results show that the emotional response represented by Item D2, “I prefer to be told exactly what to do when taking note of B2” is the most dominant emotional factor for SBPIJ which is 100%. The researchers also found that D2 was also the most dominant item for SEMESRA (95%). The anxiety level of Malay students in SBPIJ is very low because reliance on the guidance of teachers is 100%. In terms of emotion, the responses of the three schools showed the same attitude. Each student is highly dependent on the direction or guidance of teachers to note B2

    Penggunaan Bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu

    Get PDF
    Papan tanda premis perniagaan adalah papan tanda yang dipasang secara tetap oleh syarikat atau peniaga di sesebuah premis perniagaan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna mengenai barang keluaran, pengeluaran, perniagaan tred, firma, organisasi, institusi ataupun maklumat lain yang dijalankan di premis tersebut. Namun begitu, terdapat kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang ditemui di tempattempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Justeru, kesalahan dan kecelaruan ini sewajarnya diterokai serta dikaji bagi mengenal pasti bentuk kesalahan, faktor-faktor berlakunya hal sedemikian dan menganalisis aspek kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kesalahan penggunaan ejaan, membincangkan faktor-faktor kesalahan penggunaan ejaan, dan menganalisis aspek kesalahan penggunaan ejaan pada papan tanda atau iklan daripada segi struktur kata. Kajian ini menggunakan kaedah dan tatacara yang merangkumi pemilihan kawasan, pengutipan data di lapangan, penyaringan dan pengekodan data kajian, penganalisisan dan pentafsiran data

    Strategi Pemahaman Bacaan dalam Teks Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam kalangan Murid Suku Kaum Rungus di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan terhadap murid suku kaum Rungus di Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II, Kudat, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan enam puluh tiga orang murid dalam tingkatan empat. Mereka terdiri daripada dua kumpulan berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga. Kumpulan Pencapaian Rendah (KPR) terdiri daripada tiga puluh tujuh orang peserta sementara Kumpulan Pencapaian Tinggi (KPT) seramai dua puluh enam orang peserta. Penulis meneroka kekerapan penggunaan strategi kognitif dan meta kognitif peserta KPR dan KPT dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu. Penulis memanipulasikan empat belas item soal selidik adaptasi daripada kajian Osuji (2017) dan menggunakan pemeringkatan min untuk semua item strategi. Bagi menentukan kekerapan penggunaan strategi kognitif dan meta kognitif oleh peserta kajian semasa menyempurnakan tugas pemahaman bacaan, penulis menetapkan titik interval 0.80 pada skala Likert 5 mata. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kumpulan lebih kerap menggunakan strategi meta kognitif daripada strategi kognitif dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, nilai min kekerapan penggunaan kedua-dua strategi dalam data KPT adalah lebih tinggi daripada KPR. Hasil kajian ini mempunyai implikasi positif terhadap pengajaran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan murid-murid peribumi Sabah yang bukan penutur jati bahasa Melayu
    corecore