75 research outputs found

    Tindakan minyak kelapa dara terhadap tulang osteoporosis pascamenopaus: analisis gen Osteoblastogenesis dan antioksidan

    Get PDF
    Osteoporosis pascamenopaus merupakan salah satu masalah kesihatan utama yang melanda kaum wanita berumur. Ia disebabkan oleh beberapa faktor termasuk tekanan oksidatif, yang dipercayai dapat dikawal melalui pengambilan antioksidan daripada sumber makanan. Minyak kelapa dara (VCO) merupakan salah satu hasil semula jadi yang kaya dengan antioksidan dan telah dibuktikan mampu memelihara tulang yang mengalami osteoporosis. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang aktiviti minyak kelapa dara terhadap osteoporosis pada peringkat molekular. Tiga puluh dua ekor tikus betina Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu kumpulan pembedahan Sham, kawalan terovariektomi (Ovx+Ctrl), kumpulan terovariektomi dengan rawatan VCO (Ovx+VCO) dan kumpulan terovariektomi dengan rawatan estrogen (Ovx+E). Kesemua rawatan diberikan melalui oral selama sepuluh minggu. Sampel tulang femur tikus diambil untuk mengkaji perubahan pada ekspresi gen superoksida dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPX), osteokalsin dan transkripsi faktor 2 berkaitan run (Runx2). Hasil kajian mendapati bahawa tikus yang menerima rawatan VCO mengalami peningkatan yang signifikan pada ekspresi gen SOD, GPX dan osteokalsin berbanding kumpulan kawalan terovariektomi, disamping ekspresi gen Runx2 yang turut menunjukkan pola peningkatan. Secara kesimpulannya, VCO membantu memelihara tulang pada tikus model osteoporosis melalui tindakannya meningkatkan ekspresi gen antioksidan serta gen yang menigkatkan aktiviti sel osteoblas

    Rumah tradisi Temiar dan hubungannya yang simbiosis dengan persekitaran

    Get PDF
    Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kelantan, Hulu Kinta dan Sungai Siput, Perak (Rajah 1). Masyarakat Temiar di kawasan kajian beradaptasi dengan persekitaran hutan dan tanah tinggi dengan ketinggian maksima sehingga 4306 meter dari paras laut. Corak persekitaran sebegini menawarkan tanah yang subur dan kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna selain berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak adaptasi di persekitaran hutan hujan tropika memiliki hubungan yang simbiotik dengan corak rumah tradisional mereka. Selain itu akan turut dibincangkan fungsi ruang dalam rekabentuk rumah mereka. Kajian juga mendapati bahawa masyarakat ini sedang berdepan dengan cabaran untuk melestarikan rumah tradisional apabila berlakunya perubahan dalam persekitaran. Pada masa ini, secara perlahan-lahan telah berlaku perubahan dalam corak penempatan, namun sebahagian mereka terutama di pendalaman masih mengekalkan rumah tradisional tersebut

    Faktor pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) : Implementaton of learning tahfiz program of professional huffaz at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

    Get PDF
    Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz di UNITEN. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan sistem pembelajaran tahfiz mengikut jantina dan struktur pengajian. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat faktor pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran

    Penghijaran dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora dalam Cerpen Isma Ae Mohamad

    Get PDF
    Kini terdapat beberapa orang pengarang Melayu Patani yang berhijrah ke Malaysia dan membentuk identiti mereka berasaskan keadaan diaspora. Kebanyakan karya mereka tertumpu pada genre sajak dan cerpen. Antara pengarang yang menonjol ialah Isma Ae Mohamad yang banyak menghasilkan cerpen. Makalah ini bertujuan menganalisis cerpen-cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dengan tumpuan kepada krisis budaya dan pencarian identiti watak-wataknya. Cerpen-cerpen yang dimaksudkan adalah “Cerita Dari Sempadan”, “Ke Negeri Impian”, “Perjalanan Ke Sebelah Sana”, “Gadis Tomyam” dan “Rindu Cerita Nenek”. Karya pengarang diaspora ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian diaspora yang dicadangkan oleh Regina Lee

    Budaya material dan hubungannya dengan adaptasi masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Malaysia

    Get PDF
    Dengan menggunakan kaedah etnografi melalui penyertaan ikut serta, satu kajian telah dijalankan untuk melihat hubungan antara corak adaptasi masyarakat Temiar dengan budaya material mereka. Data kajian ini diperolehi melalui kerja lapangan yang dijalankan dari 10.11.2014 hingga 27.11.2014 dan 29.09.2014 hingga 03.10.2014 di beberapa penempatan Temiar di Pos Kuala Mu, Kampung Gapeh Hulu, Kampung Gapeh Hilir, Kampung Bersah dan Kampung Toh yang terletak di daerah Sungai Siput Perak. Tumpuan perbincangan adalah berdasarkan kepada lima klasifikasi utama budaya material iaitu alat pengeluaran, alat domestik, alat ritual, alat muzik dan alat perhiasan diri dengan membincangkan sejauhmana peralatan budaya material mempengaruhi sosio budaya masyarakat yang dikaji

    Penghijaran Dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora Dalam Cerpen-Cerpen Isma Ae Mohamad 1

    Get PDF
    Kini terdapat beberapa orang pengarang Melayu Patani yang berhijrah ke Malaysia dan membentuk identiti mereka berasaskan keadaan diaspora. Kebanyakan karya mereka tertumpu pada genre sajak dan cerpen. Antara pengarang yang menonjol ialah Isma Ae Mohamad yang banyak menghasilkan cerpen. Makalah ini bertujuan menganalisis cerpen-cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dengan tumpuan kepada krisis budaya dan pencarian identiti watak-wataknya. Cerpen-cerpen yang dimaksudkan adalah “Cerita Dari Sempadan”, “Ke Negeri Impian”, “Perjalanan Ke Sebelah Sana”, “Gadis Tomyam” dan “Rindu Cerita Nenek”. Karya pengarang diaspora ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian diaspora yang dicadangkan oleh Regina Lee. Kajian ini mendapati sememangnya karya Isma Ae Mohamad memenuhi tiga pola diaspora yang dicadangkan iaitu, sanjungan terhadap tanah air (namely the idealization of the homeland), manifestasi butik multi-budaya (boutique multicultural manifestation), dan politik identiti transisi (transitional transformational identity politics). Malah, karya beliau juga jelas menonjolkan krisis budaya dan pencarian identiti. Pelbagai pengalaman masyarakat diaspora diungkapkan terutama tentang masalah pendidikan dan kerakyatan. Secara keseluruhan, cerpen-cerpen ini memperlihatkan pandangan orang diaspora dari Patani tentang masa lalu dan masa kini kehidupan mereka. Penemuan kajian ini adalah penting kerana hasilnya boleh menyumbang ke arah memahami nasib diaspora Patani dan krisis identiti yang mereka hadap

    Kinetics of surfactin production by Bacillus subtilis in a 5 L stirred-tank bioreactor

    Get PDF
    A kinetic model of bacterial growth and metabolite production can adequately explain the trends and interaction of important parameters in a fermentation process. Production of surfactin by two bacterial strains, namely, Bacillus subtilis MSH1 and Bacillus subtilis ATCC 21322, in a 5 L bioreactor was investigated using Cooper’s media with 4% (v/v) glucose. The present kinetic study was carried out in order to determine the correlation between microbial cell growth, surfactin production and glucose consumption. Batch fermentation was performed by cultivation of each selected strain in a bioreactor at 30°C for 55 h. The experimental results showed production of surfactin in the culture medium after 5 and 10 h of incubation for B. subtilis ATCC 21332 and B. subtilis MSH1, respectively, at which the bacterial cells were at an early stage of the log phase. The maximum concentration of surfactin (Pmax) achieved by B. subtilis MSH1 and B. subtilis ATCC 21332 was 226.17 and 447.26 mg/L, respectively. The kinetic study of bacterial cell growth of both strains indicated that B. subtilis MSH1 had a specific growth rate (μmax) of 0.224 h-1 and attained a maximum biomass concentration (Xmax) as high as 2.90 g/L after 28 h of fermentation, while B. subtilis ATCC 21332, with μmax of 0.087 h-1, attained an Xmax of 2.62 g/L after 45 h of incubation. B. subtilis MSH1 showed higher growth kinetics, thus exhibited higher values of μmax and Xmax compared with B. subtilis ATCC 21332 under identical fermentation conditions. The Pmax achieved by B. subtilis ATCC 21332 was 447.26 mg/L, two times higher than that achieved by B. subtilis MSH1 (226.17 mg/L). The results obtained provide kinetics information including values of Pmax, μmax and Xmax for better understanding of interactions of bacterial cell growth and glucose consumption towards surfactin production by a commercial strain of B. subtilis ATCC 21332 and a local isolate of B. subtilis MSH1

    Photocatalytic study of two-dimensional ZnO nanopellets in the decomposition of methylene blue

    Get PDF
    We report several significant photodecomposition rates of methylene blue (MB) obtained before and after the refluxing process of own-synthesized two-dimensional (2D) zinc oxide (ZnO) nanopellets. Each photodecomposition rate of MB was found highly dependent on the weight of photocatalyst. The existing photodecomposition rate has been successfully improved to a factor of 22.0 times through refluxing process in excessive pyridine where the surface capping ligand (oleic acid) is removed from the 2D ZnO nanopellets. On the other hand, the refluxed photocatalyst (0.04 g) in this study was found to exhibit excellent recyclability up to three cycles. Furthermore, X-ray powder diffraction spectrums for the refluxed photocatatalyst, respectively, before and after three cycles of photocatalytic reactions, has generated the same patterns showing that the photocatalyst is stable and feasible to be used as an efficient photocatalyst material. Hence, these 2D ZnO nanopellets would provide a new alternative route as a highly efficient photocatalyst for wastewater treatment

    Establishment and cryopreservation of fibroblast cell line from a Sumatran rhinoceros (Dicerorhinus Sumatrensis)

    Get PDF
    Cell lines have been established to preserve the genetic material of endangered animals. This study aims to establish, characterize and authenticate fibroblast cells derived from the kidney tissue of a Sumatran rhinoceros’ carcass. The primary cultures were obtained using the mixed enzymatic-explant method, supplemented with complete media and maintained at 37ºC with 5% CO2 in an incubator. Following routine trypsinization, viability and growth curves were generated through the Trypan Blue counting method. Cellular senescence was quantified by Sa-β-gal staining assay and G-banding for karyotyping. As a result, the cell derivation had generated 81 frozen stocks. The viability of cells at P5 and P10 showed reasonable recovery after six months. Cell population doubling time at P5 was 20.45 hours, while it was 22.35 hours at P10 and P15. The senescence level significantly increased from P5 to P10, and was especially significant at P15. Genetic stabilities were considered stable at P5 and P10, with frequency of over 70 %. In conclusion, this study was able to derive a primary fibroblast culture from the preserved tissue of a Sumatran rhinoceros, with certain changes in morphology, senescence level, growth curves and cell viability as the number of passages increased

    Incidental findings of Heterakis spumosa and Chirodiscoides caviae with pinworms in Sprague Dawley rats

    Get PDF
    Endoparasites and ectoparasites have been one of the most common problems influencing the health condition of laboratory animals. The animals have a higher possibility of getting infected and their vague microbial status may alter the results of research studies. The objective of this study was to identify the presence of helminths and ectoparasites in Sprague Dawley (SD) rats and to determine the association between the type of helminths and ectoparasites infestation in two different conventionally-maintained animal facilities. A total of 60 SD rats were selected randomly. For helminths identification, perianal tape test and faecal floatation were used while ectoparasites were identified by fur pluck test. The data was analysed statistically by SPSS using the Pearson Chi-square test. In this study, pinworms; Syphacia muris and Aspiculuris tetraptera were identified in both Premise 1 and Premise 2. Out of 30 animals of each facility, 26 and 23 rats were found to be positive for helminths at each premise, respectively. Surprisingly, Heterakis spumosa that is commonly found in wild rats were identified at Premise 2. Additionally, 22 out of 30 SD rats at Premise 2 were infested heavily with Chirodiscoides caviae mites which are common in guinea pigs. The high burden of C. caviae infestation was most likely due to cross-contamination during transportation. Statistically, there was an association between the type of helminths and ectoparasites infestation in SD rats at different animal facilities (p-value=0.009). In conclusion, different practise of conventionally-maintained animal facilities influence the evidence of uncommon parasites infestation without affecting the presence of common pinworms in laboratory rats
    corecore