59 research outputs found

    Kemahiran psikologi dakwah kepada golongan remaja

    Get PDF
    Pelbagai permasalahan sosial yang melibatkan golongan remaja masa kini memerlukan proses pemulihan yang yang sesuai dengan psikologi dan minat remaja. Dalam dakwah, pendekatan psikologi dakwah merupakan salah satu pendekatan yang menjuruskan kepada pendekatan psikologi yang mengambil kira dari aspek minat dan kesesuaian dengan jiwa remaja. Oleh itu, para pendakwah memerlukan kemahiran psikologi dalam melaksanakan pendekatan psikologi dakwah. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati antara kemahiran psikologi dakwah yang diperlukan ialah kemahiran komunikasi yang sesuai dengan tahap psikologi remaja, kemahiran memahami emosi remaja dan kemahiran merancang aktiviti dakwah mempunyai daya tarikan psikologi

    Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa

    Get PDF
    Peringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi, biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanan kepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut. Kesan dari tekanan dan ketegangan emosi, remaja menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan terlibat dalam masalah sosial. Remaja seperti ini tergolong dalam kumpulan remaja yang berisiko. Oleh itu, remaja berisiko perlu diberi bimbingan pada peringkat awal, agar mereka tidak terjerumus ke dalam jenayah yang lebih berat. Bimbingan jiwa merupakan salah satu pendekatan dalam psikologi dakwah bagi menangani permasalahan remaja berisiko. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan psikologi dakwah menangani permasalahan remaja berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu, kaunseling secara langsung, bimbingan secara berkelompok, bimbingan keluarga dan perkahwinan. Bimbingan jiwa yang berasaskan ajaran agama Islam, mampu menangani permasalahan remaja berisiko

    Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

    Get PDF
    Pendidikan Islam bukan sahaja berperanan untuk memberi ilmu pengetahuan ajaran Islam tetapi juga berperanan membentuk peribadi dan tingkah laku pelajar dalam kehidupan seharian. Sebagai kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh (PUO), pelaksanaan kursus tersebut perlu sentiasa dinilai agar ia sentiasa mencapai matlamatnya. Oleh itu, pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar di PUO perlu dikaji kerana ia relevan dengan pelaksanaan kursus Pendidikan Islam di institusi berkenaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan responden kajian dari aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam kalangan pelajar PUO. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian lapangan yang menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Pertama, borang kaji selidik yang melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar Islam semester dua Jabatan Kejuruteraan Awam PUO. Kedua, temu bual yang melibatkan enam orang pensyarah Pendidikan Islam di PUO dan ketiga pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soalan borang kaji selidik adalah tinggi iaitu 0.923. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan responden dalam semua aspek yang dikaji iaitu akidah =100.0 peratus, ibadah = 94.0 peratus dan akhlak = 96.0 peratus berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar di PUO adalah baik

    The Paradox of Pesantren Education in the Implementation of Islamic Law: Study of Pesantren Kyai Notion in Mojokerto

    Get PDF
    The teaching of classical books (Kitab Kuning) is a tradition of pesantren education that has lasted a long time. The teaching aims so that students and Muslims can implement the teachings contained in classical books in everyday life. The purpose of this study is to reveal the paradoxical problems faced by santri and Muslims regarding the differences between the content of classical books and their daily application. This research focuses on pesantren Kyai in Mojokerto regarding this paradoxical problem, which is a determining factor in the style and variety of pesantren education management. This study used qualitative methods. Data were collected using interviews, observation, and documentation techniques.  This study's results indicate that Kyai pesantren's notions in Mojokerto can be categorized in the textual-moderate category with the characteristics that they cannot accept the contextual interpretation of Islamic law and tend to be textual. However, this attitude does not encourage Kyai to impose Islamic law and does not force the form of an Islamic state. The education style that results from this notion is that pesantren education tends to be closed and does not accept religious values changes. However, it is open and accepts changes in general education by opening formal educational institutions. This study provides an overview of the style of pesantren education and the factors that influence it

    Inspiring the Spirit of Volunteering in the Halal Industry among Youths in Malaysia

    Get PDF
    Abstract The focus of halal industry is not merely the market but its about creating a conducive ecosystem upon approaching the market. That is the halal supply chain. Technically, the responsibilities are on the shoulder of Halal Executives (HEs). Nevertheless, most importantly is to ensure the industry players are aware and fully equipped with knowledge and skills in order to keep them at par to the Syariah law. As for today, it is crucial to make our youths as part of the team. They can make great contribution and collaboration to the entire industry by making themselves and others voluntarily energized and accessed to the halal certification matters. Unfortunately, it seems that they are not mentally and spiritually ready to adopt and adapt to the basic teachings of al-Quran specifically over the concept of halalan toyyiban. Too many of them are taking things too easily as the issue gets worst. Their concerns are more on lifestyles rather than learning styles. So, what does it takes to keep our youth updated to the reality of buying power? How can HEs be at their best to conduct their task? What drives a person to be committed and competent to the ummah? This concept paper of its kind may bring forward the famous theory of Planned Behaviour which has been practiced academically by the researchers of consumerism. By understanding it and getting the values fostered may enculture a proper, genuine and civilized volunteerism attitude among our youth. Keywords Volunteering, youth, halalan toyyiban, theory of Planned Behaviour, halal executiv

    Generation Z and the Level of Islamic Akhlaq Practices

    Get PDF
    أهداف البحث: تهدف الدراسة إلى تحديد مستوى الأخلاق الحميدة التي تتخلق بها الأجيال الجديدة، وذلك من خلال تناول أحد أهم العناصر في حياة المراهق إذ تشكل أخلاق المراهق سلوكياته. والأخلاق هي نتاج الثقافة والوعي والمعرفة التي يكتسبها الإنسان من التربية والتعليم، وينبغي غرس الأخلاق الحميدة في الطالب لنبني بداخله تقدير الذات والسلوك القويم، فبالأخلاق الحسنة تكون التقوى التي هي معيار التفاضل بين الخلق عند الله سبحانه وتعالى. منهج الدراسة: جاءت هذه الدراسة على هيئة دراسة استطلاعية، تمت الاستعانة فيها بأداة بحثية هي استمارة الاستبيان، وقد اختيرت عينة الدراسة من بين الطلبة المسلمين في ست معاهد فنية (بوليتيكنيك) في المنطقة الوسطى ماليزيا، وقد ضم المشاركون400 طالب مسلم في الفصل الدراسي الأخير من كل معهد من المعاهد الفنية (البوليتكنيك). وقد تم جمع البيانات التي حصلنا عليها من استمارة الاستبيان وتحليلها باستخدام برنامج الحزمة الإحصائية للعلوم الاجتماعية – الإصدار 22 (SPSS v22.0)، وذلك لتحديد التكرارات والنسب المئوية والمتوسط. النتائج: كشفت نتائج الدراسة أن أعلى مستوى للأخلاق الحسنة لدى المشاركين تمثل في الاستماع إلى تلاوة القرآن الكريم في سكينة بمتوسط بلغ 4.72، يليه في المستوى المتوسط والأدنى ، وبمتوسط قدره 3.40، تجنب المشاركين الجلوس في الطرقات.  وقد أتى المتوسط الإجمالي عاليًا عند 4.44، مما يدل على تمتع طلاب المعاهد الفنية في المنطقة الوسطى بمستوى جيد من الأخلاق الحميدة، وحاجتهم مع ذلك إلى التوجيه والإرشاد باستمرار للحفاظ على أخلاقهم الحسنة والارتقاء بها؛ حيث ينشأ الجيل زد في عالم موصول بالتكنولوجيا الحديثة المتطورة باستمرار التي صنعها الإنسان. ونظرًا لأن هذا الجيل يُمضي جل وقته في الفضاء الرقمي؛ إذ يتواصل أبناؤه مع غيرهم في شتى بقاع الأرض دون حدود أو قيود، فإنه ليس من السهل تطبيق قيم وقواعد الأخلاق الحميدة على الجيل زد. أصالة البحث: تنبع أصالة هذه الدراسة مما تضمنته من البحوث التجريبية لتحديد مستوى الأخلاق الحميدة  لدى الأجيال الشابة؛ وخاصة الجيل زد؛ إضافةً إلى الاستعانة بالأدبيات السابقة باللغات العربية والإنجليزية والملاوية والتي تم عرضها في الدراسة، إلى غير ذلك من مؤلفات علماء الدين الإسلامي وغيرهم من العلماء والباحثين.Purpose: This research aims to identifying the level of akhlaq practiced by the young generation. This research discusses one of the most important elements in the life of adolescents. It determines adolescent’s behavior. Good akhlaq is the product of knowledge and an understanding of knowledge gained through formal or informal education. The practice of akhlaq needs to be internalized in every student in order to build self-respect and good behavior. The practice of good akhlaq plays a role in creating a pious person and becomes the measure of balance in Allah’s judgment. Methodology: This research is designed as a survey study that uses a questionnaire as the research instrument. The research sample focuses on Muslim students from six Central Zone Polytechnics in Malaysia. The total number of respondents includes 400 Muslim students in their final semester for each polytechnic. Data obtained from the questionnaire are gathered and analysed using Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) software to obtain the frequency, percentage and mean score. Findings: The research results find that the highest level of good akhlaq practice among the respondents is the behavior of calmly listening to Quran recitation with a mean score of 4.72, followed by an average and the lowest level of mean score of 3.40, that is, the respondents did not like to loiter. The overall average mean score of 4.44 is high. This shows that the level of good akhlaq practice by polytechnic students in the Central Zone is good but that they are in need of continuous guidance so that good akhlaq can be maintained and enhanced. Gen Z is growing up in a world connected with the ever-growing human-created technology. The generation is often in cyberspace and can connect to every part of the world without boundaries or limitations. Therefore, it is a challenge to apply values and norms based on good akhlaq for Gen Z. Originality: The originality of this paper comes from the empirical studies to identify the level of practice of good akhlaq among young generation especially generation Z. Furthermore, this research is supported by literature review all of the publication in Arabic, English and Malay and also, the source from Islamic scholars and conventional scholars

    Kaedah pengawalan tingkah laku bagi anak mengalami Autisme: Controlling methods of tantrum behaviour for children with Autism

    Get PDF
    Tantrum ialah tingkah laku yang biasa dikaitkan dengan kanak-kanak autisme iaitu mudah menangis, menjerit, mengamuk dan memukul diri sendiri apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Anak mengalami autisme menunjukkan tantrum di tempat awam tanpa perasaan bimbang dan malu. Mereka tidak menyedari tingkah laku mereka kerana kebolehan yang terhad dalam pemikiran, komunikasi dan interaksi sosial. Malangnya dalam hal ini segelintir masyarakat memandang anak mengalami autisme sebagai suatu masalah dan akan memandang serong sehingga membuatkan ibu bapa berasa malu. Akibatnya, anak-anak ini tidak lagi dibawa keluar kerana pandangan negatif masyarakat. Artikel ini bertujuan menerangkan kaedah mengawal tingkah laku tantrum dalam kalangan anak mengalami autisme. Analisis dokumen merupakan kaedah kajian yang digunakan berdasarkan kajian lepas, jurnal dan buku berkaitan autisme dan tantrum. Artikel ini menekankan empat kaedah pengawalan tingkah laku tantrum iaitu, (i) penggunaan teknik cerita sosial, (ii) penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak-anak, (iii) penekanan terhadap pendidikan al-Quran dan (iv) kaedah pembelajaran mediatif. Ini adalah kaedah yang boleh membantu mengawal emosi anak-anak yang tidak stabil dan tingkah laku tantrum. Semua pihak terutama ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tingkah laku tantrum ini dapat dikawal tanpa mendatangkan kecederaan diri kepada anak mengalami autisme itu sendiri dan orang sekeliling mereka

    Faktor gangguan emosi dalam fenomena histeria massa remaja Muslim

    Get PDF
    Gejala histeria beramai-ramai atau histeria massa adalah satu permasalahan sosial yang telah lama wujud di Malaysia. Histeria massa kebanyakannya terjadi di komuniti sekolah, asrama dan kilang. Di Malaysia, gejala ini lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja Muslim di sekolah. Impak histeria massa mengakibatkan pelbagai kesan negatif terutama pada emosi dan keharmonian sosial. Epidemik yang berlaku menyebabkan suasana panik dan tegang serta merencatkan perjalanan aktiviti persekolahan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gangguan emosi dalam gejala histeria massa remaja Muslim di sekolah. Kajian menggunakan kaedah kajian tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai sebagai alat kajian. Sampel kajian terdiri daripada 105 orang pelajar yang pernah mengalami histeria daripada beberapa buah sekolah sekitar negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan kejadian histeria massa adalah berpunca dari tekanan dan gangguan emosi yang berada pada tahap sederhana tinggi iaitu apabila ledakan tingkah laku histerikal muncul. Simptom histeria yang ditunjukkan menggambarkan unsur kecelaruan dan gangguan pada fungsi afektif. Di samping itu, kajian juga telah mengenalpasti beberapa jenis gangguan emosi yang boleh menjadi pencetus epidemik histeria dalam kalangan remaja muslim iaitu rasa bersalah atas kesilapan lalu, memendam rasa, membayangkan sesuatu yang menakutkan, kesedihan, kebimbangan, tekanan, panik dan takut. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam menangani histeria massa dari terus berlaku dengan mengenal pasti faktor gangguan emosi tersebut

    Peranan NGO Islam dalam mereliasasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia

    Get PDF
    Pendekatan Islam Hadhari ialah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu sistem, peraturan dan cara hidup yang progresif, maju, dinamik dan bertamadun tinggi yang bertujuan melahirkan umat manusia yang berilmu dan berbudaya tinggi berasaskan nilai-nilai akhlak mulia serta dapat mengharungi cabaran semasa. Usaha pelaksanaan gagasan pendekatan Islam Hadhari wajar digembleng bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi menjayakan misi Islam Hadhari di Malaysia. Justeru itu, beberapa NGO Islam yang telah dikenal pasti berperanan dalam merealisasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Antaranya ialah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (NUIM). Kajian ini mendapati setiap NGO Islam tersebut telah melaksanakan pendekatan Islam Hadhari melalui program yang dilaksanakan mengikut tumpuan bidang yang berbeza. Sehubungan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan yang ditekankan oleh NGO Islam ialah sebagai pasukan sukarelawan dalam amal Islami dengan menghidupkan peradaban manusia dan semangat camal jamāciyy untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan dinamik dalam mengharungi cabaran dan pelaksanaan wawasan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia

    Bentuk Aktiviti Dakwah Sahabat YADIM Kepada Mahasiswa UKM

    Get PDF
    YADIM merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Sebagai salah satu agen penggerak dakwah di negara ini, YADIM telah memainkan peranan penting dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pimpinan Muda Islam (KEMUDA) menerusi modul dakwah dan kepimpinan Islam untuk menarik minat mahasiswa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti dakwah sahabat YADIM kepada Mahasiswa UKM melalui program KEMUDA. Perbincangan kajian ini meliputi bentuk aktiviti dakwah yang telah digunakan sepanjang program dijalankan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Sejumlah 147 orang mahasiswa daripada pelbagai fakulti UKM yang menganggotai sahabat YADIM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik telah diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bentuk aktiviti dakwah YADIM berjaya menarik perhatian mahasiswa kepada aktiviti dakwah. Oleh itu, Kajian ini merupakan prakarsa yang pragmatik untuk diketahui dalam usaha penambahbaikkan bagi memantapkan program dakwah KEMUDA pada masa hadapan.YADIM merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Sebagai salah satu agen penggerak dakwah di negara ini, YADIM telah memainkan peranan penting dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pimpinan Muda Islam (KEMUDA) menerusi modul dakwah dan kepimpinan Islam untuk menarik minat mahasiswa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti dakwah sahabat YADIM kepada Mahasiswa UKM melalui program KEMUDA. Perbincangan kajian ini meliputi bentuk aktiviti dakwah yang telah digunakan sepanjang program dijalankan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Sejumlah 147 orang mahasiswa daripada pelbagai fakulti UKM yang menganggotai sahabat YADIM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik telah diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bentuk aktiviti dakwah YADIM berjaya menarik perhatian mahasiswa kepada aktiviti dakwah. Oleh itu, Kajian ini merupakan prakarsa yang pragmatik untuk diketahui dalam usaha penambahbaikkan bagi memantapkan program dakwah KEMUDA pada masa hadapan
    corecore