28 research outputs found

    ANALISIS MODEL PENDALILAN GOLONGAN HABIB: AMALAN TAWASSUL DENGAN ORANG MATI DAN TAWASSUL DENGAN PERKATAAN MADAD

    Get PDF
    Discussions on Tawassul have been done by scholars since antiquity. However, the diversity of beliefs that have emerged lately including the existence of the 'Selawat Perdana' and ‘Malam Cinta Rasul’ phenomenon that was brought by Habib group causing discussion on this issue to become warm again. Among the expressions introduced by the Habib group in their occasion were al-Madad Ya Rasulullahwhich in that expression includes the practice of Tawassul with the dead and Tawassul with the word Madad.What is more alarming is that the Islamic community is so easy to accept the practices introduced by Habib group because of their position as the descendants of the Prophet. Hence, this paper is produced to re-evaluate the arguments submitted by the Habib group in defending the practice of Tawassul with the dead and with the word of Madad. This study is a qualitative study using case study method where the data collection process is done through content analysis and internet studies. Meanwhile, the data analysis process is done through descriptive, thematic and comparative approaches. The findings show that the arguments posed by some of the Habib's groups against these two issues were not strong and thus the necessity of the practices was also questioned. The results of this study have important implications for the Muslim community to evaluate whether the Tawassul practices highlighted by the Habibians are in accordance with the law or otherwise.Pembicaraan tentang masalah Tawassul telah dilakukan oleh para ulama sejak jaman dahulu. Namun, keragaman keyakinan yang muncul akhir-akhir ini termasuk keberadaan fenomena 'Selawat Perdana' dan 'Malam Cinta Rasul' yang dibawa oleh kelompok Habib menyebabkan diskusi tentang masalah ini menjadi hangat lagi. Di antara ekspresi yang diperkenalkan oleh kelompok Habib dalam kesempatan mereka adalah al-Madad Ya Rasulullah yang dalam ungkapan itu termasuk praktek Tawassul dengan orang mati dan Tawassul dengan kata Madad. Yang lebih mengkhawatirkan adalah bahwa komunitas Islam begitu mudah untuk menerima praktik yang diperkenalkan oleh kelompok Habib karena posisinya sebagai keturunan Nabi. Oleh karena itu, makalah ini dibuat untuk mengevaluasi kembali argumen yang diajukan oleh kelompok Habib dalam membela praktik Tawassul dengan orang mati dan dengan kata Madad. Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif dengan menggunakan metode studi kasus dimana proses pengumpulan data dilakukan melalui analisis isi dan studi internet. Sementara itu, proses analisis data dilakukan melalui pendekatan deskriptif, tematik dan komparatif. Temuan menunjukkan bahwa argumen yang diajukan oleh beberapa kelompok Habib terhadap dua masalah ini tidak kuat dan dengan demikian perlunya praktik juga dipertanyakan. Hasil penelitian ini memiliki implikasi penting bagi komunitas Muslim untuk mengevaluasi apakah praktik Tawassul yang disorot oleh Habibian sesuai dengan hukum atau sebaliknya

    أهمية معرفة غريب الحديث النبوي الشريف

    Get PDF
    إن معرفة أهمية غريب الحديث النبوي الشريف الوارد في كتب الأحاديث من الصحاح، والسنن، والمسانيد، أو في كتب التفاسير المطولة والمختصرة من الضروريات والمهمات التي تتعلق بفهم الحديث النبوي والعمل به، لا بمعرفة صناعة الإسناد وما يتعلق به، ومن خلال أهمية معرفة غريب الحديث نستطيع أن نقف على فهم معاني الأحاديث، ومناسباته التي وردت الأحاديث فيها، وذلك له فائدة عظيمة في ميدان التشريع والأحكام، وفيه رفعٌ للإشكال في فهم بعض الأحاديث التي ارتبطتْ، ووردت بأسباب ومناسبةٍ معينة حتي يسهل للجميع في فهم تلك الأحاديث، وعلى هذا تدور مشكلة البحث، وهدف البحث، وقد تصلت إلى العديد من التائج من أهمها أن معرفة غريب الحديث هي أهمية كبرى على الساحة العلمية عموما،ً وعلى الحديت النبوي خصوصا،ً إ ذْ فهم هذا الحديث أحيانا متوقف على هذا اللفظ الغريب في ضبطه الصحيح وفهمه، لأن الاختلاف في ضبط بالألفاظ الغريبة الواردة في الأحاديث النبوية، يؤثر في معرفة معنى المقصود في الحديث. وقد اعتمدت الدراسة على المنهج الاستقرائي التحليلي. وقسمت البحث إلى مقدمة، وتمهيد، وثلاث مباحث: المبحث الأول: نشأة علم غريب الحديث، المبحث الثاني: وفيه مطلبان، المطلب الأول: تعريف غريب الحديث لغةً، والمطلب الثاني: تعريف غريب الحديث اصطلاحا،ً والمبحث الثالث: أهمية معرفة غريب الحديث. وأخيراً خاتمة البحث، ثم أهم النتائج والتوصيات، ثم المراجع

    Analisis komparatif Ḥadīth al-Raḥmah al-Musalsal bi al-Awwaliyyah riwayat Qāḍī Quḍāh al-Jin Shamharūsh al-Ṣaḥābī

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan untuk menilai, membanding dan menjelaskan keabsahan periwayatan ḥadīth al-Raḥmah al-Musalsal bi al-Awwaliyyah yang diriwayatkan oleh dua orang tokoh ahli hadis terkemuka pada abad ke-20 dari Moroko iaitu al-Ḥāfidh Aḥmad bin Muḥammad al-Ṣiddīq al-Ghumārī (1380 H) dan al-Muḥaddith Muḥammad cAbd Al-Ḥayy Al-Kattānī (1382 H/1962 M) yang bersambung rantaian sanad mereka berdua kepada Shamharūsh iaitu perawi jin yang mendakwa dirinya sebagai sahabat Nabi Muhammad SAW. Kajian ini memfokuskan kepada salasilah sanad dan ilmu riwayah hadis berdasarkan disiplin dan konsep yang ditetapkan mengikut kaedah cUlūm al-Ḥadīth. Bagi mencapai objektif kajian, reka bentuk kajian yang digunakan ialah dengan menganalisis kandungan teks dan sanad hadis. Penyelidikan ini juga tertumpu kepada sumber hadis, status sahabat dan kaedah penyampaian riwayat seperti yang direkodkan. Hasil kajian mendapati bahawa jalur periwayatan Shamharūsh ini adalah ringkas, paling tinggi dan dekat dengan Rasulullah SAW di zaman mutakhir ini. Namun, hadisnya ditolak kerana masalah latar belakangnya yang majhūl

    Kajian takhrij hadith pascasiswazah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Sepanjang tempoh penubuhan UKM, banyak penyelidikan telah dihasilkan meliputi pelbagai bidang kajian. Begitu juga kajian dalam bidang hadith khususnya takhrij hadith. Takhrij Hadith dikenali sebagai ilmu untuk mengesahkan kesahihan sesebuah hadith. Kajian tinjauan dilakukan terhadap kajian takhrij hadith pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM meliputi disertasi Sarjana dan tesis Doktor Falsafah. Fokus penulisan ini adalah mengkaji setiap kajian takhrij hadith dari tiga aspek iaitu jenis kajian takhrij hadith, bidang kajian serta fokus perbincangan kajian takhrij hadith. Kajian menggunakan metodologi kualitatif iaitu analisis dokumen. Pada tahun 2000 hingga 2015, sebanyak 45 penyelidikan takhrij hadith telah dihasilkan. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan wujud sumbangan baru dalam kajian takhrij hadith sebagai usaha ke arah pemantapan dan pemurnian hadith-hadith Nabi s.a.w. Di samping itu, dapat melihat sejauhmana perkembangan ilmu takhrij hadith dalam aspek penyelidikan di peringkat Ijazah Tinggi

    Ketokohan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dalam bidang hadis

    Get PDF
    Sheikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan ulama terkenal di alam Melayu Nusantara. Ketokohan beliau terserlah melalui penghasilan karya penulisannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang ulama yang produktif dalam menghasilkan karya. Selain itu, keizinan yang diperolehi beliau untuk menyampaikan ilmu dalam al-Masjid al-Haram yang merupakan pusat ilmu pada waktu tersebut membuktikan kealiman serta ketokohan beliau diperakui. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengetengahkan ketokohan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili di dalam ilmu keislaman dengan difokuskan kepada ilmu hadis. Kajian itu bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan beliau dalam ilmu tersebut. Perbincangan mengenai penggunaan, pemilihan serta penulisan hadis dalam karya-karya beliau menjadi fokus utama kajian ini. Reka bentuk kajian yang akan digunakan bagi mencapai objektif ialah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan karya-karya beliau yang merupakan data primer di dalam kajian ini, dan analisis data dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Sheikh Abdul Qadir al-Mandili mempunyai ketokohan dalam bidang hadis, bahkan beliau turut menyumbang kepada khazanah hadis Nusantara berdasarkan peninggalan karya hadis beliau

    Barriers to food quantity intake control and healthy eating among overweight and obese working Malay women in public service

    Get PDF
    Introduction: The objective of this study is to look at the barriers faced by a group of working women who are overweight and obese that hinders control of their food quantity intake and healthy eating habit. Methods: 140 respondents were recruited. Data was collected using self-administered questionnaires. The four forms of barriers to ‘food quantity intake control’ assessed were ‘lack of knowledge’, ‘lack of motivation’, ‘difficult when eating out’ and ‘have to attend meetings often’ and the six forms of barriers to ‘eat healthily more frequent’ assessed were ‘lack of knowledge’, ‘lack of motivation’, ‘difficult when eating out’, ‘costly’, ‘work commitment’ and ‘family commitment’. Results: For barrier to ‘food quantity intake control’, 60.0% of respondents agree that it is due to having to ‘attend meetings often’ and this is associated with level of education (P=0.02) while 57.9% agree it is due to ‘difficulty when eating out’ and this is associated with marital status and having children (P=0.01 and P=0.02, respectively). For barriers to ‘eating healthily more frequent’, 79.3% agree it is due to ‘lack of knowledge’ and this is associated with having children (P=0.03), 67.9 % agree it is due to healthy food items being ‘costly’ and this is associated with level of education and employment position (P=0.01 and P=0.02, respectively) while 65.7% agree it is due to ‘work commitment’ and this is associated with education level (P=0.04). Conclusion: Barriers to food quantity intake control and healthy eating are associated with socio demographic and socioeconomic characteristics among this group of overweight and obese women

    Bridging the prohetic legacy through time: A preliminary account on Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah and Perlis state constitution of 1948

    Get PDF
    On 1st February 1948, the state of Perlis promulgated her first formally written constitution.Article 5(1) of this constitution declared: ‘The religion of the State shall be the religion of Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah as heretofore professed and practiced in the State’.While other Malaysian states indirectly enshrined Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah or Sunni Islam as the official sect via convention and tradition, Perlis State Constitution of 1948 went further by consolidating the position of Ahl al-Sunnah wa al Jama’ah as inseparable from the religion of the state through the letters of the law.As the Malaysian Federal Constitution is still silent about the official sect in understanding and practicing Islam as a nation, the public debate on this issue has indicated that the Perlis experience now seems has been rather successful in providing legal preservation to the future of Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah in a Malaysian state.Thus this preliminary account tries to emphasize some events and figures in relation to the historic codification of Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ahin the Perlis State Constitution of 1948

    Kedudukan hadis mursal menurut Maulana Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy (1315-1402h/1898-1982) dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik

    Get PDF
    Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain memberi tumpuan kepada ilmu fiqah, bahkan ada juga yang memperjelaskan kedudukan hadis-hadis di dalam al- Muwaṭṭa’. Salah satu ulama yang mensyarah kitab al-Muwaṭṭa’ Mālik adalah Muḥammad Zakariyyā al- Kāndahlawiyy (1315-1402H/1898-1982). Beliau memberikan nama kitab beliau dengan nama kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Di dalam kitab ini beliau memberikan jalan tengah dalam menyelamatkan hadis-hadis yang berstatus mursal. Artikel ini membahaskan bagaimana kedudukan hadis mursal menurut Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa semua hadis mursal yang berada dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik telah diselamatkan oleh beliau dengan berstatus: pertama ṣaḥīḥ kerana hadisnya bersambung di dalam ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim; kedua, hadis yang mursal disambung ditempat kutub al-sittah (selain ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim). Ketiga, hadis tetap berstatus mursal dengan tidak tersambung kitab-kitab hadis lain

    Konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam Islam: asas, keutamaan dan kepentingannya

    Get PDF
    Syeikh al-Albani merupakan ulama pertama yang mempopularkan konsep tasfiah dalam dakwah. Menurut beliau, tasfiah merupakan antara metode yang sepatutnya dijadikan sebagai asas beragama oleh seluruh kaum Muslimin bagi mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar sejajar dengan apa yang dibawakan oleh Nabi SAW. Artikel ini membahaskan sejauh mana konsep tasfiah beliau ini selari dengan Agama di samping keutamaan dan kepentingan ia dilaksanaan dalam ketiga-tiga bidang utama Agama iaitu akidah, fiqah dan hadis. Melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan analisis dokumen, kajian menunjukkan bahawa istilah tasfiah tidak digunakan secara spesifik dalam Al-Quran atau hadis tetapi konsepnya terangkum dalam erti menjalankan kewajipan dakwah yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadis. Ia juga termasuk dalam erti melaksanakan kewajipan memberi nasihat serta perintah amar makruf dan nahi mungkar yang banyak terdapat dalam nas-nas Al-Quran dan hadis. Pelaksanaan konsept tasfiah dalam bidang akidah, fiqah dan hadis sangat penting dan tidak boleh diabaikan oleh para ilmuwan Islam kerana ia berfungsi sebagai ‘anti-virus’ bagi memurnikan Agama Islam daripada perkara-perkara asing yang telah menyusup masuk ke dalamnya dan mengekalkan keaslian dan ketulenan ajaran Islam sebagaimana mana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Impak kajian ini menunjukkan keperluan pelaksanaan konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam semua peringkat pengajian Agama sama ada secara formal atau tidak formal bagi mendepani pencemaran yang berlaku dalam ketiga-tiga bidang Agama tersebut kesan daripada penularan fahaman-fahaman sesat, kecenderungan taklid dan taasub mazhab serta penyebaran hadis-hadis daif dan maudhuk
    corecore