Analisis komparatif Ḥadīth al-Raḥmah al-Musalsal bi al-Awwaliyyah riwayat Qāḍī Quḍāh al-Jin Shamharūsh al-Ṣaḥābī

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menilai, membanding dan menjelaskan keabsahan periwayatan ḥadīth al-Raḥmah al-Musalsal bi al-Awwaliyyah yang diriwayatkan oleh dua orang tokoh ahli hadis terkemuka pada abad ke-20 dari Moroko iaitu al-Ḥāfidh Aḥmad bin Muḥammad al-Ṣiddīq al-Ghumārī (1380 H) dan al-Muḥaddith Muḥammad cAbd Al-Ḥayy Al-Kattānī (1382 H/1962 M) yang bersambung rantaian sanad mereka berdua kepada Shamharūsh iaitu perawi jin yang mendakwa dirinya sebagai sahabat Nabi Muhammad SAW. Kajian ini memfokuskan kepada salasilah sanad dan ilmu riwayah hadis berdasarkan disiplin dan konsep yang ditetapkan mengikut kaedah cUlūm al-Ḥadīth. Bagi mencapai objektif kajian, reka bentuk kajian yang digunakan ialah dengan menganalisis kandungan teks dan sanad hadis. Penyelidikan ini juga tertumpu kepada sumber hadis, status sahabat dan kaedah penyampaian riwayat seperti yang direkodkan. Hasil kajian mendapati bahawa jalur periwayatan Shamharūsh ini adalah ringkas, paling tinggi dan dekat dengan Rasulullah SAW di zaman mutakhir ini. Namun, hadisnya ditolak kerana masalah latar belakangnya yang majhūl

    Similar works