Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Syeikh al-Albani merupakan ulama pertama yang mempopularkan konsep tasfiah dalam dakwah. Menurut
beliau, tasfiah merupakan antara metode yang sepatutnya dijadikan sebagai asas beragama oleh seluruh kaum
Muslimin bagi mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar sejajar dengan apa yang dibawakan
oleh Nabi SAW. Artikel ini membahaskan sejauh mana konsep tasfiah beliau ini selari dengan Agama di
samping keutamaan dan kepentingan ia dilaksanaan dalam ketiga-tiga bidang utama Agama iaitu akidah, fiqah
dan hadis. Melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan analisis dokumen, kajian menunjukkan bahawa
istilah tasfiah tidak digunakan secara spesifik dalam Al-Quran atau hadis tetapi konsepnya terangkum dalam
erti menjalankan kewajipan dakwah yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadis. Ia juga termasuk dalam erti
melaksanakan kewajipan memberi nasihat serta perintah amar makruf dan nahi mungkar yang banyak terdapat
dalam nas-nas Al-Quran dan hadis. Pelaksanaan konsept tasfiah dalam bidang akidah, fiqah dan hadis sangat
penting dan tidak boleh diabaikan oleh para ilmuwan Islam kerana ia berfungsi sebagai โanti-virusโ bagi
memurnikan Agama Islam daripada perkara-perkara asing yang telah menyusup masuk ke dalamnya dan
mengekalkan keaslian dan ketulenan ajaran Islam sebagaimana mana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Impak kajian ini menunjukkan keperluan pelaksanaan konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam semua
peringkat pengajian Agama sama ada secara formal atau tidak formal bagi mendepani pencemaran yang berlaku
dalam ketiga-tiga bidang Agama tersebut kesan daripada penularan fahaman-fahaman sesat, kecenderungan
taklid dan taasub mazhab serta penyebaran hadis-hadis daif dan maudhuk