154 research outputs found

    Kapal Wap, Laluan Maritim dan Penghantaran Buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941

    Get PDF
    Perkembangan teknologi maritim telah memberi impak signifikan kepada Asia Tenggara. Sebelum kapal wap diperkenalkan, pengembara dan pedagang bergantung kepada kapal layar untuk perjalanan jarak jauh dan perjalanan tersebut menjadi sukar dan membahayakan kerana keadaan cuaca yang tidak dapat diramalkan, terutama semasa perubahan monsun dan angin. Transformasi radikal industri perkapalan yakni dari penggunaan kapal layar kepada kapal wap berjalan seiring dengan kemuncak Revolusi Perindustrian di Eropah, yang menyaksikan perkembangan bukan sahaja perdagangan tetapi juga perluasan wilayah di bawah kawalan Eropah pada era imperialism baru. Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari tahun 1881 hingga tahun 1941 adalah contoh perluasan wilayah dan dominasi ekonomi Eropah yang menyaksikan kedatangan buruh asing terutama buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara dengan menggunakan kapal wap melalui beberapa laluan maritim untuk memenuhi tuntutan ekonomi Borneo Utara. Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial), dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara kegiatan manusia dalam bentuk migrasi tenaga buruh, dan kondisi serta persekitaran maritim terutama dalam penggunaan kapal wap dan laluan maritim. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubung kait antara kedatangan buruh asing dengan aspek maritim di mana isu-isu yang berkaitan dengan laluan maritim, jarak dan jangka waktu perjalanan, kos yang ditanggung, pemilikan kapal, persaingan kuasa dan dasar perlindungan, serta kebersihan atas kapal merupakan antara faktor-faktor dominan yang mempengaruhi penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara

    Teori Darwinisme Sosial: Suatu Pendekatan Barat dalam mentamadunkan Penduduk di Borneo Utara Menerusi Perspektif Sejarah

    Get PDF
    Darwinisme sosial merupakan sebuah teori yang diagungkan oleh kuasa Barat bagi mewujudkan jurang perbezaan manusia dalam pelbagai aspek dengan mengangkat status mereka sebagai bangsa ā€˜superiorā€™, manakala bangsa kulit hitam dan berwarna pula dikategorikan sebagai ā€˜inferiorā€™ atau ā€œlesser breedā€™ā€™ pada abad ke-19. Justeru kajian ini akan memberi tumpuan kepada analisis bagaimana kuasa barat cuba untuk mengimplementasikan teori ini kepada penduduk di Borneo Utara dengan menggunakan dan menerapkan sistem sosial serta budaya mereka sebagai acuan bagi membentuk masyarakat yang mempunyai ketamadunan moden seperti yang mereka percayai bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka menerusi slogan ā€œwhite man burdenā€. Bagi mencapai objektif ini, kaedah kajian secara kualitatif telah digunakan dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder sebagai sumber utama. Sumber-sumber tersebut merupakan bahan yang dapat diakses di Arkib Negeri dan perpustakaan, serta terdiri daripada buku dan artikel yang terdapat dalam jurnal. Selain itu, sumber daripada laman sesawang yang releven juga digunakan bagi mengukuhkan hujah dan perbincangannya. Dapatan utama kajian ini mendapati bahawa penjajahan kuasa barat khususnya British dalam menguasai Borneo Utara bukan hanya bermatlamatkan pengeksploitasian ekonomi sahaja, namun mereka juga bertujuan untuk mengubah kehidupan tradisional penduduk tempatan memandangkan mereka beranggapan bahawa itu adalah suatu tanggungjawab yang mereka pikul dalam mendidik bangsa yang lebih rendah dari mereka, banyak berkait rapat dengan status dan maruah mereka sebagai kuasa imperialis yang mempromosikan ketamadunan. Maka, demi mencapai matlamat tersebut, pelbagai transformasi dan perubahan yang telah dilakukan oleh British dalam pelbagai aspek bagi mengubah taraf hidup penduduk tempatan khususnya dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, penulis akan membincangkan secara lebih mendalam mengenai justifikasi teori tersebut, serta dengan lebih lanjut bagi membincangkan apakah aspek dan pendekatan yang digunakan oleh Barat dalam mentamadunkan penduduk di Borneo Utara seperti apa yang mereka percayai menurut Darwinisme Sosial

    Javanese indentured labourers in British North Borneo, 1914-1932.

    Get PDF
    This thesis examines the historical realities of Javanese indentured labour in British North Borneo from 1914 to 1932. The empirical findings are interpreted in terms of the theoretical debate surrounding the indentured labour system, seen either as a 'new system of slavery', or as a particular variety of 'free labour'. By using primary and secondary sources, the study analyses the dynamics of the Javanese indentured labour system, i.e. from the negotiation between the colonial states for the procurement of Javanese labour, to the actual recruitment in Java, and working conditions in British North Borneo under civil contracts, which sanctioned criminal punishments. The thesis argues that the desperate need for labour, the prevailing conditions in Java, the regulated recruitment and immigration procedures, the characteristics of their indenture experience on British North Borneo enterprises, the post-indenture options available to the labourers, the inferior position of the Company government vis-a-vis the Dutch authorities, and the incessant disagreement between employers' representatives, which weakened their collective bargaining power, have all helped to depict Javanese indentured labour experience in British North Borneo not so much as slavery in a disguised form, but as a unique variety of 'free labour'. This thesis contributes to the wider history of colonial labour in three ways. Firstly, it provides an extensive and analytical review of Javanese indentured labour in British North Borneo during the period of imperialism and colonialism, which has not been attempted before. Secondly, it goes beyond the study of colonial and capitalist interests, moving towards an analysis of the experience of indenture by Javanese immigrants themselves. Thirdly, in contrast with previous studies depicting Javanese labourers as part of British North Borneo's local history, this thesis frames the story in terms of the wider debate surrounding the system, thus providing a modest contribution from British North Borneo to continuing deliberations on this controversial topic

    Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah

    Get PDF
    Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah mewajarkan semula interpretasi sejarah keberadaan gendang gangsa di Malaysia khususnya di Sabah. Sehingga kini, koleksi gendang gangsa di Malaysia adalah sejumlah 22 buah gendang yang masih banyak kelompangan atau ruang kajian untuk dikongsikan dengan umum. Koleksi tersebut melibatkan penemuan secara tidak sengaja, koleksi sedia ada di istana, muzium dan orang perseorangan. Manakala GGTD pula merupakan gendang gangsa tunggal yang ditemui di timur Malaysia dan yang ketiga di Borneo selepas Sambas I dan Sambas II. Artifak GGTD berkondisi 70% lengkap-rapuh dengan kesan patina dan kotoran tanah yang masih belum dibersihkan menyukarkan proses analisis fizikal. Namun demikian, proses pendokumentasian harus dilakukan sebagai usaha menyelamatkan data arkeologi pada gendang sebelum keadaan tahap kemerosotan bertambah serius. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjelaskan bagaimana GGTD berada di bukit Timbang Dayang, pulau Banggi, Kudat. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan interpretasi terkini dan meletakkannya setara dengan kajian gendang gangsa yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya

    The social interaction between european community and communities in north borneo

    Get PDF
    This study focusing on the social interactions between the European community and the communities in North Borneo during the era of the British North Borneo Company from 1881 to 1941. This study identifies the interrelated factors between the European community and the communities in North Borneo. This study is specific to social interaction between European community with Chinese, Indians, Muruts, Dusun and Suluā€™s people in North Borneo which began when these group was given the opportunity to hold positions in the British administration. Based on primary and secondary sources obtained from archives and libraries, the findings of the study found that the beginning of the relationship between the European community with the communities mentioned above is as soon as they work as subordinate workers. After that, the officials followed a lifestyle of the middle class in Europe as revealed by European administrative officials serving in North Borneo. They are not only exposed to the lifestyle of European officialsā€™, but also the image and prestige. However, what limits the social interaction between the European community and the community in North Borneo is the cultural differences and social position in society. Therefore, this study would like to see the role of European community associations and clubs in North Borneo as it can improve the relationship between the European community and the community in North Borneo because, these associations and clubs not only accept non-European members, but also organize sports and leisure to all races, religions and genders. Therefore, this study would like to see the social interaction between the European community and the community in North Borneo which can be seen not only based on their relationship in clubs and associations as well as the relationship of European men and women in North Borneo

    Wanita dan feminisme: isu dan cabaran wanita dalam mendapatkan pendidikan semasa zaman penjajahan di Borneo Utara (1881-1946)

    Get PDF
    Bermulanya era penjajahan British ke atas Borneo Utara telah menjadikan pendidikan ke atas penduduk tempatan sebagai satu agenda yang sangat serius. Hal ini disebabkan oleh tuntutan kemanusiaan bangsa mereka sendiri ke atas penduduk Borneo Utara yang mereka anggap ketinggalan dalam pelbagai aspek. Dipelopori oleh darwinisme sosial dan beban mereka sebagai orang putih, pendidikan ke atas wanita juga mula dititikberatkan bersandarkan atas hak asasi manusia dan feminisme yang mula diterapkan dalam pentadbiran British menjelang abad ke-20. Justeru, kajian ini akan menjelaskan mengenai bagaimana ideologi feminisme telah mengangkat hak wanita dalam mendapatkan pendidikan di Borneo Utara khusunya semasa zaman penjajahan. Maka, skop kerja bagi kajian ini telah ditetapkan di Borneo Utara iaitu semasa zaman penjajahan British bermula dari tahun 1881 sehingga 1946, terutamanya semasa era pentadbiran British North Borneo Company. Dapatan utama kajian ini mendapati hak wanita dalam mendapatkan pendidikan di Borneo Utara adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor khususnya budaya dan cara hidup masyarakat tempatan yang skeptikal mengenai fungsi pendidikan ke atas wanita, sehinggalah pentadbiran British mula memandang serius mengenai masalah ini. Pentadbiran British cuba untuk menghapuskan dogma dalam pemikiran masyarakat tempatan mengenai fungsi-fungsi wanita menerusi tanggapan sejarah yang mereka praktikkan sama ada melalui agama, kepercayaan, cara hidup, budaya, perspektif masyarakat atau amalan sejarah lisan. Lantaran itu, British juga melihat wanita di Borneo Utara ini mempunyai potensi sebagai modal insan bagi melengkapi kekurangan buruh yang berpendidikan, khususnya dalam pelbagai sektor dan jabatan yang diwujudkan bagi mengukuhkan pendapatan ekonomi mereka. Maka, kajian ini bukan sahaja akan memperkukuhkan fakta mengenai bagaimana feminisme mempunyai peranan dalam memberikan wanita di Borneo Utara mendapatkan pendidikan, malah kajian ini juga akan mengulas mengenai bagaimana pendidikan untuk wanita itu sendiri sukar untuk diperjuangkan disebabkan oleh perspektif masyarakat itu sendiri yang melihat fungsi sosial wanita hanyalah terhad kepada reproduktif sahaja

    Impak polisi kolonial dan krisis global terhadap sekuriti makanan di Nigeria (1900 1920)

    Get PDF
    Artikel ini mengkaji kesan dasar kolonial British dan krisis global seperti Perang Dunia I dan pandemik Selesema Sepanyol terhadap sekuriti makanan di Nigeria dari tahun 1900 hingga 1920. Melalui pendekatan penyelidikan pelbagai kaedah yang merangkumi analisis dokumen sejarah dan analisis perbandingan dengan wilayah lain, kajian ini mendedahkan dinamik kompleks yang membentuk landskap pertanian dan sekuriti makanan Nigeria dalam tempoh kritikal ini. Penyelidikan itu menyerlahkan bagaimana strategi ekonomi kolonial yang bertujuan untuk mengintegrasikan Nigeria ke dalam pasaran global melalui penanaman tanaman tunai secara signifikan mengganggu sistem pengeluaran makanan tempatan. Pada masa yang sama, permintaan Perang Dunia I untuk sumber dan tenaga kerja mengalihkan perhatian dan sumber daripada pertanian sara diri, dan telah memburukkan lagi isu kekurangan makanan. Keadaan bertambah buruk dengan pandemik Selesema Sepanyol pada 1918-1919, yang memusnahkan penduduk, termasuk buruh pertanian yang penting, seterusnya menjejaskan sekuriti makanan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman sejarah sekuriti makanan di Nigeria dengan menyediakan analisis bernuansa tentang cara penjajahan, konflik global dan penyakit pandemik secara kolektif mempengaruhi amalan pertanian, ketersediaan makanan dan keputusan dasar. Penemuan ini menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan konteks sejarah dalam merangka strategi sekuriti makanan kontemporari dan penggubalan dasar, terutamanya di wilayah yang mempunyai legasi penjajah yang serupa. Dengan mengambil pengajaran daripada masa lalu, artikel ini menawarkan pandangan untuk menangani cabaran sekuriti makanan pada masa kini dan akan datang, menekankan keperluan untuk amalan pertanian yang berdaya tahan dan mampan yang boleh menahan kejutan luaran

    The roots and evolution of nationalism in Indonesia

    Get PDF
    The emergence of nationalism in Indonesia began at the dawn of the twentieth century, which ultimately led to the birth a new nation-state in 1949. The seeds of national consciousness were sown, and roots of Indonesian nationalism reached its apex during the Revolution (1945-49), manifesting most profoundly in the fight against the oppression of Dutch colonialism. The Revolution was central to the Indonesian republicā€™s perception of itself and has been influential in fostering nationalism during the post-independence period. This article examines the roots and evolution as well as dynamics and manifestations of Indonesian nationalism, throughout the different phases of Indonesiaā€™s modern history. In doing so, it addresses three salient questions, namely i) how the seeds of national consciousness were sown; ii) what were the underlying factors/dynamics shaping the nature and development of nationalism; and iii) how nationalism and nationhood manifested in a geographically divided, ethno-culturally diverse state like Indonesia, whose citizenry has remained strongly attached to their traditional ethnological and adat communities. Emphasis is given to both stateoriented and popular manifestations of Indonesian nationalism, to highlight the state/elite-centric nature, and populist drive behind its discourses, agenda, and manifestations

    The roots and evolution of nationalism in Indonesia

    Get PDF
    The emergence of nationalism in Indonesia began at the dawn of the twentieth century, which ultimately led to the birth a new nation-state in 1949. The seeds of national consciousness were sown, and roots of Indonesian nationalism reached its apex during the Revolution (1945-49), manifesting most profoundly in the fight against the oppression of Dutch colonialism. The Revolution was central to the Indonesian republicā€™s perception of itself and has been influential in fostering nationalism during the post-independence period. This article examines the roots and evolution as well as dynamics and manifestations of Indonesian nationalism, throughout the different phases of Indonesiaā€™s modern history. In doing so, it addresses three salient questions, namely i) how the seeds of national consciousness were sown; ii) what were the underlying factors/dynamics shaping the nature and development of nationalism; and iii) how nationalism and nationhood manifested in a geographically divided, ethno-culturally diverse state like Indonesia, whose citizenry has remained strongly attached to their traditional ethnological and adat communities. Emphasis is given to both state-oriented and popular manifestations of Indonesian nationalism, to highlight the state/elite-centric nature, and populist drive behind its discourses, agenda, and manifestations

    Penentangan Masyarakat Murut Dalam Perang Rundum: Faktor Dan Bentuk Penentangan (1909-1915)

    Get PDF
    This article discusses the resistance of the Murut community in the Rundum War during the administration of the British North Borneo Company (BNBC) from 1909 to 1915. Specifically, this study attempts to analyze the factors of resistance, and the form of resistance used by the Murut community in the Rundum War to oppose foreign colonialism in the Rundum Interior. This study relies heavily on the use of primary sources, especially the BNBC documents such as the British North Borneo Herald (BNBH) newspapers and colonial papers under the Colonial Office (CO) records and the North Borneo Central Archives (NBCA) collection. In addition, secondary sources such as books and articles were also utilised. The paper reveals that the factors of Murut resistance differ according to the perception of the Murut community itself and from the perspective of the colonialists. For the Murut community, the main factor was due to the cultural clash between the Murut community and the BNBC, and they opposed the actions of the BNBC which disrupted their social, economic and political life. For the BNBC, the Murut resistance was seen as an attempt to oppose change and modernization, and to maintain a primitive lifestyle and the absence of law. The form of resistance of the Murut community in the Rundum War has undergone changes from unarmed resistance (1909 to 1914) to a more radical resistance (February-April 1915) by taking up arms to form a Murut nation, free from colonial grasp
    • ā€¦
    corecore