6 research outputs found

    Kesan Rawatan Terapi Integratif Terhadap Kemurungan dan Agresif dalam kalangan Banduan Penjara

    Get PDF
    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dan agresif dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif dalam kajian ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi empat integrasi teori di dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Choice Theory Reality Therapy (CTRT) sebagai teknikal rawatan. Manakala Stimulus Organisme Response (SOR) bertindak sebagai prinsip rawatan atau pembelajaran. Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 160 orang banduan murung (80 rawatan; 80 kawalan) dan 140 orang banduan agresif (70 rawatan; 70 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenalpasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI) dan tinggi agresif menggunakan Aggressive Questionaires (AQ). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank Test berdasarkan analisis Taburan Normal menggunakan ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan dan agresif. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurun dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan

    Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan : satu kajian perbandingan antara penjara

    Get PDF
    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Reality Therapy (RT). Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 80 orang banduan murung (40 rawatan; 40 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenal pasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik, iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurunan dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan

    Clinical-epidemiological pattern of primary immunodeficiencies in Malaysia 1987-2006: a 20 year experience in four Malaysian hospitals

    Get PDF
    Aim of study: To determine the clinical and epidemiological characteristics of patients seen with primary immunodeficiencies referred at four Malaysian Hospitals between 1987 to 2007 Methods: Patient data were retrospectively obtained from patient records and supplemented by information from a standardized questionnaires taken at the time of diagnosis from 4 participating hospitals. The completed data were transferred to document records kept by the first author. The diagnoses made were based on criteria set by WHO Scientific Committee 1986. Results: Fifty one (51) patients with completed records satisfied the criteria of primary immunodeficiencies based on WHO Scientific Committee 1986. Predominant Antibody deficiency (40.4%) is the commonest of the class of primary immunodeficiency (based on modified IUIS classification) followed by phagocytic defect (17.3%), combined immunodeficiencies (15.4%) and other cellular immunodeficiencies (11.5%). The commonest clinical presentation is pneumonia (54%). A positive Family history with a close family relative afflicted was a strong pointer to diagnosis for PID (52.6%) Primary immnodeficiencies are seen in all the major ethnic groups of Malaysia, predominantly among Malays. As observed in other patient registries, diagnostic delay remains the major cause of morbidity and mortality. Conclusion: Primary immunodeficiencies is relative rare but is an emerging disease in Malaysia. Creating awareness of the disease, may reveal more cases within the community. It is sufficient to be a health issue in Malaysia as in other developing countries in the future

    Keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah. Seramai 20 orang responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Responden telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok rawatan (N=10) dan kelompok kawalan (N =10) menerusi kaedah persampelan bertujuan. Kelompok rawatan telah menerima sebanyak lapan sesi kelompok intervensi. Novaco Anger scale and Provocation Inventory (NAS-PI) telah digunakan untuk mengukur kemarahan responden dan Aggression Questionnaire (AQ) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku agresif responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan Analysis of covariance (ANCOVA) pada tahap signifikan 0.05. Keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala kemarahan dan subskala kemarahan iaitu kognitif, kebangkitan dan tingkah laku. Sementara itu tidak ada perbezaan pada subskala kemarahan iaitu pengaturan kemarahan yang ditunjukkan oleh kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Keputusan turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala provokasi. Akhir sekali keputusan menunjukkan terdapat perbezaan pada min ujian pra dan min ujian pasca ke atas agresif. Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa pendekatan pengurusan kemarahan merupakan satu intervensi peringkat awal dalam menangani kemarahan dan agresif khususnya dalam kalangan penagih dadah. Implikasi utama dapatan kajian dan beberapa saranan untuk kajian masa depan turut dibincangkan

    The relationship between peer attachment and delinquent behavior among young offenders

    Get PDF
    This study examined the relationship between peer attachment and delinquent behavior among young offender in Sabah. A total of 92 young offenders aged 16-21 years old were selected by using purposive sampling method from rehabilitation institutions in Sabah. The revised version of Inventory of Parents and Peers Attachments (Revised-IPPA-R) and the Junger Delinquency Scale were used in this study. The results showed that there is no significant relationship between peer attachment and delinquent behaviour (r=.023, k>0.05). Recommendations are discussed where attachment could be included as a target for intervention

    Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan (kecurangan fizikal dan emosi) pasangan mengikut jantina. Seramai 695 orang yang terdiri daripada pekerja dan pelajar prasiswazah di salah sebuah universiti awam di Malaysia telah dijadikan responden kajian. Responden dikehendaki melengkapkan satu set soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pencetus kecurangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat enam tema utama yang menjadi persepsi faktor pencetus kecurangan terhadap pasangan bagi lelaki dan tujuh tema utama bagi perempuan. Faktor komunikasi dipersepsikan sebagai faktor utama pencetus kecurangan. Terdapat tiga sub tema dalam faktor komunikasi iaitu ketiadaan persefahaman bagi kedua-dua jantina dan tambahan sub tema salah faham dan sentiasa bergaduh antara pasangan bagi perempuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan indigenous psychology melalui pengkategorian, pengkodan terbuka dan pengkodan paksi. Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan
    corecore