Keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah. Seramai 20 orang responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Responden telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok rawatan (N=10) dan kelompok kawalan (N =10) menerusi kaedah persampelan bertujuan. Kelompok rawatan telah menerima sebanyak lapan sesi kelompok intervensi. Novaco Anger scale and Provocation Inventory (NAS-PI) telah digunakan untuk mengukur kemarahan responden dan Aggression Questionnaire (AQ) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku agresif responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan Analysis of covariance (ANCOVA) pada tahap signifikan 0.05. Keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala kemarahan dan subskala kemarahan iaitu kognitif, kebangkitan dan tingkah laku. Sementara itu tidak ada perbezaan pada subskala kemarahan iaitu pengaturan kemarahan yang ditunjukkan oleh kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Keputusan turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala provokasi. Akhir sekali keputusan menunjukkan terdapat perbezaan pada min ujian pra dan min ujian pasca ke atas agresif. Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa pendekatan pengurusan kemarahan merupakan satu intervensi peringkat awal dalam menangani kemarahan dan agresif khususnya dalam kalangan penagih dadah. Implikasi utama dapatan kajian dan beberapa saranan untuk kajian masa depan turut dibincangkan

    Similar works