14 research outputs found

    AL-Hisbah: ALTERNATIVE ESCORT OF MODEN ARRANGEMENT

    Get PDF
    Control in management involves all aspects such as design (planning), preparation (structure), leadership (leadership), process of making decision (decision making), expenditure (productivity) and marketing (marketing). This paper takes some major issues, especially the role that should be filled by hisbah in the management, among them; limitations sense in controlling human such as judge productivity and accomplishment could be done but assessed behind the sense such as fraud, discrimination, corruption of quality, fraud, damage the mandate and etc, rather complex and it is not realized by human. Environments change, and humanity organizations can not inevitable that eventually will lead to various fraud problems in the organization, corruption and various problems are the effects of progress. The highest structure in the organization, employer or employee act to oversee all aspects in management, but the problem in the context is who will control the high employer in the organization? Based on the number of issues and problems, this study which is based on grounded theory will try to analyze the rule of hisbah which has been practiced since the time of the Prophet and his ccompanions as a systematic model to oversee the human signs in the organization management. Control in management is not only devoted the ability of human sense but also the role of religion is even more important to ensure the concept of control which will reach the maxima stage as defined. The function of control in fact is the continuous and it is not seasonal, because the movement of people and the organization process was always evolving. Then the job of controller is to justify the mistakes and misappropriation from time to time, it is necessary to be done with full justice and responsibilities. This situation requires effective control, refer to syariat.

    Islam dan amalan pengurusan di Malaysia: Tuntutan perubahan

    Get PDF
    Budaya Pengurusan Islam merupakan bidang baru dalam kajian ilmiah berbanding konvensional. Sebagai pendekatan awal kepada perkembangan ilmu tersebut, kertas kerja ini mempunyai pelbagai tujuan: (1) analisa perbandingan pengurusan islam dan konvensional dan menyingkap semula keagungan asas dan falsafah pengurusan Islam; (2) melihat pengaruh nilai budaya tempatan dengan pengurusan serta krisis moral yang terpaksa dihadapi dan pengadaptasiannya dengan sistem pengurusan Islam; (3) mengemukakan saranan perubahan kearah pengurusan Islami. Pendekatan kualitatif digunakan berasaskan ‘grounded theory’ iaitu meneroka khazanah ilmu pengurusan Islam dan dibuat perbandingan dengan sistem pengurusan konvensional. Perbincangan walau bagaimanapun hanya akan memfokuskan kepada bidang pengurusan pentadbiran atau pengurusan organisasi sahaja dan tidak dalam bentuk pentadbiran politik negara yang lebih umum.Kertas kerja ini juga mengenengahkan beberapa dasar berasaskan ajaran Islam ke arah pembentukan dasar pembangunan pengurusan sepadu.Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai permasalahan dalam amalan pengurusan.Lanjutan daripada itu, tuntutan perubahan yang dikemukakan adalah mengambilkira pengalaman Malaysia dan penyelesaian yang digariskan adalah universal.Kesimpulannya, penyelidikan ini akan membuktikan wujudnya kegemilangan tamadun umat Islam dalam bentuk konsep dan sistem yang menyakinkan dalam amalan pengurusan semasa

    Private low cost housing: Implication towards consumers

    Get PDF
    The objectives of low cost housing construction are to help the poor and eradicate poverty as it is parallel with the New Economic Policy. Thus, the developer has to consider the provision of low cost house and the economic cost to the target group which at the same time not to reduce the quality of the houses. The research carried out in one of the private low cost housing in Jitra, Kedah revealed that most of the consumers are not satisfied with the physical structure, cooking area (kitchen space), the quality of the construction material, the quality of drainage system and maintenance system. At the same time the interior structure and house design frustrates the occupants thus forcing them to extent the house or renovates the whole structure itself. Dissatisfaction among consumers are also found in aspects of garbage collection, playground, maintenance and cleaning services, local stores, local praying area such as " surau" and parking space

    Hubungan hisbah dengan penghargaan kendiri pelajar

    Get PDF
    Konsep Hisbah sebagai satu mekanisme kawalan dalaman manusia yang terkandung di dalam ajaran Islam.Dalam kajian ini ia akan dikaitkan dengan penghargaan kendiri atau disebut secara meluas sebagai 18self esteem 19 seseorang. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penghargaan kendiri dan hisbah diri pelajar berdasarkan latarbelakang demografi.Selain itu pengujian dilakukan untuk megukur hubungan di antara hisbah dan penghargaan kendiri.Enam elemen yang digunapakai ialah Musyaratah, muraqabah, muhasabah, muaqabah, mujahadah dan muatabah. Manakala elemen dalam penghargaan kendiri ialah intrinsik diri, ekstrinsik keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Seramai 1973 orang responden telah terlibat dan dipilih secara rawak berstruktur di beberapa daerah terpilih di seluruh negeri Kedah.Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai hisbah diri dan penghargaan kendiri pada tahap yang sederhana.Hasil ujian correlation pearson menunjukkan hisbah diri yang tinggi akan diikuti dengan penghargaan kendiri yang tinggi.Hasil ujian t menunjukkan pelajar perempuan mempunyai hisbah diri yang lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar lelaki.Manakala pelajar lelaki mempunyai penghargaan kendiri yang lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar perempuan.Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam hisbah diri dan penghargaan kendiri berdasarkan aliran kelas

    Tingkat kepuasan penghuni terhadap rumah kos rendah: Kajian kes di Taman Bersatu, Jitra Kedah

    Get PDF
    Dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia, beberapa langkah telah diambil menerusi program-program pembangunan.Bermula dari tahun 1971, dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah melaksanakan program perumahan awam kos rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.Walau bagaimanapun disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi dan lain-lain masalah yang bersangkutan, telah memaksa kerajaan untuk melibatkan sektor swasta bagi sama-sama membantu menyelesaikan masalah perumahan kos rendah ini.Satu hakikat yang disedari oleh kerajaan ialah kecenderungan pemaju swasta membina rumah kos sederhana dan mewah berbanding kos rendah disebabkan pulangan yang lebih baik.Namun kerajaan telah menetapkan kuota 30% untuk rumah kos rendah kepada pemaju swasta membina rumah kos sederhana maksimum RM25,000 seunit.Kajian ini dilakukan untuk melihat tingkat kepuasan penghuni di perumahan kos rendah swasta Taman Bersatu , Jitra oleh Cayman Development Sdn. Bhd., khususnya terhadap ciri-ciri fizikal dan keadaan persekitaran perumahan mereka di samping memberi cadangan tambahan tentang model perumahan sebenar menurut perspektif Islam.Hasil kajian telah menunjukkan hampir keseluruhan penghuni dan pelbagai etnik tidak berpuas hati terhadap fizikal rumah yang khusus meliputi ruang dapur yang sebenarnya tidak wujud, kualiti bahan binaan yang terlalu rendah dan keadaan jalan dan parit yang tidak terurus.Manakala ketidakpuasan penghuni terhadap kawasan persekitaran melibatkan taman permainan kanak-kanak yang tidak lengkap dan merbahaya, disamping kemudahan telefon awam yang tidak mencukupi serta aktiviti pembersihan kawasan yang sangat lemah.Ketidakpuasan tersebut berlaku disebabkan oleh ketidaksungguhan pemaju swasta untuk menyediakan perumahan yang selesa atas alasan kos penyenggaraan yang tinggi berbanding harga rumah kos rendah

    Kepuasan terhadap perumahan dan impak terhadap permasalahan sosial

    Get PDF
    Banyak kajian menunjukkan bahawa kepuasan terhadap perumahan merupakan salah satu komponen penting yang mempengaruhi kualiti hidup. Ketidakpuasan terhadap perumahan boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif seperti kesesakan.Penjelasan kesihatan mental serta mendatangkan pelbagai masalah keluarga.Beberapa kajian terdahulu mendapati terlalu banyak masalah sosial di kalangan remaja yang berlaku amat berkait rapat dengan keadaan perumahan itu sendiri. Gejala-gejala seperti lepak, masalah dadah keruntuhan moral di kalangan remaja kebanyakkannya berpunca daripada rumah. Kajian ini memaparkan kadar ketidakpuasan yang tinggi terhadap beberapa ciri fizikal dan persekitaran perumahan kos rendah di salah sebuah taman perumahan di Jitra, Kedah. Keadaan ruang dapur, bilik tidur yang tidak mencukupi serta keadaan persekitaran rumah yang tidak memuaskan hati penghuni boleh memberi impak negatif khususnya kepada anak-anak mereka yang akan meningkat remaja.Jesteru, disarankan agar Penilaian Impak Sosial (Sosial Impact Assessment atau SIA) dilakukan dalam setiap projek perumahan agar masalah-masalah yang melanda remaja dan belia khususnya dapat diatasi

    Kepelbagaian agama dan etnik dalam pembentukan negara bangsa

    No full text
    Buku ini merupakan himpunan sepuluh buah artikel yang membincangkan keupayaan agama dalam memacu pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan diberikan kepada peranan agama Islam sebagai sebagai agama rasmi negara, tetapi dalam masa yang sama menonjolkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama etnik lain seperti Buddha dan Hindu, yang menganjurkan kehidupan harmoni berlandaskan agama. Turut dikupas ialah peranan dakwah dan fatwa, etika kerja, isu penggunaan kalimah Allah, senario penggunaan bahasa Melayu dalam kepelbagaian agama, peranan modal insan serta peranan hisbah dalam pendidikan dan pembinaan negara bangsa. Selain pelbagai gagasan tentang pengisian pembinaan negara bangsa, buku ini juga turut membincangkan implikasi Islamisasi terhadap hubungan antara etnik di Malaysia

    Amalan Pengurusan Penggantian Bagi Perniagaan Keluarga Islam: Kajian Ke Atas Usahawan Muslim di Wilayah Utara (S/O 13862)

    No full text
    Perniagaan keluarga sangat penting kepada mana-mana negara kerana ianya dapat memberi sumbangan yang berharga kepada ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan perniagaan keluarga di Malaysia memberi sumbangan yang sangat besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sehingga kini tiada statistik yang lengkap mengenai perniagaan keluarga di Malaysia, terutamanya perniagaan keluarga milik usahawan Islam, tetapi yang jelas perniagaan keluarga telah dan akan terus memberi sumbangan yang bernilai kepada ekonomi negara. Bagaimanapun, terdapat banyak perniagaan keluarga yang menghadapi cabaran yang sengit dari aspek dalaman perniagaan keluarga itu sendiri, terutamanya mengenai pengurusan penggantian generasi seterusnya. Objektif kajian ialah (i) menerokai penerapan konsep pengurusan penggantian pemilikan bagi perniagaan keluarga Islam (ii) mengkaji perancangan pengurusan penggantian dalam sesebuah perniagaan keluarga Islam; (iii) menerokai permasalahan dan cabaran dalam pengurusan penggantian sebuah perniagaan keluarga Islam. Populasi kajian ini terdiri daripada usahawan perniagaan keluarga yang diuruskan oleh generasi kedua dan ke atas serta aset-asetnya dimiliki secara keseluruhan oleh pengasas beragama Islam. Kajian ini ialah kajian penerokaan di mana kajian penerokaan ialah sejenis kajian yang dijalankan di mana sesuatu masalah itu adalah di peringkat awal . Maka kaedah yang digunakan adalah jenis kajian kes berbentuk kualitatif yang melibatkan pengumpulan data secara dokumentasi dan temubual. Kajian yang dilakukan ini berpotensi memberi sumbangan dan dapat diaplikasikan terhadap isu dan persoalan dari aspek keusahawanan. Secara spesifiknya kajian ini dapat membantu usahawan Islam yang mempunyai perniagaan keluarganya sendiri untuk menangani masalah berkenaan pengurusan penggantian pemilikan harta perniagaan keluarga apabila pengasasnya ingin bersara dan mengalihkan perniagaan kepada generasi seterusnya

    Rumah kos rendah masalah penyelesaian

    No full text
    Buku Rumah Kos Rendah: Masalah dan Penyelesaian ini menghuraikan tentang tingkat kepuasan penghuni di perumahan kos rendah swasta Taman Bersatu, Jitra oleh Cayman Development Sdn. Bhd. Selain itu, turut dibincangkan adalah ciri-ciri fizikal dan keadaan persekitaran perumahan di samping memberi cadangan tambahan tentang model perumahan sebenar menurut perspektif Islam. Aspek lain yang dihuraikan merangkumi tajuk berikut:Pembangunan Perumahan Malaysia,Perumahan Kos Rendah di Malaysia,Isu dan Masalah,Kesimpulan
    corecore