Tingkat kepuasan penghuni terhadap rumah kos rendah: Kajian kes di Taman Bersatu, Jitra Kedah

Abstract

Dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia, beberapa langkah telah diambil menerusi program-program pembangunan.Bermula dari tahun 1971, dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah melaksanakan program perumahan awam kos rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.Walau bagaimanapun disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi dan lain-lain masalah yang bersangkutan, telah memaksa kerajaan untuk melibatkan sektor swasta bagi sama-sama membantu menyelesaikan masalah perumahan kos rendah ini.Satu hakikat yang disedari oleh kerajaan ialah kecenderungan pemaju swasta membina rumah kos sederhana dan mewah berbanding kos rendah disebabkan pulangan yang lebih baik.Namun kerajaan telah menetapkan kuota 30% untuk rumah kos rendah kepada pemaju swasta membina rumah kos sederhana maksimum RM25,000 seunit.Kajian ini dilakukan untuk melihat tingkat kepuasan penghuni di perumahan kos rendah swasta Taman Bersatu , Jitra oleh Cayman Development Sdn. Bhd., khususnya terhadap ciri-ciri fizikal dan keadaan persekitaran perumahan mereka di samping memberi cadangan tambahan tentang model perumahan sebenar menurut perspektif Islam.Hasil kajian telah menunjukkan hampir keseluruhan penghuni dan pelbagai etnik tidak berpuas hati terhadap fizikal rumah yang khusus meliputi ruang dapur yang sebenarnya tidak wujud, kualiti bahan binaan yang terlalu rendah dan keadaan jalan dan parit yang tidak terurus.Manakala ketidakpuasan penghuni terhadap kawasan persekitaran melibatkan taman permainan kanak-kanak yang tidak lengkap dan merbahaya, disamping kemudahan telefon awam yang tidak mencukupi serta aktiviti pembersihan kawasan yang sangat lemah.Ketidakpuasan tersebut berlaku disebabkan oleh ketidaksungguhan pemaju swasta untuk menyediakan perumahan yang selesa atas alasan kos penyenggaraan yang tinggi berbanding harga rumah kos rendah

    Similar works