172 research outputs found

    Kesan kaedah pengajaran berbantukan geometer’s sketchpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik transformasi

    Get PDF
    menguasai mata pelajaran matematik, khususnya dalam topik transformasi, dan kajian literatur mencadangkan kaitan antara pemahaman topik-topik tertentu dalam matematik dengan keupayaan spatial. Kajian ini melihat kaitan keupayaan spatial dengan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah transformasi dan keberkesanan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan keupayaan pelajar dalam topik transformasi. Seramai 100 orang pelajar tingkatan dua telah dipilih sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diajar topik transformasi menggunakan kaedah biasa (kumpulan kawalan) manakala satu lagi kumpulan (kumpulan eksperimen) diajar menggunakan kaedah biasa dan diikuti dengan pengajaran berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad. Dua instrumen telah digunakan untuk menguji keupayaan spatial pelajar, iaitu Form Board Test dan Paper Folding Test. Satu set soalan transformasi telah dibina dan diuji kepada semua pelajar setelah pengajaran secara biasa dilakukan. Ujian yang sama diberikan sekali lagi kepada kedua-dua kumpulan setelah kumpulan eksperimen diajar menggunakan GSP. Dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan antara keupayaan spatial dengan pencapaian dalam topik transformasi (r = 0.48, p<0.01). Analisis berkaitan perbezaan pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan eksperimen menunjukkan peningkatan dalam pencapaian yang signifikan bagi kumpulan eksperimen, tetapi tidak pada kumpulan kawalan

    PAPR reduction in CP-OFDM (5G) using hybrid technique

    Get PDF
    The Cyclic Prefix Orthogonal Frequency Division Multiplexing (CP-OFDM) is a 5G multicarrier waveform that offers great data speeds and improvements in spectrum utilisation. The primary CP-OFDM’s weakness is its excessive peak-to-average power ratio (PAPR), which is a characteristic of all multicarrier modulation techniques. We study the application of a hybrid technique approach how to lower the peak to average power ratio (PAPR) in a CP-OFDM system. We also evaluated the outcomes of peak to average power ratio (PAPR) decrease in CP-OFDM, utilising a hybrid technique with Group Codeword Shift (GCS), Median Codeword Shift, Selective Codeword Shift (SCS), and Conventional CP-OFDM. When compared to the non-hybrid technique, the simulation results indicate that the hybrid approach is superior in reducing the peak PAPR by more than 65 percent

    A Critical Review of the Relationship Between Environmental Performance Index, Financial Development and Economic Growth

    Get PDF
    Purpose: Through a literature review, this study aims to understand the relationship between the Environmental Performance Index (EPI), Financial Development, and Economic Growth. In order to provide a complete understanding of the impact of EPI and Financial Development on Economic Growth, the authors propose a conceptual framework based on empirical data. In order to expand knowledge in this field, the study also seeks to identify gaps in the literature and recommend new lines of inquiry.   Design/Methodology/Approach: This study conducts an extensive literature analysis emphasizing publications between 2018 and 2022. The literature of developed, developed-group, and developing countries will be thoroughly and a comprehensive and systematic literature review will be conducted to meet the goals of this study. However, a qualitative method will help us better understand how EPI and financial development affect economic growth and sustainable development because the results and conclusions of empirical investigations need to be more consistent.   Findings: The study concluded that environmental performance and sustainability are essential for achieving economic growth and development in industrialized countries, and policymakers should give top priority to settling carbon costs and taxes, commercializing low-CO2 emissions technologies, cutting non-renewable energy subsidies, offering technology transfer programs, and developing a green trade policy. The study also emphasized the potential of sustainable financial systems and renewable energy to lower emissions and promote economic growth in developing nations. However, successful policies and investments in green technologies are required to achieve this balance.   Practical implication:  This study has practical implications for policymakers who must prioritize sustainable development goals in their economic policies. This includes promoting renewable energy, reducing carbon emissions, and implementing green trade policies. The study highlights the critical role of government policies in promoting sustainable economic growth, particularly the EPI and Financial Development.   Originality/Value: This study's originality and value lie in its examination of the complex relationship between environmental sustainability, financial development, and economic growth across different countries and regions. The study emphasizes the role of government policies, specifically the EPI and Financial Development, in promoting sustainable economic growth and provides practical implications for policymakers. The study also highlights the need for further research to identify effective policies for promoting sustainable economic growth

    Kesejahteraan Sosio-ekonomi Komuniti Nelayan di Endau, Mersing, Johor

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan mengenai tahap kesejahteraan sosioekonomi komuniti nelayan di Endau, Mersing, Johor. Tahap kesejahteraan ini dilihat dari pelbagai dimensi yang penyelidik temui dalam pembacaan kajian lepas dan kajian rintis. Penulisan artikel ini bertujuan untuk mendapatkan dimensi yang jelas dalam pemahaman komuniti nelayan mengenai kesejahteraan sosioekonomi. Metod kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Sebanyak 55 set borang soal selidik telah diedarkan untuk kajian ini. Hasil kajian telah mendapati kesejahteraan sosioekonomi komuniti nelayan bergantung kepada elemen keluarga, agama dan kejayaan. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori PERMA (Positive Emotion, Engagement, Relationship, Meaning, Accomplishment) oleh Martin Seligman. Artikel ini akan membantu memberi informasi lebih mendalam mengenai keperluan komuniti nelayan dalam mencapai kesejahteraan sosioekonomi

    Nilai Jaringan Sosial dan Model Kelestarian Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Melayu

    Get PDF
    Hubungan jaringan sosial merupakan satu strategi perniagaan yang tersulamnya proses sosial melalui hubungan interaksi dalam aktiviti perniagaan. Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana hubungan jaringan sosial menghasilkan nilai jaringan yang membantu kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil dan sederhana milik orang Melayu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai jaringan sosial dalam membantu kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil dan sederhana milik orang Melayu melalui aktiviti pertukaran nilai jaringan bersama aktor jaringan sosial yang membentuk sebuah model kelestarian perniagaan. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual mendalam dengan 20 orang informan yang merupakan usahawan kecil dan sederhana Melayu yang menjalankan perniagaan di Kuala Terengganu. Pemilihan informan kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Ciri-ciri utama pemilihan informan ialah usahawan kecil dan sederhana yang mempunyai jumlah jualan tahunan melebihi RM300 ribu atau sekurang-kurangnya memiliki lima orang pekerja. Penganalisisan data kualitatif adalah secara bertema menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati hubungan jaringan sosial menghasilkan nilai material dan nilai bukan material kepada usahawan Melayu. Aktiviti pertukaran nilai antara aktor jaringan sosial melibatkan perkongsian maklumat, tunjuk ajar, bantuan, perkhidmatan sokongan perniagaan, nasihat dan menyelesaikan masalah perniagaan. Impak dari pertukaran nilai jaringan sosial menghasilkan pelbagai manfaat kepada usahawan bermula dari proses penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, strategi pemasaran, menepati kehendak pelanggan, kelangsungan perniagaan dan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Kesimpulannya, membina hubungan bersama aktor jaringan sosial merupakan strategi perniagaan dan merupakan alat bagi usahawan Melayu untuk memiliki manfaat dalam perniagaan melalui peranan setiap aktor jaringan yang pelbagai, menghasilkan nilai jaringan yang berbeza, saling melengkapi dan saling diperlukan dalam membina sebuah perniagaan lestari yang bermatlamatkan nilai ekonomi, sosial dan persekitaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa usahawan Melayu perlu membina hubungan jaringan sosial di peringkat mikro dan makro termasuk institusi sosial

    Isu dan Cabaran Keluarga Sebagai Agen Kawalan Sosial dalam kalangan Remaja

    Get PDF
    Remaja yang berkualiti merupakan aset negara yang perlu dibentuk dari awal. Kawalan sosial dalam kalangan remaja hendaklah dipantau dengan sewajarnya untuk mengelakkan salah laku di luar kawalan. Sungguhpun demikian, media massa dewasa ini kerap memaparkan pelbagai isu yang melibatkan remaja dalam gejala sosial. Walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan pelbagai program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kerjasama agensi keselamatan dalam mengekang gejala negatif ini, namun isu seperti vandalisme, penyalahgunaan dadah, seks rambang dan gengsterisme amat terpalit dengan remaja. Oleh itu, sistem hubungan kekeluargaan yang sedia ada perlu bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial tidak formal yang lebih sistematik bagi mengurangkan atau membanteras perkara negatif ini. Justeru, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga sebagai agen kawalan sosial serta perkaitannya dengan remaja. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temu bual secara bersemuka dalam mengumpulkan data. Teknik persampelan bertujuan digunakan terhadap kelompok remaja yang terlibat dalam salah laku yang ditemu bual secara bersemuka atas talian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi dalam keluarga adalah: keadaan anomie, subbudaya remaja, ibu bapa yang beranggapan remaja yang berumur 18 tahun tidak perlu dikawal secara penuh, remaja yang suka memberontak, kekangan masa, kekangan kewangan dan kepercayaan. Malah, terdapat juga beberapa topik yang telah disentuh semasa temu bual. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran keluarga sebagai agen kawalan sosial dalam kalangan remaja, tetapi pendekatan ideal adalah latar belakang agama keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak dari kecil selain daripada kerjasama semua pihak sebagai mekanisme kebejatan moral remaja

    Exploration of instrumental and integrative motivation for reading English as a second language among second year pre-university students of Government MAO College, Lahore (Pakistan)

    Get PDF
    Since the 1970s work of Gardner and Lambert, studies on language learning motivation have received much consideration in second language research. More recently, studies on reading motivation have also gained much interest. This study was conducted among 40 male second year pre-university students of Government MAO College, Lahore (Pakistan) to investigate the levels of instrumental and integrative motivation for reading English as a Second Language (ESL). Data were collected through an adapted version of Dornyei’s language learning motivation questionnaire, and analyzed by means of descriptive statistics.The findings indicate that the students were more strongly instrumentally motivated for reading English in their context.It was also found that the students have relatively lower levels of integrative motivation for reading English.Based on the findings and implications, recommendations are made for the enhancement of motivation for reading English in the Pakistani context

    Sosialisasi etnik dalam keluarga, elemen stereotaip dan prejudis serta hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain

    Get PDF
    Sosialisasi etnik merupakan proses yang penting bagi memastikan individu mempunyai pemahaman yang jelas terhadap latar belakang etnik dan dirinya yang mempunyai nilai, norma, kepercayaan dan tradisi yang tersendiri. Sosialisasi etnik yang positif samada mengenai etnik sendiri atau etnik lain akan membantu individu menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan individu yang lain. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengalaman sosialisasi etnik dalam keluarga mahasiswa, mengenal pasti elemen stereotaip dan prejudis dalam kalangan mahasiswa serta, menganalisis hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian terhadap 125 responden yang merupakan mahasiswa prasiswazah Tahun 1, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sampel kajian dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Kemudian, data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap sosialisasi etnik dalam keluarga mahasiswa mengenai etnik sendiri berada di tahap yang baik. Manakala, bagi pengalaman sosialisasi mengenai etnik lain pula berada di tahap yang sederhana. Elemen stereotaip dan prejudis dalam kalangan mahasiswa pula menunjukkan berada di tahap yang rendah. Manakala, hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain pula berada di tahap yang baik. Kajian telah menunjukkan agen sosialisasi keluarga memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi etnik. Sosialisasi etnik yang jelas oleh keluarga akan membantu individu untuk memahami etniknya sendiri secara menyeluruh. Proses sosialisasi dan hubungan sosial antara individu perlu diteruskan dalam konteks kajian kerana kekangan untuk berinteraksi secara bersemuka pada masa sekarang disebabkan oleh pandemik, mungkin akan memberikan kesan kepada generasi baharu
    • …
    corecore