11 research outputs found

    Dakwah melalui pendekatan usrah terhadap pembangunan insan mahasiswa

    Get PDF
    Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Pembangunan insan mahasiswa menjadi tunggak kemajuan negara. Namun, di era siber ini, mahasiswa juga tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam menghadapi pelbagai pengaruh luar yang memberi impak negatif kepada diri. Rentetan itu, program-program pembangunan insan perlu di bangun dan diperkukuhkan agar dapat melestarikan kualiti keperibadian mahasiswa. Usrah merupakan salah satu aktiviti dakwah kepada mahasiswa yang telah sekian lama bertapak di universiti. Usrah antaranya berperanan sebagai tempat menimba ilmu, membimbing, melatih dan membantu ahli membangunkan diri menjadi insan beriman, berilmu dan beramal. Oleh itu, kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan data diperolehi melalui metode analisis dokumen dan analisis kandungan bahan-bahan berkaitan kajian seperti jurnal, buku, majalah, akhbar dan lain-lain. Dapatan menunjukkan pendekatan usrah membantu meningkatkan kesedaran dan penghayatan agama serta memberi kesan dari sudut pembangunan insan mahasiswa dalam menyeimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi

    Bimbingan Spiritual di Hospital Mesra Ibadah (HMI) Di Malaysia: Kajian Kes

    Get PDF
    The worship-friendly hospital program (HMI) is one of the initiatives by the Ministry of Health (MOH) carried out amongst the public hospitals in Malaysia, especially in Selangor. This is established in 2016 for the holistic treatment purposes. This article attempts to examine the valuable points of the spiritual guidance managed to assist in improving the healing process of HMI patients. The approach was deployed through structured interviews amongst Head of Islamic Affairs Unit together with hospital volunteers. There were six pilot hospitals in the State of Selangor having implemented HMI since 2016. The finding reveals that there are three strategic approaches of spiritual guidance, namely counselling, guidance, emotional and psychological strengthening (psychotherapy) used to assist the patients’ healing process. As such, these three strategic approaches were implemented, while each of them operates with their specific way referring to both knowledge and experience. The approach of counselling and guidance was deployed regularly but for emotional and psychological reinforcement (Psychotherapy) approaches it was not possible to properly implement the skills constraints of the staff involved. This approach was based more on experiential built on hospital cases. Hospital patients not only need clinical care, but they also need spiritual guidance to help with treatment and recovery efforts. Comprehensive and holistic patient medical management is essential to ensure that patients are able to recover as usual and that the healing process is ongoing

    Pendekatan dakwah di hospital dalam membimbing kerohanian pesakit

    Get PDF
    Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek kerohanian. Rawatan yang melibatkan kedua-dua aspek ini perlu digabungkan secara bijak untuk menghasilkan rawatan yang holistik kepada pesakit. Pendakwah berperanan untuk membantu pesakit mendapat kesejahteraan dari sudut kerohanian. Terdapat tiga tahap pendekatan dakwah di hospital iaitu nasihat, bimbingan dan pengukuhan emosi dan psikologi. Oleh kerana hospital menumpukan kepada rawatan klinikal, maka dakwah dan bimbingan kerohanian dijalankan secara sokongan dan sukarela. Artikel ini mengemukakan tiga tahap pendekatan ini dan pelaksananya yang terdiri daripada kakitangan hospital, pegawai yang dikhususkan, ahli keluarga dan orang luar termasuklah pesakit itu sendiri. Kakitangan dan pegawai perlu mengambil tanggungjawab ini walaupun mereka mempunyai kerja hakiki di hospital, manakala ahli keluarga sangat bertanggungjawab dalam memastikan tanggungjawab pesakit terhadap sudut ibadah dipenuhi. Pesakit juga perlu meningkatkan sendiri keyakinan dan amalan kerohanian supaya kuat menghadapi ujian sakit

    Cara tangani al-khauf (fobia) berdasarkan al-Quran

    Get PDF
    Fobia berkait dengan kecelaruan kebimbangan yang terhasil daripada perasaan takut yang melampau sehingga boleh menganggu kehidupan seharian seseorang. Al-Quran dipercayai merupakan mukjizat bagi kesejahteraan manusia dan salah satunya adalah menjadi sumber rawatan bagi penyakit jasmani dan rohani. Antara yang dibicarakan di dalam al-Quran ialah berkait dengan cara menghadapi ketidaktentuan perasaan seperti takut dan bimbang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan asas penyakit fobia iaitu takut dan bimbang serta mengenal pasti kaedah menghadapinya. Metode analisis kandungan digunakan bagi menyaring ayat al-Quran berkaitan kebimbangan dan ketakutan dengan bantuan aplikasi Quran Al Kareem melalui sistem operasi iPad OS 13.1.2 dan aplikasi Quran for Android melalui sistem operasi Android. Hasil kajian mendapati, terdapat 105 ayat di dalam al-Quran membicarakan tentang perasaan takut atau bimbang yang merujuk kepada kalimah al-khauf. Daripada 105 ayat tersebut, terdapat 24 ayat yang mengandungi cara tangani al-khauf (CTK). Analisis daripada 24 ayat tersebut meringkaskan kepada 12 amalan atau cara untuk menangani atau menghindarkan diri daripada perasaan takut yang disusun mengikut keutamaan berdasarkan kekerapan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat tersebut. Antara CTK yang dikenal pasti ialah beriman kepada Allah, rasul dan hari akhirat, bertakwa kepada perintah Allah SWT, dan tidak takut kepada syaitan, mengerjakan amal soleh dan sentiasa berbuat baik, mengikut petunjuk Allah melalui al-Quran dan hadis, memperbanyakkan solat, menyampaikan zakat/sedekah dan lain-lain lagi. Implikasi kajian ialah golongan pakar perubatan dan ahli psikiatri muslim boleh menerapkan kaedah dan elemen yang dianjurkan al-Quran dalam merawat dan mengurangi simptom fobia khususnya kepada pesakit Muslim

    Peranan program keagamaan terhadap kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan banduan wanita

    Get PDF
    Banduan wanita sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Jika tidak ditangani dengan baik mampu merencatkan proses pemulihan mereka sepanjang menjalani hukuman di penjara. Rentetan daripada itu pelbagai pendekatan dilakukan oleh pihak penjara dalam melaksanakan program pemulihan kepada banduan. Antaranya dengan menggunakan pendekatan keagamaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti peranan program keagamaan dalam mengurangkan masalah kesihatan mental banduan wanita khususnya yang berkait dengan masalah kebimbangan dan kemurungan. Tumpuan diberikan kepada masalah kebimbangan dan kemurungan disebabkan kedua-dua aspek ini sering dikaitkan dengan banduan wanita. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 141 orang banduan wanita. Manakala, data kualitatif melalui temu bual bersama 4 orang responden (banduan wanita) menjadi data sokongan kepada data kuantitatif. Hasil kajian mendapati program keagamaan mempunyai hubungan negatif dengan kebimbangan dan kemurungan banduan wanita. Pemahaman dan penghayatan terhadap akidah yang sebenar mampu memberi kesan yang positif terhadap kesihatan mental banduan wanita

    Perkembangan dan penerimaan pendekatan keagamaan dalam pemulihan banduan di penjara Malaysia

    Get PDF
    Pendekatan keagamaan semakin diterima pakai dalam modul pemulihan di institusi-institusi penjara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program Halaqah merupakan salah satu modul pemulihan dengan menggunakan pendekatan agama di dalam Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Selain itu, terdapat juga program agama sampingan yang dianjurkan oleh JPM dan juga sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, dan IPT. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerimaan dan impak pendekatan agama dalam pemulihan banduan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan menggunakan metode soal selidik bagi mengenal pasti penerimaan dan keberkesanan modul keagamaan yang dilaksanakan dengan melibatkan 1286 orang banduan sebagai responden yang dipilih secara persampelan mudah. Hasil kajian mendapati, penerimaan banduan terhadap keseluruhan program keagamaan adalah baik. Melalui analisis T-test Pairs menunjukkan program keagamaan yang dilaksanakan memberi perubahan yang ketara terhadap nilai penghayatan agama para banduan. Oleh demikian usaha pihak JPM dalam memperkasakan program keagamaan dalam pemulihan banduan harus diteruskan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar matlamat pemulihan banduan bukan sahaja berjaya malah perubahan tingkah laku positif banduan lebih bersifat lestari sekali gus mengurangkan kes residivis atau kes banduan berulang

    Perkembangan dan Penerimaan Pendekatan Keagamaan dalam Pemulihan Banduan di Penjara Malaysia

    Get PDF
    Pendekatan keagamaan semakin diterima pakai dalam modul pemulihan di institusi-institusi penjara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program Halaqah merupakan salah satu modul pemulihan dengan menggunakan pendekatan agama di dalam Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Selain itu, terdapat juga program agama sampingan yang dianjurkan oleh JPM dan juga sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, dan IPT. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerimaan dan impak pendekatan agama dalam pemulihan banduan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan menggunakan metode soal selidik bagi mengenal pasti penerimaan dan keberkesanan modul keagamaan yang dilaksanakan dengan melibatkan 1286 orang banduan sebagai responden yang dipilih secara persampelan mudah. Hasil kajian mendapati, penerimaan banduan terhadap keseluruhan program keagamaan adalah baik. Melalui analisis T-test Pairs menunjukkan program keagamaan yang dilaksanakan memberi perubahan yang ketara terhadap nilai penghayatan agama para banduan. Oleh demikian usaha pihak JPM dalam memperkasakan program keagamaan dalam pemulihan banduan harus diteruskan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar matlamat pemulihan banduan bukan sahaja berjaya malah perubahan tingkah laku positif banduan lebih bersifat lestari sekali gus mengurangkan kes residivis atau kes banduan berulang. (Abstract by authors

    Pengaruh program keagamaan dan sokongan sosial terhadap konsep kendiri, kebimbangan dan kemurungan: Kajian dalam kalangan banduan wanita di Malaysia / Siti Jamiaah Abdul Jalil

    Get PDF
    This study aims to identify the influence of religious programs and social support on the self-concept, anxiety and depression among female inmates. Among the aspects that have been examined are related to religious programs conducted in prisons known as the Program Pembangunan Sahsiah (PPS) or the Personality Development Program as well other forms of social support provided by the Malaysian Prison Department (JPM) to its prisoners. This study applies the quantitative and qualitative methods. The quantitative method uses questionnaires distributed among 141 respondents, convicted inmates who were all Malaysians and Muslims. Questionnaires were used to evaluate the respondents’ religious values, social support, self-concept, level of anxiety and depression of respondents. Descriptive analysis, ANOVA, T-test, correlation and regression were used to obtain research data. The qualitative data were obtained from interviews with four respondents. The descriptive analysis found that there is a min decrease from the group of respondents who are undergoing PPS to the respondents who have passed PPS. While the correlation analysis found that, basic religious values from the theological strength aspect have been able to provide positive impact on the self-concept and curb the problem of anxiety and depression of the inmates. The social supports received by the inmates are deemed to provide positive effects on their self-concept and depression, and not on their anxiety. Based on the regression analysis, the study shows that religious and social support programs have influenced the development of positive self-concept and problem of depression among the female inmates, but have no influence on their anxiety. The research implications suggest that PPS that was under Pelan Pembangunan Insan (PPI), or Human Development Program requires further improvement

    Pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita

    Get PDF
    Sokongan ahli keluarga dan masyarakat amat penting dalam membantu proses pemulihan penghuni di penjara. Oleh yang demikian, makalah ini mengenal pasti pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita. Tumpuan diberikan terhadap pemulihan keagamaan kerana Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah menggunakan pendekatan keagamaan sebagai salah satu modul utama dalam pemulihan banduan wanita bagi membentuk peribadi individu yang lebih positif. Kaedah kajian kuantitatif dengan instrumen soal selidik digunakan. Data dianalisis dengan kaedah korelasi dan regrasi. Hasil kajian mendapati sokongan sosial mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai keagamaan banduan wanita (r=.206, p<0.05). Sokongan ahli keluarga (r=.203, p<0.05), rakan-rakan (r=.260, p<0.05) dan kakitangan JPM (r=.174, p<0.05) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai akidah. Analisis regresi turut menunjukkan bahawa sokongan rakan-rakan dan keluarga menjadi faktor peramal kepada nilai keagamaan banduan wanita. Oleh itu, sokongan sosial kepada banduan wanita dapat membantu proses pemulihan mereka terutama dalam menguatkan akidah. Implikasinya pihak JPM perlu membuka ruang dan peluang kepada ahli keluarga untuk memberikan sokongan sosial kepada banduan wanita dan menggalakkan para banduan untuk saling bantu-membantu dan memupuk nilai persaudaraan antara mereka

    Dasar Dan Pelan Tindakan Wanita Pahang 2022-2026

    Get PDF
    Usaha Kerajaan Malaysia dalam mencapai kesaksamaan gender telah membolehkan wanita mengecapi kemajuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Kesejahteraan hidup wanita juga menjadi salah satu agenda utama dengan memastikan hak-hak wanita dilindungi dan kebajikan mereka terpelihara
    corecore