Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Pendekatan keagamaan semakin diterima pakai dalam modul pemulihan di
institusi-institusi penjara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program Halaqah
merupakan salah satu modul pemulihan dengan menggunakan pendekatan agama
di dalam Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara
Malaysia (JPM). Selain itu, terdapat juga program agama sampingan yang
dianjurkan oleh JPM dan juga sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan,
NGO, dan IPT. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerimaan
dan impak pendekatan agama dalam pemulihan banduan. Reka bentuk kajian
tinjauan digunakan dengan menggunakan metode soal selidik bagi mengenal pasti
penerimaan dan keberkesanan modul keagamaan yang dilaksanakan dengan
melibatkan 1286 orang banduan sebagai responden yang dipilih secara
persampelan mudah. Hasil kajian mendapati, penerimaan banduan terhadap
keseluruhan program keagamaan adalah baik. Melalui analisis T-test Pairs
menunjukkan program keagamaan yang dilaksanakan memberi perubahan yang
ketara terhadap nilai penghayatan agama para banduan. Oleh demikian usaha
pihak JPM dalam memperkasakan program keagamaan dalam pemulihan banduan
harus diteruskan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar matlamat pemulihan
banduan bukan sahaja berjaya malah perubahan tingkah laku positif banduan lebih
bersifat lestari sekali gus mengurangkan kes residivis atau kes banduan berulang