24 research outputs found

    Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Pemetaan Zon Kebolehrentanan Kegagalan Cerun Menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) Di Pulau Pinang Malaysia

    Get PDF
    Kegagalan cerun merupakan fenomena yang sering berlaku di Malaysia yang menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kemusnahan alam sekitar. Kegagalan cerun berlaku disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kawasan kajian adalah di Pulau Pinang. Kajian ini hanya akan mengambil kira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun dan menganalisis ciri-ciri fizikal kegagalan cerun

    Pembangunan Model Ruangan Kegagalan Cerun Di Pulau Pinang

    Get PDF
    Peningkatan populasi seiring dengan perkembangan pembangunan yang kian pesat membangun khususnya di Malaysia mendatangkan pelbagai bencana alam sekitar seperti kegagalan cerun. Peningkatan kejadian kegagalan cerun di Malaysia menyebabkan kemusnahan harta benda, nyawa dan alam sekitar. Sebanyak 700 kes kegagalan cerun telah dilaporkan oleh akhbar sepanjang tahun 2015. Walau bagaimanapun menurut laporan dari Jabatan Kerja Raya pada 2009, sebanyak 440 kes telah dilaporkan dari tahun 1973-2007 yang mana sebanyak 31 kes melibatkan kematian, beratus ribu menangung kerugian dan beribu orang telah dipindahkan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti corak taburan pelbagai jenis kegagalan cerun, seterusnya memodelkan dan menilai ketepatan pelbagai jenis kegagalan cerun menggunakan rangkaian saraf buatan

    Gis in studying slope failure in Penang: challenges and potential

    Get PDF
    Geographic Information System (GIS) is an information system that is used to store, display, analyse and manipulate spatial data. Geographic information system (GIS) can help users to visualise, question, analyse, and interpret data to understand patterns, trends, and relationships. GISbased maps and visualizations have greatly assisted understanding of situations. In recent years, slope failure hazard assessment has played an important role in developing land utilisation planning aimed at minimizing the loss of lives and damages to property. There are various GIS-based slope failure studies that involve many approaches. These approaches can be classified into qualitative factor overlay, geotechnical process models, and statistical models. At present, not many studies have satisfactorily studied the integration of these models with GIS to map slope failure. This paper deals with several aspects of landslide by presenting a focused review of GIS-based slope failure hazard zone. The paper starts with a framework for GIS-based study of slope failure, followed by a critical review of the state-of-the-art applications of GIS and digital elevation models (DEM) for mapping and modelling landslide hazards. The paper ends with a description of an integrated system for effective landslide hazard zonation. The adoption of a GIS-based framework for knowledge discovery allows designers to identify the suitability of development within certain areas. The usage of GIS can be beneficial in various fields, including the issue of slope failure. Moreover, GIS is also beneficial to organisations of all sizes and in virtually every industry. GIS is important in understanding what is happening and forecasting future trend in a geographic space

    Perubahan guna tanah paya bakau di Malaysia: satu ulasan sistematik

    Get PDF
    Paya bakau merupakan sebuah sumber ekologi yang berharga. Ekosistem paya bakau memainkan peranan penting dalam membekalkan sumber kayu, habitat untuk pelbagai spesies, tapak pengumpulan mendapan, karbon dan nutrien, memberi perlindungan dari hakisan, bertindak sebagai zon penampan, menstabilkan garis pantai dan tebing sungai. Hal ini telah mengakibatkan pelbagai peringkat pengubahsuaian dalam guna tanah paya bakau untuk memenuhi keperluan manusia. Pelbagai penyelidikan dan artikel telah dijalankan di seluruh dunia mengenai perubahan penggunaan tanah hutan paya bakau tropika dengan penggunaan teknologi penderiaan jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Objektif kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan teknologi penderiaan jauh dan GIS dalam penentuan perubahan guna tanah di kawasan paya bakau. Kajian ini merumuskan hasil kajian paya bakau dengan menggunakan GIS secara spesifikasinya dalam negara Malaysia dari tahun 2001 sehingga 2021. Ulasan yang sistematik adalah kaedah analisis hasil proses dan sumber dari Google Scholar (n=125), Scopus (n=10), Web of Science (WoS) (n=9). Penemuan menunjukkan satelit penderiaan jauh dan GIS merupakan aplikasi yang telah digunakan secara meluas dalam kajian hutan paya bakau dalam beberapa tahun kebelakangan dan menyumbang kepada kajian pemantauan perubahan guna tanah di kawasan hutan paya bakau. Penemuan juga mendedahkan parameter untuk guna tanah dan indeks vegetasi yang telah digunakan dalam isu semasa perubahan guna tanah paya bakau di kawasan tropika. Kajian ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke 14 yang berfokus kepada pemuliharaan dan perlindungan terhadap lautan dan pantai secara mampan dan mengiktiraf nilai bakau dalam kalangan masyarakat

    Environmental management: A study on the precautionary principle in siak regency of Indonesia towards sustainable development

    Get PDF
    The use of the precautionary principle to the area of environmental management and sustainability, largely in response to the necessity of every each individual state to protect their rights and interests in order to safeguard the Mother Nature. Therefore, this study examines the used of the precautionary principle in the Siak Regency of Indonesia focusing on the planning laws in relation to the environmental management and sustainability from the legal perspectives; identify actions, which deal with the protection to the environment as well as a tool for the achievement in sustainable development

    Persepsi masyarakat bandar mengenai vaksin Covid-19 di daerah Melaka Tengah, Malaysia

    Get PDF
    Penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan telah menyebabkan masyarakat mengalami panik dan kerisauan terhadap penyakit pandemik Covid-19 yang mula menular pada tahun 2020. Inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membendung gejala Covid-19 adalah dengan mengesyorkan vaksin Covid-19 seperti Pfizer, Sinovac, Astrazeneca dan lain-lain dalam mencegah demi kebaikan seluruh masyarakat. Pengambilan vaksin Covid-19 telah menimbulkan pelbagai keraguan dan persepsi negatif. Oleh itu, pengambilan vaksin Covid-19telah menjadi satu isu besar kepada masyarakat kini yang mana terdapat golongan yang tidak mahu menerima vaksin atau dikenali sebagai anti vaksin. Tujuan kajian ini dilakukan untuk menganalisis persepsi, dan penerimaan masyarakat bandar daerah Melaka Tengah di kawasan Duyung mengenai vaksin Covid-19. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif untuk pengumpulan data. Kajian ini menggunakan pensampelan secara rawak bagi mendapatkan responden dengan lebih ramai. Soal selidik telah dijalankan kepada 100 orang responden dianalisis dan menggunakan perisian SPSS. Pengkaji akan memfokuskan kepada responden yang berumur 18 hingga 60 tahun bagi melihat perbezaan persepsi dengan lebih jelas mengikut faktor usia. Hasil kajian bagi ujian korelasi menunjukkan hampir semua hubungan antara faktor sosiodemografi dengan faktor persepsi memiliki korelasi negatif. Hubungan antara peringkat umur dengan persepsi masyarakat iaitu (r = -.119 P <0.01). Manakala, bagi hubungan penerimaan vaksin dengan faktor jantina iaitu (r=0.48 P<0.05) turut menunjukkan korelasi negatif. Persepsi yang wujud hanya sebuah tanggapan kosong kerana majoriti menerima vaksin dengan baik. Penerimaan vaksin Covid-19 juga adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup bersama bagi membendung wabak pandemik ini bagi kelestarian masyarakat. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat mencapai salah satu senarai dalam matlamat pembangunan lestari ataupun dikenali sebagai Sustainable Development Goals-2030 Agenda supaya dapat memberikan manfaat dan sedikit pencerahan terhadap vaksin Covid-19 kepada masyarakat

    Global citizenship elements in Malaysian Primary School Curriculum towards Sustainable Development Goals (SDGS)

    Get PDF
    Global Citizenship (GC) is still a new concept in Malaysian education scenario, and existing research shows that a critical approach to teaching and learning about global issues is largely absent within Malaysian school settings. Thus, the purpose of this study is to explore the GC elements, embedded in the Malaysian education curriculum within the UNESCO framework. This paper will discuss the result of document analysis done on Malaysian primary school core subjects, which used critical discourse analysis to analyze the relevant parts of the curriculum within the core subjects. The analysis revealed that GC is taught across the curriculum in Malaysia, which aims to increase students’ knowledge, skills and behavior towards sustainability. GCE was presented in the curriculum as a multidisciplinary topic which follows through the values, aims and tasks of the core subjects. This study provides a clear starting point for future research of GC and its implementation and impacts in Malaysian education system, and hope to open the eyes and minds of the policy makers in Malaysia, the importance of GC which has a crucial role to play in tackling injustices and making the world a more just and sustainable place

    Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN)

    Get PDF
    Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun merupakan isu yang hangat di Malaysia. Kajian ini adalah untuk membangunkan peta kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan rangkaian saraf buatan (ANN) dengan integrasi Sistem Maklumat Geografi. Kegagalan cerun berlaku adalah disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kajian ini hanya mengambilkira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Hasil kajian ini adalah dalam bentuk pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Lapisan-lapisan peta yang digunakan adalah seperti topografi (cerun, aspek, dan kelengkungan), jenis litologi, siri tanih, saliran, jalan raya, hujan, dan lineamen digunakan bagi membentuk pangkalan data ruangan dengan menggunakan GIS. Penghasilan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun adalah berdasarkan pada pemberat yang terdapat dalam ANN bagi menghasilkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun yang mengklasifikasikan mudah kepada empat zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, dan tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa GIS yang bersama-sama dengan model ANN adalah satu pendekatan yang fleksibel dan berkemampuan untuk mengenal pasti kawasan berpotensi berlaku kegagalan cerun

    Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan dalam pemodelan kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang, Malaysia

    Get PDF
    Kegagalan cerun merupakan suatu fenomena disebabkan hujan yang sering berlaku di kawasan tropika seperti Malaysia. Kajian ini menghuraikan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan untuk memodelkan ciri-ciri fizikal kegagalan cerun serta hubung kait statistik kejadian kegagalan cerun dengan parameter fizikal yang menyumbang kepada kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang. Analisis diskriminan adalah satu kaedah analisis yang boleh digunakan untuk mendiskriminasikan sesuatu kumpulan kegagalan cerun berdasarkan parameter tertentu. Tujuan utama analisis ini dijalankan adalah bagi memahami faktor yang mempengaruhi perbezaan antara kumpulan kegagalan cerun dan cerun stabil (tiada kegagalan cerun), seterusnya membuat ramalan tentang kemungkinan terjadi sesuatu kegagalan cerun. Oleh yang demikian, satu kombinasi linear pemboleh ubah bebas telah dibentuk dan digunakan sebagai asas dalam mengkelaskan kes kegagalan cerun tertentu. Kajian ini menggunakan sepuluh pemboleh ubah iaitu jarak ke jalan, purata hujan tahunan, litologi batuan, ketinggian topografi, kecuraman cerun, siri tanih, aspek cerun, jarak ke sungai, jenis guna tanah dan lineamen. Model yang terhasil didapati berjaya meramal 92.5% daripada kejadian kegagalan cerun sebenar. Model yang dibentuk kemudiannya telah dinilai menggunakan 30% daripada sampel kejadian sebenar dan menghasilkan ketepatan sebanyak 91.24%

    Spatial Analysis on the Variances of Landslide Factors Using Geographically Weighted Logistic Regression in Penang Island, Malaysia

    No full text
    Landslides are one of the common natural disasters involving mostly movement of soil surfaces associated with gravitational attraction. Their adverse losses and significant damage, which always result in at least 17% of casualties and billions of dollars of financial losses worldwide, have made landslides the third most notorious phenomenon devastating many parts of the world. Malaysia has had multiple landslide occurrences, particularly in highly urbanized areas, such as Penang Island, owing to the declining vegetation cover in hilly terrains. Thus, this study aims to delineate the spatial relationship variances between landslide occurrences and the influencing factors in the area of interest. Ten influencing factors considered, including distance to roads, distance to rivers, distance to faults, slope angle, slope aspect, curvature, rainfall annual average, lithology, soil series, and land use. In this study, we use a software (GWR 4.0) as a medium for the analysis processing, coupled with GIS. A local statistical technique, Geographically Weighted Logistic Regression (GWLR), is primacy in capturing the geographical variation of the model coefficients that considers non-stationary variables and models their relationships, as well as processes regression coefficients over space. Goodness-of-fit criteria were used to evaluate the GWLR model, namely AICc that decrease from 872.202167 to 800.856998. Bayesian Information Criterion (BIC) shows a decrease in value from 925.784185 to 945.196942. Likewise, deviance decreased from 849.931675 to 739.175630, while pdev increased from 0.379457 to 0.460321. These goodness-of-fit criteria values express GWLR as the best model for local measure. The variances in both local parameter estimates and the t-values (negative and positive values) show the level of significance for each landslide factor in influencing landslide occurrences across the study area. The results of the local parameter estimates and the t-values also show that the slope angle and the slope aspect spatially affect landslide occurrences across the study area. Therefore, a proper perspective and a thorough understanding of the certain slope condition must be established for future mitigation actions to support the agenda of SDG 15, which promotes resilience and disaster risk reduction
    corecore