research

Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN)

Abstract

Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun merupakan isu yang hangat di Malaysia. Kajian ini adalah untuk membangunkan peta kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan rangkaian saraf buatan (ANN) dengan integrasi Sistem Maklumat Geografi. Kegagalan cerun berlaku adalah disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kajian ini hanya mengambilkira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Hasil kajian ini adalah dalam bentuk pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Lapisan-lapisan peta yang digunakan adalah seperti topografi (cerun, aspek, dan kelengkungan), jenis litologi, siri tanih, saliran, jalan raya, hujan, dan lineamen digunakan bagi membentuk pangkalan data ruangan dengan menggunakan GIS. Penghasilan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun adalah berdasarkan pada pemberat yang terdapat dalam ANN bagi menghasilkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun yang mengklasifikasikan mudah kepada empat zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, dan tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa GIS yang bersama-sama dengan model ANN adalah satu pendekatan yang fleksibel dan berkemampuan untuk mengenal pasti kawasan berpotensi berlaku kegagalan cerun

    Similar works