1,318 research outputs found

    Taburan Dan Nasib C-Karbofuran di dalam Model Ekosistem Sawah Padi

    Get PDF
    Taburan dan nasib sisa 14 C-karbofuran di dalam kontxnen nrdel ekOl3istem sawah padi telah dikaji di rumah kaca, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia. Aktiviti sisa 14-C-karbofuran di dalam air crlalah maksimum (70-73% dari dos karbofuran digunakan) pada 5 jam selepas rawatan dan menurun terus mengikut masa selepas rawatan di nana kepekatan pada peringkat akhir kajian (90 hari) crlalah lebih kurang 1% sahaja dari dos karbofuran digunakan. Kehilangan sisa 14C dari komponen air disebabkan oleh proses penjerapan kepada tanah liat, dan pengambilan oleh ikan dan pokok padi. Peningkatan sisa 14C-karbofuran di dalam tanah adalah berkadaran dengan penurunan kepekatan sisa Ckarbofuran di da1am air. Kepekatan rnaksimurn crla1ah pada 21 hari selepas rawatan (69 - 77% dari dos karbofuran digunakan). Pada akhir peringkat kajian, nasih terdapat 58 - 65% sisa 14C di dalam tanah. Lima puluh enam hingga lima puluh lapan peratus daripada peratusan ini terdapat di dalam paras Scm pertama, 25 - 28% pada paras 5cm kedua dan 15 - 17% pada 5cm terakhir

    Batik discharge and discharge-resist printing on lyocell, linen (flax), polyester and polyester/cotton blend fabrics / Muhammad Ismail Ab Kadir

    Get PDF
    Batik fabric is printed using physical resist printing method i.e. the use of wax as physical resist agent. Discharge printing is opposite to resist printing. The use of chemical whether as resist or discharge agents to create batik motifs will produce fabrics known as 'fabrics with batik motifs ' i.e. not a true batik according to the definition. The purpose of this research was to produce batiks on ' new' fibers /fabrics of lyocell , linen , polyester and 65/35 polyester/cotton blend fabrics by the application of discharge and discharge-resist printing styles. The techniques used were canting , block and hand screen printing. Discharge printing style was applied on both lyocell , linen , polyester and 65/35 polyester/cotton blend fabrics whilst , discharge-resist printing style was carried out polyester and 65/35 polyester/cotton blend fabrics. The dischargeability of dyestuffs (reactive and disperse) was determined prior to the application of discharge and discharge-resist styles. The fixation methods applied on the printed fabrics were dry heat and ironing. The printed fabrics were then evaluated base on discharge effects and fastness properties to washing , rubbing (crocking), perspiration and light. Tensile strength of unprinted and printed fabrics was also compared. The discharge and discharge-resist styles provide alternative techniques to batik producers in varying their products and designs as well as their method of printing. The ' impossible' to print batik designs on polyester and 65/35 polyester/cotton blends and introduction of new fibers /fabrics of lyocell and linen will create a new market potential for batik producers which can cater different classes of society due to the differences in quality of fibers /fabrics

    Pengaruh media massa terhadap pegangan nilai akhlak remaja: Kajian ke atas fakir miskin di kawasan luar bandar

    Get PDF
    Kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam atau luar negeri), suratkhabar hiburan, VCD, TV, radio serta internet telah menimbulkan masalah yang begitu serius kepada perkembangan remaja masa kini. Hasil dari perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang sempurna, kesan dan pengaruh media massa bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar, malah ianya turut melibatkan golongan remaja dikawasan luar bandar. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan satu kajian yang telah dijalankan di daerah Sabak Bernam, Selangor. Objektif kajian ini antaranya ialah untuk mengenal pasti tahap pendedahan media massa di kalangan pelajar-pelajar luar bandar, mengenal pasti jenis-jenis kandungan dalam media yang memberi kesan positif dan negatif kepada nilai dan akhlak mereka, mengkaji pegangan nilai akhlak pelajar-pelajar, dan menganalisa hubungan pendedahan media massa dan minat pelajar terhadap kandungan media massa dengan pegangan nilai akhlak mereka. Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik dan diedarkan kepada 61 pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang dikategorikan sebagai golongan fakir miskin di daerah Sabak Bernam, Selangor

    Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus : ‘Introduction To Biology’, ‘Respiration’ Dan ‘Endangered Ecosystem’

    Get PDF
    Teknologi terkini e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di semua peringkat dari sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk mewujudkan komuniti pembelajaran terbuka dalam dunia pendidikan yang berasaskan web, e-pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Walau bagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan kepadanya. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi melancarkan lagi proses pembangunan, model ADDIE digunakan bagi membantu pembangun dalam merancang dan membangunkan projek web portal. Bahan e-pembelajaran yang dibangunkan ini merangkumi tiga tajuk iaitu ’Introduction to Biology’, ’Respiration’ dan ’Endangered Ecosystem’ yang mengandungi sebelas subtopik. Untuk setiap subtopik disajikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti pembelajaran mengikut kurikulum Biologi Tingkatan empat. Nota guru disediakan dalam dua format iaitu HTML dan Power Point manakala nota pelajar disediakan dalam format 'Lesson'. Latihan dalam 'Quizzes' dibina berdasarkan miskonsepsi dan kesalahan lazim. Selain itu, web portal ini juga menyediakan kuiz interaktif dalam 'Hot Potatoes Quiz', ‘Forum’ bagi membincangkan segala masalah pembelajaran dan ‘Chat’ sebagai ruangan perbincangan tugasan berkumpulan. Keistimewaan sistem e-pembelajaran ini di antaranya ialah pelajar dijangka dapat memanafaatkan untuk tujuan pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dengan keupayaannya untuk memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional

    Cross-species microsatellite amplification of river terrapin (Batagur affinis)

    Get PDF
    Batagur affinis (river terrapin or “tuntung”) is one of the world’s most critically endangered species. It is distributed across Sumatera, Malaysia, Thailand and Cambodia. Its population number is declining in the wild because of habitat destructions and it economic value (i.e. exotic delicacies for eggs and meat). Hence, many reintroduction efforts had been done. Yet, the wild populations are not improving. One of the possible reasons behind this failure is possibly due to low genetic diversity in this species. Thus, population genetics study should be conducted. In this preliminary population genetics study, a total of 33 microsatellite primers from other freshwater terrapin (i.e. B. trivittata and Podocnemis unifilis) were screened and optimised for 30 samples of river terrapin from Kemaman, Terengganu using touchdown protocol and followed by gradient protocol. Among those 33 primers, 23 primers were able to cross-amplify with B. affinis and optimised for annealing temperature (51 – 70°C). Those 23 primers will be used for future population genetics study using samples from both Bota Kanan, Perak and Kemaman, Terengganu

    Gaya kepimpinan Ketua Platun PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia dan kepuasan kerja dalam fasa medan pertahanan: kajian kes di Mempaga, Bentong, Pahang

    Get PDF
    Gaya kepimpinan dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap kemantapan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Kebangsaan Malaysia dalam fasa Medan Pertahanan di Mempaga, Bentong Pahang. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kemantapan yang tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja PALAPES UKM. Kajian dijalankan ke atas PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Hasil kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja PALAPES UKM dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme PALAPES UKM

    Identifikasi Determinan Angka Kematian Neonatal di Kalimantan Timur Menggunakan Moran’s I dan Local Indicator Of Spatial Autocorrelation (LISA)

    Get PDF
    Latar Belakang & Tujuan: Salah satu indikator derajat kesehatan suatu daerah ditunjukkan dengan angka kematian neonatal (AKN). Disparitas AKN di Kalimantan Timur cukup tinggi, dimana AKN tertinggi berada di Kabupaten Kutai Barat (17,5 per 1.000 kelahiran hidup), sedangkan AKN Kota Samarinda (3,2 per 1.000 kelahiran hidup). Dengan melakukan analisis spasial dapat diketahui determinan AKN di suatu wilayah sehingga dapat dilakukan intervensi yang sesuai. Metode: Penelitian ini merupakan penelitian non reaktif dengan menggunakan data sekunder dari publikasi Profil Kesehatan Kalimantan Timur 2019 dan dianalisis menggunakan indeks Moran’s dan Local Indicator Of Spatial Autocorrelation (LISA) dengan α=0,05. Hasil: Penelitian menunjukkan determinan AKN yang memiliki hubungan spasial adalah persalinan oleh tenaga kesehatan (0,019), komplikasi kebidanan ditangani (0,037), dan komplikasi neonatal ditangani (0,038). Hubungan spasial Low-High terjadi antar kabupaten Mahakam Ulu dengan Kutai Barat dan Kutai Kartanegara. Kesimpulan: Terdapat hubungan spasial antara kabupaten Mahakam Ulu dengan kabupaten Kutai Barat dan Kutai Kartanegara. Saran penelitian ini adalah perlu adanya pemerataan ketersediaan pelayanan kesehatan, akses terhadap pelayanan kesehatan, jumlah tenaga kesehatan, kemampuan pelayanan kesehatan ibu dan anak di rumah sakit maupun puskesmas terutama di kabupaten Mahakam Ulu dan sekitarnya yaitu kabupaten Kutai Barat dan Kutai Kartanegara

    [Knowledge of Arabic Teacher Technology and its Relationship with Teaching Creativity in Malaysia] Pengetahuan Teknologi Guru Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Kreativiti Pengajaran di Malaysia

    Get PDF
    This study is to investigate Technological Knowledge and its relationship to creativity in teaching. Technological Knowledge is one of the elements contained in the model of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) that have been introduced by Mishra and Koehler (2006). This model is used as the main reference for this research. Respondents in this study consisted of 530 Arabic teachers involving Peninsular Malaysia including Sabah and Sarawak. Quantitative research methods used and random sampling carried out for the collection of data. The data are analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20. The findings show that Technological Knowledge (mean = 3.72, SD = 0.42) is at medium-high level. The findings on creativity of teaching (mean = 4.08, SD = 0.38) is at high level. The findings also describe the positive relationship between Technological Knowledge and the creativity of teaching (r = .427, p < 0.01)Arabic in Malaysia is at low level. In conclusion, based on the finding clearly indicate that the Arabic language teachers in Malaysia have a good knowledge in Technological Knowledge and excellent knowledge in creativity of teaching. Keywords: Technological Knowledge, Technological Pedagogical Content Knowledge, Arabic language teacher, creativity of teaching.   Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab di Malaysia dan hubungannya dengan kreativiti pengajaran guru. Pengetahuan Teknologi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau dikenali dengan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra dan Koehler (2006). Model ini dijadikan kerangka asas kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.72, SP = 0.423). Manakala kreativiti pengajaran guru pula berada pada tahap tinggi (Min = 4.08, SP = 0.384). Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara Pengetahuan Teknologi dengan kreativiti pengajaran guru (r = .427, p < 0.01) guru bahasa Arab di Malaysia. Kekuatan hubungan antara pemboleh ubah dikategorikan sebagai rendah. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia mempunyai pengetahuan yang baik dalam Pengetahuan Teknologi dan sangat baik dalam kreativiti pengajaran. Kata kunci: Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Guru Bahasa Arab, Kreativiti Pengajaran Guru
    corecore