2943 research outputs found
Sort by
Unsur Didaktik Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pendekatan Moral
Kesusasteraan Melayu tradisional adalah sebuah karya yang telah disampaikan secara turun-temurun, disebar secara lisan, dan mengambarkan budaya atau gaya hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat kini boleh menggunakan segala kandungan yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu ini sebagai bahan hiburan, medium moral, pendidikan dan pengajaran dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan penelitian pengkaji, masih terdapat kelompongan terhadap sorotan kajian lepas. Pengkaji mendapati bahawa kajian mengenai unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan masih belum dilakukan oleh manamana pengkaji. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sebagai suatu pendekatan moral. Seterusnya, pengkaji telah membataskan kepada 24 cerita rakyat Melayu yang terdapat dalam teks ini, Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kaedah kepustakaan dan teks dalam menghasilkan kajian ini. Pengkaji juga mengaplikasikan Pendekatan Moral yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang (1989) untuk memantapkan hasil analisis kajian ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa unsur didaktik yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan ini sememangnya dapat memperbaiki atau meningkatkan nilai moral dalam kalangan masyarakat.
Kata Kunci: Cerita Rakyat Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Moral, Unsur Didakti
Kajian Tentang Alat Muzik Tradisional Gedombak Dalam Persembahan Wayang Kulit Di Kelantan
Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus Pengajian Warisan, suatu
kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan alat muzik tradisional khususnya
Gedombak dalam persembahan Wayang Kulit. Bagi kajian kajian ini, terdapat tiga
objektif yang menjadi tunjang utama iaitu mengenai cara pembuatan alat muzik
Gedombak, mengenalpasti jenis paluan dalam permainan alat muzik Gedombak dan juga
cara untuk memahami pembelajaran dan latihan dalam permainan alat muzik Gedombak.
Melalui cara pembuatan alat muzik gedombak, dapat dilihat masa yang diperlukan untuk
menghasilkan sebuah alat muzik itu sangat lama sekitar 3 minggu. Melalui teknik untuk
bermain alat muzik Gedombak, dapat dilihat kefahaman terhadap tempo, irama serta
rentak lagu amat penting supaya persembahan wayang kulit berjalan lancar. Kajian ini
turut menjelaskan berkenaan dengan cara untuk memahami tentang proses latihan dan
pembelajaran dalam permainan alat muzik Gedombak di mana ianya akan membantu
pemain dengan memahami dan menghafal jenis rentak, tempo dan irama dalam waktu
masa yang baik dan teratur. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini memudahkan
pengkaji untuk memperoleh maklumat secara terperinci dan sempurna
Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelanga. Projek penyelidikan ini mengenai Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, NegerI Sembilan/ Masjid Lama Pelangai merupakan salah satu masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid Lama Pelangai ini telah berusia 111 tahun yang telah dibina pada tahun 1910. Masjid ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk. Istimewanya masjid ini menggunakan reka bentuk Melayu lama dan adanya pengaruh seni bina Demak. Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan (NGO) serta kekurangan los dan dana pengurusan terhadap kerja pemeliharaan ini. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan nilai warisan Masjid Lama Pelangai, menyiasat tahap pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai dan akhir sekali ialah mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu pada metadologi kualitatif. Dengan keadaan semasa yan gtidak mengizinkan disebabkan penularan virus COVID-19. Penyelidik akan melakukan kajian dengan mengambil langkah yang berhati-hati demi menjaga keselamatan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai warisan dan kepentingan masjid lama tradisional yang terdapt di Negeri Sembian. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama ini merupakan satu set aset warisan yang amat penting
Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara seni pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual dan juga kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teori Fungsionalisme yang dikemukan oleh Talcott Parson (1930). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan yang ditemu bual mengetahui tentang sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu. Penerimaan informan terhadap pemuliharaan pertukangan tembaga ini adalah sangat memuaskan dan juga diterima dengan baik. Namun begitu, pembangunan yang pesat di Kampung Ladang serta kekurangan pelapis-pelapis baharu untuk menyambung legasi pembuatan tembaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang. Oleh itu, pemeliharaan dan juga pemuliharaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengekalkan seni pertukangan tembaga ini dengan memberikan pendedahan berkaitan dengan kemahiran pertukangan tembaga, bengkel atau kursus pertukangan tembaga serta kempen-kempen yang berkaitan dengan seni pertukangan tembaga perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib. Secara tidak langsung, dapat mengekalkan seni pertukangan tembaga ini agar tidak luput ditelan zaman
Majlis Pelancaran Projek Preservation of the Rebana Kercing of Kampung Laut, Kelantan
Majlis Pelancaran Projek Preservation of the Rebana Kercing of Kampung Laut, Tumpat, Kelanta
Hari Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan
Program Senam Pagi dan sesi ramah mesra bersama Naib Canselor UMK pada Hari Mesra Mahasisw
Persembahan Ulik Mayang Di Kuala Terengganu: Satu Kajian Sejarah Dan Kepercayaan
Ulik Mayang merupakan sebuah seni persembahan yang mempunyai unsur nyanyian dan tarian. Ulik Mayang secara umumnya mengisahkan tentang para nelayan yang lemas di lautan dan penduduk kampung telah menggunakan lagu Ulik Mayang untuk menyeru tujuh puteri untuk menyelamatkan para nelayan kerana lirik lagu ini mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai elemen-elemen spriritual dan keagamaan. Selain itu, Metodologi kajian yang digunakan di dalam kajian ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji memperolehi maklumat dan data kerana ianya menggunakan kaedah kualitatif dimana kaedah ini merangkumi kaedah temu bual. Kajian ini dijalankan kerana terdapat beberapa persoalan atau isu yang jarang mendapat perhatian oleh para penyelidik yang lain. Akhir sekali, tujuan utama kajian ini untuk melihat sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai unsur keagamaan dan sprititual
Ungsur-Ungsur Dalam Keslaingfahaman Dalam Dialek Kedah Di Antara Generasi Tua Dan Generasi Muda Di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah
Kajian ini memfokuskan kepada persefahaman bersama pengguna dialek Kedah antara generasi tua dan muda di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah. Memandangkan bahasa dan dialek mewakili identiti manusia, beberapa dialek purba jarang digunakan dalam kalangan generasi muda, dan ia membawa kepada kepupusan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan dialek Kedah antara dua peringkat umur di Kampung Sungai Udang yan Kedah dalam pergaulan seharian mereka. Tiga objektif utama telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu untuk mengenal pasti perbezaan kosa kata yang digunakan dalam dialek Kedah antara generasi tua dan muda berdasarkan pemahaman bersama; untuk mengkaji perbezaan perkataan harian yang digunakan oleh kedua-dua generasi berdasarkan konsep persefahaman bersama; dan menganalisis langkah-langkah mengekalkan dialek dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur mereka di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran di mana temu bual separa berstruktur, pemerhatian bukan peserta dan tinjauan telah diterima pakai. Lima orang responden telah menyertai sesi temu bual, manakala 98 orang telah menjawab soal selidik. Oleh itu, kajian ini mendedahkan terdapat beberapa perbezaan penggunaan dialek Kedah antara generasi tua dan muda dari segi kosa kata, sebutan dan tatabahasa. Kajian ini juga mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengekalkan dialek Kedah dalam masyarakat iaitu melalui penggunaan dialek secara berterusan dalam kehidupan seharian serta menggunakan dialek Kedah dalam aktiviti perkauman. Dalam pengertian itu, bahasa dan dialek perlu dikekalkan dalam setiap masyarakat kerana ia merupakan sebahagian daripada identiti dan warisan kemanusiaan
Kajian Semiotik Dalam Puisi Benih Harapan Karya A.Samad Said: Pendekatan Teori Semiotik
Kajian ini adalah mengkaji pendekatan teori semiotik dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said yang mempunyai makna yang tersirat dan tersurat serta puisi ini mampu menjadi simbolik di dalam kehidupan masyarakat. Sebuah teks puisi yang dikarang oleh sasterawan negara kita merupakan karya-karya yang dianggap sebuah karya agung kerana dalam karya yang dihasilkan oleh beliau telah memberi pelbagai makna yang positif kepada masyarakat. Pengkaji akan meneliti karya beliau dari aspek instrinstik dan ekstrinstik yang terkandung dalam puisi yang dihasilkan oleh A. Samad Said. Pendekatan semiotika digunakan bagi mengkaji penggunaan bahasa perlambangan yang terdapat di dalam puisi yang dikaji. Kajian bahasa perlambangan atau simbol-simbol yang terdapat dalam Puisi Benih Harapan dapat dikenalpasti melalui bait-bait kata yang digunakan dalam penghasilan puisi agar karya yang dihasilkan agar tampak lebih indah agar audien lebih memahami makna yang hendak disampaikan oleh pengarang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk perlambangan sebagai estetika dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said. Nilai estetika yang ada dalam puisi yang dikaji akan dianalisis secara terperinci untuk mencapai matlamat kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk adalah kaedah diskriptif analisis secara kualitatif iaitu kajian analisis secara struktural iaitu kajian dari segi penggunaan bahasa dan menggunakan kaedah analisis secara teoritikal iaitu penggunaan teori semiotik dalam teks Puisi Benih Harapan. Kaedah kajian yang digunakan adalah penting bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai dalam penghasilan kertas kerja yang dijalankan oleh pengkaji
Adab-Adab Pemerintah Dalam Bustan Al- Salatin
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin. Kajian ini menyenaraikan tiga objektif iaitu menganalisis adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin, mengenalpasti pemerintahan kerajaan yang mempunyai adab-adab pemerintahan yang terdapat dalam karya ketatanegaraan Bustanus Al-Salatin (Bab Ketiga) dan mencadangkan adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga) untuk dipraktikan dalam tampuk pemerintahan pada masa kini. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif. Proses pengumpulan data menggunakan perpustakaan dan kaedah analisis data pengkaji menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas. Hasil kajian menunjukkan terdapat adab-adab pemerintah yang diamalkan mengikut pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga). Adab-adab pemerintah ini turut diamalkan ketika zaman kegemilangan pemerintahan kesultanan Melaka. Adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin ini amat relevan diamalkan pada zaman pemerintahan pada masa kini bagi keamanan dan kesejahteraan negara. Implikasi pengamalan adab-adab pemerintah dapat menjadikan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam suatu pemerintahan. Menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab ini sangat dititikberatkan dalam Islam. Karya yang dihasilkan oleh Nuruddin Al-Raniri ini dapat dijadikan panduan kepada pemimpin kerana karya ini penuh dengan kisah pengajaran pada zaman pemerintahan kerajaan dahulu