2943 research outputs found
Sort by
Kota Kuala Kedah Sebagai Produk Pelancongan Warisan.
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kota Kuala Kedah Sebagai Pelancongan Warisan”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah dalam usaha untuk menjadikan kota ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang berasaskan pelancongan warisan di Kedah. Turut dibincangkan adalah tentang tujuan asal pembinaan Kota Kuala Kedah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang pembinaan Kota Kuala Kedah terhadap pemerintahan di Negeri Kedah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah mengkaji tentang kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat. Penulisan ini adalah
tentang kewajaran daerah Kuala Kedah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Warisan di Negeri Kedah. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan pandangan serta cadangan untuk memastikan bahawa kawasan Kota Kuala Kedah ini diberikan perhatian dan juga mendapat beberapa penambahbaikan daripada pihak Muzium dan Kerajaan Negeri Kedah supaya dapat dijadikan sebagai satu tarikan pelancongan warisan yang menarik sekaligus membangun serta
memperkembangkan lagi sektor pelancongan di Negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada masyarakat terutamanya pihak-pihak berkepentingan yang
melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan terutamanya di Kuala Kedah serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik yang akan datang
Pengaruh Motif Ukiran Dan Seni Bina Di Masjid Lama Parit Istana Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pengaruh motif ukiran dan seni bina di Masjid Lama Parit Istana, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana merupakan antara masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana ini telah berusia 218 tahun yang telah dibina pada tahun 1796. Masjid ini dibina oleh masyarakat disini yang terbahagia kepada empat suku utama iaitu, suku Biduanda yang merupakan suku kaum utama, suku kaum Seri Lemak, suku kaum Tiga Nenek, dan juga suku kaum Acheh. Istimewanya masjid ini masih kekal bentuk asal dan dipercayai tiada perubahan atau penembahan pada reka bentuk masjid. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat prihatian dan sambutan daripada pihak yang bertanggungjawab. Seni bina dan ukiran merupakan salah satu elemen dalam pemuliharaan sesuatu tapak warisan. Antara permasalah kajian dalam kajian pengkaji ialah tiada kajian terhadap ciri-ciri seni bina dan pengaruh motif ukiran terhadap masjid ini. Objektif kajian ini ialah mengkaji ciri-ciri seni bina masjid Lama Parit Istana, mengenalpasti motif ukiran pada elemen seni bina masjid Masjid Lama Parit Istana, dan terakhir ialah mengenalpasti pengaruh motif ukiran pada elemen seni bina masjid Parit Lama Parit Istana. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu kepada metadologi kualitatif. Pengkaji melakukan kajian dengan secara atas talian, temubual dari sumber perpustakaan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara
Cerita Binatang Dalam Bentuk Animasi : Analisis Nilai Murni kepada Kanak-Kanak
Kajian ini membincangkan tentang nilai-nilai yang telah diaplikasikan melalui watak haiwan dengan menggunakan pendekatan teori moral dalam sebuah cerita binatang yang telah dianimasikan berjudul Pada Zaman Dahulu hasil keluaran Les' Copaque Production. Cerita animasi Pada Zaman Dahulu yang merupakan sebuah cerita binatang kanak-kanak yang telah menerima perubahan dari segi cerita penulisan lisan kepada bentuk digital. Dalam cerita ini menunjukkan bahawa watak-watak haiwan telah memberi banyak inspirasi kepada kanak-kanak dari segi perkara-perkara yang positif yang dapat dicontohi dan dijadikan sebagai tauladan. Kajian ini juga mengandungi beberapa objektif kajian. Yang pertama adalah bagaimakah nilai-nilai murni yang diterapkan dalam cerita binatang dalam bentuk animasi. Kedua apakah kepentingan cerita binatang dalam bentuk animasi kepada kanak- kanak untuk meminati cerita binatang. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan tujuan teori moral yang telah diwujudkan adalah untuk melihat dan mencari nilai-nilai yang baik yang terdapat dalam cerita tersebut. Seperti mana yang telah dikaji dalam cerita animasi Pada Zaman Dahulu, pengkaji telah membuat perbincangan pada bahagian analisis dengan menggunakan objektif-objektif tersebut menggunakan pendekatan teori moral dengan mengambil kira perkara-perkara yang baik.
Kata kunci: cerita animasi, teori moral, nilai murni, kepentingan, Pada Zaman Dahul
Transkrip Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-nilai Murni
Puisi terkandung dalam genre sastera yang membantu membentuk akhlak dan pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Kajian ini direka untuk mengisi kekosongan dalam kajian lepas yang belum dijalankan mengenai nilai-nilai murni dalam
transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam puisi Melayu melalui transkripsi daripada cerita rakyat Melayu berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji membataskan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan
Datu, Kelantan yang ditulis oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Teks ini dipilih kerana mengandungi pelbagai nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat terpilih untuk mengawal tingkah laku dan pertuturan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepustakaan dan rujukan teks serta dokumen. Seterusnya, pengkaji mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu memberi impak yang besar kepada pembentukan
budaya masyarakat Melayu yang boleh mengubah tingkah laku dan pertuturan serta membentuk serta menjana modal insan yang berjiwa murni
Perbandingan Seni Silat Kura-Kura Dengan Seni Silat Moden (Pencak Silat), Kajian Kes di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Perbandingan Silat Kura-Kura dan Pencak Silat di Kuala Berang, Hulu Terengganu”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan seni Silat Kura-Kura dan seni Silat Moden di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Turut dibincangkan tentang perbezaan seni Silat Kura- Kura dan seni Silat Moden dari segi pakaian, pantang larang, jumlah ahli silat yang terlibat dalam persembahan, penggunaan senjata dalam persembahan silat dan jenis alat muzik yang digunakan dalam persembahan silat. Selain itu, kajian ini juga turut menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara seni Silat Kura- Kura di Kuala Berang. Penulisan kajian menghuraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam memastikan Silat Kura-Kura tidak
pupus dan terus dikenali oleh generasi muda pada hari ini. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan saranan serta cadangan untuk memastikan Silat Kura-Kura terus dipulihara
dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan masyarakat setempat
Kesan Pandemik Covid-19 Kepada Pengamal Wayang Kulit: Kajian Kes Di Kelantan
Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia. Kerajaan tempatan telah menyekat semua majlis keramaian yang turut memberi kesan kepada pengamal wayang kulit tempatan. Kajian ini menfokuskan mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit di Kelantan. Oleh itu, terdapat tiga objektif utama di dalam kajian ini iaitu: mengenalpasti kepentingan wayang kulit Kelantan kepada masyarakat Kelantan; mengkaji kesan yang dihadapi oleh pengamal wayang kulit Kelantan disebabkan pandemik Covid-19; dan menganalisis penyelesaian dalam mengatasi kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menekankan kajian kes. 10 orang responden telah ditemubual dan pemerhatian tidak turut serta telah digunakan untuk mendapatkan data.
Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis tematik dan ditriangulasi dengan kajian lepas dan responden kajian. Kajian ini mendapati pengamal tempatan terpaksa menangguhkan dan membatalkan aktiviti mereka, sekali gus terjejas dalam penjanaan pendapatan, persembahan wayang kulit dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kepada pengamal dan pihak berkepentingan wayang kulit Kelantan dalam melestarikan wayang kulit semasa pandemik dan pada masa hadapan.
Kata kunci: Pandemik Covid-19, Pengamal Wayang Kulit, Pihak Berkepentingan, Wayang Kulit Kelanta
Kajian Tentang Penerimaan Masyarakat Terhadap Keris Sebagai Jati Diri Bangsa Melayu
Di dalam kajian ini, tajuk yang dipilih adalah kajian tentang penerimaan masyarakat terhadap keris sebagai lambang jatidiri bangsa Melayu. Fokus utama kajian ini adalah terhadap masyarakat berbangsa Melayu. Keris merupakan salah satu daripada senjata tradisional yang terdapat di Malaysia dan ia telah wujud sekitar penghujung abad ke 15 dan awal abad ke 16. Seterusnya, permasalahan yang dikaji dalam kajian ini adalah mengenai masyarakat masa kini yang semakin kurang berminat dengan terhadap keris, kekurangan tukang ukir hulu dan sarung, tukang empu, serta pelapis seterusnya, dan peranan keris dalam masyarakat moden. Di samping itu, melalui kajian ini juga telah wujud beberapa persoalan untuk dikaji berkaitan dengan tajuk ini, iaitu apakah fungsi keris terhadap masyarakat Melayu zaman dahulu, bagaimanakah keris pada hari ini berfungsi sebagai lambang jatidiri terhadap masyarakat Melayu pada zaman sekarang dan bagaimanakah penerimaan masyarakat Melayu zaman sekarang terhadap seni pembuatan keris. Manakala kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Pegumpulan data dilakukan menggunakan kaedah data premier iaitu sesi temubual dan data sekunder melalui artikel, perpustakaan dan bahan ilmiah. Akhir sekali, saya mengharapkan hasil daripada kajian akan jadi panduan dan ilmiah yang berguna serta dipakai oleh semua golongan
The attributes of customers behavior to use of Ar- Rahnu in Kota Bharu, Kelantan
To conclude, chapter two elaborates in detail by using past research to construct each variable. This chapter also contains the reviews of the Attributes of customers' behavior to use Ar- Rahnu in Kota Bahru, Kelantan. Besides, chapter two also proposed a conceptual model which is constructed to look over the connection between the independent variable (Sharia view, Pricing system, Customer service, and Locality) and dependent variable (The attributes of customer to use Ar-Rahnu). Consequently, hypotheses were prepared based on each variable in this study. Chapter three is going to analyze the research methodology in studying the initiated hypotheses
Peranan Kesusasteraan Melayu Dalam Bidang Pendidikan
Kajian ini dilakukan untuk meninjau kesesuaian beberapa karya sastera untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan. Di samping itu, kajian ini berusaha memperlihatkan unsur-unsur pendidikan yang sesuai yang terdapat di dalam dua karya terpilih. Pengkaji menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci bagi menjalankan kajian ini dengan menyelaraskan penggunaan ketigatiga prinsrip yang wujud di dalam teori untuk di aplikasikan di dalam karya. Tiga prinsip yang digunakan ialah prinsip kesan, prinsip kepengarangan dan prinsip pemilihan kata. Kajian ini juga memperlihatkan kebaikan menggunakan dan memilih karya sastera yang bersesuaian dengan pendidikan bagi melihat kesan yang boleh diperolehi oleh pembaca melalui karya yang bersesuaian dalam pembangunan bahasa di dalam diri mereka.
Kata Kunci: Unsur pendidikan, Teori Konseptual Kata Kunci, Pembangunan bahasa,Prinsip kesan, Prinsip kepengarangan dan Prinsip pemilihan kata
Adat Dan Pantang Larang Semasa Kematian Suku Kaum Seletar, Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang, Johor.
Di Malaysia terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang merupakan tinggalan nenek moyang yang tersendiri. Sebagai contoh, suku kaum Seletar mempunyai seni budaya yang
pelbagai dan menarik. Di Kampung Teluk Kabung mempunyai suku kaum Seletar dimana mereka menggunakan adat dan pantang larang masih wujud hingga sekarang atau telah terbiar akibat arus pemodenan yang melanda. Kebanyakan adat dan pantang larang masih diguna pakai serta dipelihara dan ada juga yang dibiarkan malah adat dan pantang larang tinggalan nenek moyang terdahulu tidak pernah diketahui masyarakat akan kewujudannya. Misalnya, pengkebumian mayat bersebelahan dengan rumah si mati yang tidak lagi wujud pada masa kini. Dapat dilihat bahawa masyarakat orang asli ini masih mengekalkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil tok batin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menjamin keamanan puak mereka serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauh mana adat dan pantang larang semasa kematian suku kaum Seletar bagi memelihara tinggalan warisan daripada hilang. Adakah ianya dijaga atau terus dipandang serong dan akhirnya akan menyebabkan adat dan pantang larang ini mungkin akan lenyap suatu hari nanti