Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara seni pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual dan juga kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teori Fungsionalisme yang dikemukan oleh Talcott Parson (1930). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan yang ditemu bual mengetahui tentang sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu. Penerimaan informan terhadap pemuliharaan pertukangan tembaga ini adalah sangat memuaskan dan juga diterima dengan baik. Namun begitu, pembangunan yang pesat di Kampung Ladang serta kekurangan pelapis-pelapis baharu untuk menyambung legasi pembuatan tembaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang. Oleh itu, pemeliharaan dan juga pemuliharaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengekalkan seni pertukangan tembaga ini dengan memberikan pendedahan berkaitan dengan kemahiran pertukangan tembaga, bengkel atau kursus pertukangan tembaga serta kempen-kempen yang berkaitan dengan seni pertukangan tembaga perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib. Secara tidak langsung, dapat mengekalkan seni pertukangan tembaga ini agar tidak luput ditelan zaman

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository

redirect
Last time updated on 23/05/2022

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.