Kajian Tentang Alat Muzik Tradisional Gedombak Dalam Persembahan Wayang Kulit Di Kelantan

Abstract

Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus Pengajian Warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan alat muzik tradisional khususnya Gedombak dalam persembahan Wayang Kulit. Bagi kajian kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tunjang utama iaitu mengenai cara pembuatan alat muzik Gedombak, mengenalpasti jenis paluan dalam permainan alat muzik Gedombak dan juga cara untuk memahami pembelajaran dan latihan dalam permainan alat muzik Gedombak. Melalui cara pembuatan alat muzik gedombak, dapat dilihat masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah alat muzik itu sangat lama sekitar 3 minggu. Melalui teknik untuk bermain alat muzik Gedombak, dapat dilihat kefahaman terhadap tempo, irama serta rentak lagu amat penting supaya persembahan wayang kulit berjalan lancar. Kajian ini turut menjelaskan berkenaan dengan cara untuk memahami tentang proses latihan dan pembelajaran dalam permainan alat muzik Gedombak di mana ianya akan membantu pemain dengan memahami dan menghafal jenis rentak, tempo dan irama dalam waktu masa yang baik dan teratur. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat secara terperinci dan sempurna

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository

redirect
Last time updated on 23/05/2022

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.