77 research outputs found

    Pembinaan ujian tahap saiz kosa kata Arab

    Get PDF
    Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurnian item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti di sebuah sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang. Kajian ini memilih untuk melalui proses ujian ketekalan dalaman bagi melihat pekali kebolehpercayaannya iaitu nilai korelasi antara uji dan ulang uji (test retest), nilai alfa Cronbach dan nilai Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi adalah tinggi iaitu 0.84, pekali alfa Cronbach adalah tinggi iaitu 0.89 manakala pekali Cohen Kappa juga tinggi, iaitu 0.95. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Implikasi hasil kajian ini adalah ujian tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti penguasaan saiz kosa kata Arab kerana ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan

    Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan (2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab

    Voltage Variation Analysis By Using Gabor Transform

    Get PDF
    Abstract—Voltage variations which include voltage sag, swell and interruption are simulated and analyzed in this paper. The signals are generated by implementing parametric equation in MATLAB. Simulated signals are studies by using time-frequency distribution (TFD) technique. The TFD method used in this paper is the Gabor transform which is less applied by the researchers. The signal parameters used in this paper are the RMS voltage and instantaneous power can be extracted from the TFR to study the distinctives of the voltage variations. The parameters extracted can detect the voltage variation signals successfully. The voltage variation signals are successfully detected by using the K-Nearest Neighbors (kNN) algorithm with the implementation of signal parameters extracted as the input on the classifier. The voltage variations waveforms as well as the signal parameters obtained are suitable to be further analyzed

    Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah pengajaran guru Pendidikan Seni Visual di Selangor. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Lima orang guru Pendidikan Seni Visual yang dipilih secara rawak bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara trangulasi iaitu data temu bual akan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat tujuh tema ditemui yang banyak digunakan oleh guru Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran dan pemudah cara (PdPc) mereka iaitu persediaan rangcangan pengajaran PdPc, menyediakan set induksi, mengurusan bilik darjah ketika pdpc, mengamalkan pelbagai pedagogi PdPc, membuat penilaian semasa PdPc, membuat kesimpulan PdPc dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini adalah untuk menjadi guru cemerlang Pendidikan Seni Visual, seseorang guru Pendidikan Seni Visual itu perlu memiliki tujuh ciri PdPc seperti yang dimiliki oleh guru cemerlang Pendidikan Seni Visual dalam kajian ini

    Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan 1000 orang pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Secara khsusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu pelajar aliran pendidikan tersebut. Setiap Universiti Awam diambil 200 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpecayaan yang tinggi, iaitu 0.75. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya tetap kekalkan jati diri bahasa Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri. Pelajar UM paling kurang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berbanding pelajar Universiti awam yang lain. Pelajar USM pula merupakan pelajar yang paling tinggi tahap jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah penekanan kepada penguasaan lisan dan tulisan bahasa Inggeris sedikit oleh pihak universiti sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam ini

    Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Untuk itu, seramai 1000 orang pelajar, iaitu 200 orang bagi setiap sebuah Universiti Awam dijadikan responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM tersebut. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya masih mengekalkan jati diri dalam kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan, hanya aspek bahasa sahaja yang berada pada tahap masih kekal jati diri, manakala enam jati diri lain yang dikaji (agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme) berada pada tahap kekal (kukuh) jati diri mereka. Pelajar UM merupakan pelajar yang paling kurang pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu mereka berbanding pelajar Universiti Awam yang lain . Pelajar USM merupakan pelajar yang paling kekal jati diri mereka dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bagi kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah bakal guru pelatih di Fakulti Pendidikan, Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru perlu diukur tahap jati diri mereka sebelum diterima masuk dalam progran pendidikan

    Amalan kerohanian dan kaitannya dengan kebimbangan bahasa dalam kalangan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia

    Get PDF
    Kebimbangan bahasa merupakan salah satu perasaan emosi yang berkaitan dengan psikologi manusia. Perasaan ini muncul sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan atau sesuatu akibat yang tidak diingini berlaku. Biasanya kebimbangan bahasa dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh mengganggu prestasi pembelajaran bahasa tersebut. Walaupun perasaan bimbang perlu ada di dalam diri setiap individu, namun perasaan ini perlu dikawal agar kewujudannya tidak akan memudaratkan pelajar itu sendiri. Artikel ini adalah ulasan hasil kajian yang bertujuan mengenalpasti tahap amalan spiritual dan tahap kebimbangan bahasa serta kaitannya dengan amalan kerohanian dan kebimbangan bahasa yang berlaku di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik amalan kerohanian dan Foreign Language Classroom Anxiety Scale. Responden kajian terdiri daripada 399 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap amalan kerohanian pelajar adalah tinggi tetapi kebimbangan bahasa berada di tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan negative yang signifikan antara amalan kerohanian dengan kebimbangan bahasa (r=-0.273; p=0.00). Ini membuktikan bahawa amalan kerohanian mampu membantu dalam menangani masalah kebimbangan bahasa yang dialami pelajar di sekolah dan seterusnya memberi nilai tambah terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa

    Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab

    Get PDF
    Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab

    Voltage Variation Signals Source Identification And Diagnosis Method

    Get PDF
    Power Quality (PQ) problem has become an important issue for generating bad impact to the users nowadays.It is important to detect and identify the source of the PQ problem. This paper presents a voltage variation signals source identification and diagnosis method by determining the average time frequency representation (TFR) phase power of the impedance. The signals focused in this study are the voltage variation signals, which include voltage sag, swell and interruption. The voltage variation signals from different source location (upstream, downstream as well as up and downstream) according to the IEEE Standard 1159 by using the mathematical models. The signals are first analyzed by using the Spectrograms which act as the feature producing tool. Then, the average power TFR of phase domain of each signal is calculated and tabulated. Finally, the performance of the method is identified by using support vector machine (SVM) and k-nearest neighbor (kNN).The results show that this method is an effective and suitable technique for identifying the source of voltage variatio

    Kajian Tinjauan Program Food Bank Di Negeri Kedah [ A Study On The Food Bank Program In The State Of Kedah]

    Get PDF
    Bagi menjaga hifz al-nafs atau menjaga nyawa dalam Maqasyid Syariah dan sifar kelaparan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengambil inisiatif mengadakan program Food Bank bagi membantu golongan yang memerlukan. Kajian kuantitatif ini adalah bertujuan untuk menganalisis keberkesanan pelaksanaan Food Bank yang telah diimplimentasikan di negeri Kedah sejak 2018. Data kajian dikutip dengan mengedarkan soal selidik kepada responden. Seramai 405 responden telah menjawab yang terdiri daripada penerima Food Bank dari daerah Baling, Sik, Kubang Pasu dan Kota Star. Data yang dianalisis menggunakan SPSS versi 26 menunjukkan tahap keberkesanan pengurusan dan pelaksanaan Food Bank pada tahap yang tinggi dengan nilai (min = 4.160, sp = 0.516). Dapatan ini secara keseluruhannya menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan pengurusan dan pelaksanaan yang dijalankan oleh LZNK dan pembantu amil yang bertanggungjawab menguruskan agihan bekalan makanan. Dapatan kajian ini secara tidak langsung berjaya memenuhi matlamat kesejahteraan hidup keluarga melalui kecukupan bekalan makanan sekali gus memenuhi matlamat hifz al-nafs atau menjaga nyawa dan sifar kelaparan. Tuntasnya, dapatan kajian ini sangat bermakna kepada LZNK dalam menilai dan menambahbaik program Food Bank di negeri Kedah. Selain itu, dapatan kajian ini amat berguna kepada agensi lain yang berminant untuk mengelola program sebegini. In order to protect hifz al-nafs or protect life in Maqasyid Syariah and zero hunger in the Sustainable Development Goals (SDGs), the Kedah State Zakat Board (LZNK) took the initiative to hold a Food Bank program to help the needy. This quantitative study aims to analyze the effectiveness of the Food Bank implementation that has been implemented in the state of Kedah since 2018. The study data was collected by distributing questionnaires to respondents. A total of 405 respondents answered, consisting of Food Bank recipients from Baling, Sik, Kubang Pasu and Kota Star districts. The data analyzed using SPSS version 26 shows the level of effectiveness of Food Bank management and implementation at a high level with a value (mean = 4.160, sp = 0.516). This finding as a whole shows that the majority of respondents are satisfied with the management and implementation carried out by LZNK and the assistant amil who is responsible for managing the distribution of food supplies. The findings of this study indirectly succeeded in meeting the goal of family well-being through sufficient food supply thus meeting the goal of hifz al-nafs or maintaining life and zero hunger. Ultimately, the findings of this study are very meaningful to LZNK in evaluating and improving the Food Bank program in the state of Kedah. In addition, the findings of this study are very useful to other agencies interested in managing such programs
    • …
    corecore