47 research outputs found

    Some notes on the Portuguese & Frankish pirates during the Mamluk period (872-922AH./1468-1517AD.)

    Get PDF
    Artikel pendek ini bermatlamat untuk menyoroti hubungan antara sebuah kuasa Islam yang besar pada Zaman Pertengahan iaitu Mamluk dengan Portugis dan kumpulan lanun Eropah dalam tempoh setengah abad sebelum kejatuhan kerajaan Islam tersebut. Ia juga bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan tersebut mempengaruhi urusan dan kedudukan ekonomi Mamluk. Secara umumnya, artikel ini mendapati bahawa hubungan antara Mamluk dengan kedua-dua pihak tersebut sentiasa dalam keadaan tegang dan genting. Mereka dilaporkan kerapkali menggugat aktiviti perdagangan dengan menyerang serta merosakkan kapal-kapal dagang dan pelabuhanpelabuhan Mesir di samping mengakibatkan kerugian kepada para peniaga dan pedagang Mamluk. Selain mengganggu kelicinan aktiviti perdagangan, mereka juga menyebabkan kerajaan Mamluk terpaksa memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk menampung kos-kos tertentu seperti membaiki kerosakan pelabuhan, mendirikan benteng-benteng pertahanan dan menyediakan ekspedisi-ekspedisi armada laut yang mana perbelanjaan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perbendaharaan negar

    INTERIOR MOTIFS AND DESIGNS OF THE MALACCA MOSQUE: A Discussion of the Kampung Kling Mosque

    Get PDF
    Arriving in Malacca in 15th century, the Chinese and Indian traders carried their culture and custom with them. It has brought profound implications on aspects of the architecture and motif decoration of mosques in Malacca, which belongs to the Sino-eclectic style. This writing focuses on Sino-eclectic mosque like a Kampung Keling mosque which has three roofs and is located in Malacca town. Because of its strategic location and closeness to other worship places, most of the muslim traders who came to Malacca stop by to pray at the mosque. The remains of their activities at this mosque can be recognized through the motifs and visual designs decorating the mosque which show the immense influence of Chinese and Indian, and therefore, the author of this paper decided to study the magnificent heritage. There are plenty of visual symbols and motifs found in the mosque. They comprise elements of flora, fauna, geometry, cosmos and calligraphy, and are highlighted to increase the aesthetic value and uniqueness of the old mosque. This study yielded fact that the use of the motifs and drawings in the mosque is permitted as it does not violate the boundaries of syariah, which makes Islam easily accepted in Malay.

    Fenomena 'Arab Spring' di Asia Barat

    Get PDF
    Istilah “Arab Spring” atau dikenali dalam bahasa Arab “al-Rabi al-Arabi” merupakan revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang memerintah.Ia dikatakan bermula pada 18 Disember 2010 di Sidi Bouzid, Tunisia. Walau bagaimanapun, fenomena yang meletus ini turut menular ke beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Antaranya Mesir, Libya, Yaman dan Syria. Justeru itu, artikel ini adalah bagi menganalisis fenomena Arab Spring yang berlaku di negara-negara tersebut.Di samping itu artikel ini bertujuan untuk melihat dengan lebih mendalam bagaimana tercetusnya pergolakan yang berlaku dan mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada tunjuk perasaan rakyat.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis dokumen untuk mencerakinkan maklumat daripada sumber berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh.Hasil kajian mendapati bahawa gelombang kebangkitan rakyat merupakan protes rakyat terhadap kerajaan sedia ada.Terdapat beberapa faktor seperti politik, ekonomi dan sosial yang merupakan punca utama membawa kepada fenomena Arab Spring. Walaupun ia berpunca daripada isu atau permasalahan yang berbeza-beza bagi setiap negara, namun matlamat kebangkitan rakyat tetap sama iaitu memprotes kerajaan yang tidak adil dan menuntut hak-hak rakyat dikembalikan semula

    AN EVALUATION OF THE EARLIEST THOUGHT AND PHILOSOPHY ON MOSQUES IN MALACCA

    Get PDF
    Purpose of the study: This study discusses architectural thought and philosophy that focus on traditional mosques in Melaka in the 18th century. Amongst the oldest and most famous mosques in Melaka are the Peringgit Mosque (1720 AD), Kampung Hulu Mosque (1728 AD), Tengkera Mosque (1728 AD) and Kampung Keling Mosque (1748 AD). Methodology: In this study, the qualitative methodology focusing on research was used where the analysis of documents and observations were conducted. Main Findings: The finding of this study revealed that the architectural philosophy shows human relationships with nature are based on the divine concept. The architectural features also illustrate the philosophy of human life and the beauty of the architecture illustrates the height or level of values in individuals. The beauty of the mosque is highlighted through the motifs in the mosque’s decorations which have no contradiction to Islamic values.         Applications of this study: This study involved two historical mosques in Melaka, which are the Tengkera Mosque (1728 AD) and Kampung Hulu Mosque (1728 AD).   Novelty/Originality of this study: These mosques have been directly influenced by the characteristics of Islamic, Chinese and Indian architecture; in the context of building structures, designs and decorations. This study showed that although the Islamic community was influenced by external elements, they were an open-minded community and willing to accept and adapt to such influence

    Refleksi kritis Yusuf Al-Qaradawi terhadap ekstremisme dan ekstremisme agama

    Get PDF
    Ekstremisme adalah isu yang berpanjangan. Ideologi ini apabila dikaitkan dengan agama, ia bukan sahaja berkisar tentang implikasi keganasan bahkan menjadi asas kepada pembentukan ajaran-ajaran sesat dan yang menyeleweng daripada aliran ahli Sunah Waljamaah. Untuk membanterasnya, pendekatan harus kolektif dan memerlukan kerjasama semua pihak. Konsep asas mengenainya harus benar, sahih dan meyakinkan. Ia mestilah datang daripada sumber dan struktur akademik yang lengkap, sistematik dan konsisten supaya kritikan dan refleksi terhadap ideologi ini dilihat tersusun, adil dan mudah difahami. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang pernah menilai dan menulis secara sistematik tentang ideologi ini adalah Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau adalah salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemikir yang sederhana tetapi tegas. Pandangan-pandangan beliau tentang kesederhanaan telah banyak diulas, dipetik dan dicerakin oleh ulama Islam lainnya di seluruh dunia. Namun disebalik kederhanaan ini beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan memiliki pandangan yang keras dan konsisten terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Justeru, makalah ini akan mengupas dan membahas pandangan, kritikan dan refleksi beliau terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Tulisan ini adalah sebahagian daripada dapatan kajian mengenai Islam dan ekstremisme di Malaysia yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif sebagai metode pengumpulan data. Analisa kandungan yang sebahagian besarnya membabitkan bahan-bahan daripada tulisan beliau telah digunakan di samping temubual separa struktur yang digunakan untuk mendapatkan pandangan tokoh-tokoh agama, aktivis dan pihak berkuasa tempatan berkaitan hal ini. Analisa hasil kajian mendapati, Yusuf al-Qaradawi telah mengupas hal ini dalam banyak tulisan-tulisan beliau sama ada memberi refleksi secara khusus terhadap ideologi ini ataupun menyebut implikasi ideologi ini melalui tulisan-tulisan beliau dalam hal ehwal kehidupan secara umum. Pandangan-pandangan beliau juga menjadi teras pada kebanyakan tulisan tokoh-tokoh Islam lain apabila menulis dan bercakap mengenai ekstremisme dan ekstremisme agama

    The impact of beta (Ăź) value in measuring social learning influence on the behaviour of Muslim adolescents

    Get PDF
    Social learning factor is a reflection of the numerous existing social environment factors. It exists in the environment together with human’s internal natural process and it may significantly affect human’s behavioural development. The impact can occur directly or indirectly. A human being will be found different based on the environment in which he or she is. Whoever finds himself in an environment and education that helps him towards goodness, then he is more likely to be a good group and vice versa. Therefore, a good environment is necessary to produce good morals. Now the development of the industrial revolution 4.0 dominates everything and also affects Muslim children in their social environment. This study focuses on the dominant factors in social learning which influence the behaviour of Malaysian adolescents. Five social environment factors are identified as being significant in the development of the adolescents’ behaviour; they are: parents, peers, teachers, artistes and school culture. This study which employs both quantitative method and survey involves 16-year-old respondents totalling 1504 from all over peninsula Malaysia. Data from this study are analysed both descriptively and statistically with the mean, standard deviation and double regression at (p<0.05). Results from the double regression analysis showed that the most dominant factor in moulding the behaviour of the adolescents is peers followed by school culture, parents, teachers and artistes. Even though the artistes’ factor is the least dominant, based on the Beta value, it may negatively affect the behavioural development compared to other social environment factors

    [Baby Magazine And Caliphate Discussion] Majalah Pengasuh dan Persoalan Khalifah

    Get PDF
    Pengasuh magazine is one of magazines which plays an important role in spreading information, knowledge and as a medium of reforms movement among Malay society since its birth in 1918 as was published by Kelantan Islamic Religious Council. One of Pengasuh upsides is its ability to sustain until today compared to its other concurrent mass media before long discarded. Looking at the significance and role Pengasuh has undertaken, this article intends to revisit the question of caliphate that was raised in Pengasuh in the year 1924. The discussion of the caliphate issue coincides with the incident of the caliphate dissolved by Mustafa Kemal in Turkey. The dissolution is an important incident for the Muslim ummah as it ends a kind of Islamic ruling system inherited since the Righteous Caliphate era. Keywords: Majalah Pengasuh, &nbsp;Khilafah, Mustafa Kemal Majalah Pengasuh merupakan salah sebuah majalah yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat, ilmu dan sebagai wadah kepada gerakan islah dalam kalangan masyarakat Melayu sejak kelahirannya pada tahun 1918 yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Salah satu kelebihan Pengasuh adalah mampu bertahan sehingga ke hari ini berbanding media massa seangkatannya yang telah lama berkubur. Melihat kepada kepentingan dan peranan yang dimainkan Pengasuh, artikel ini cuba mengupas persoalan khilafah yang dibentangkan oleh Pengasuh pada tahun 1924. Perbincangan isu khilafah ini selari dengan peristiwa pembubaran khilafah oleh Mustafa Kemal di Turki. Pembubaran tersebut merupakan satu peristiwa penting kepada umat Islam kerana mengakhiri suatu bentuk sistem pemerintahan Islam yang diwarisi sejak zaman Khulafa al-Rasyidin. Kata kunci: Majalah Pengasuh, Khilafah, Mustafa Kemal
    corecore