4 research outputs found

    Pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan psikospiritual al-Ghazālī (W. 505 H.): Drug prevention for risk group based on psychospiritual approaches of al-Ghazālī (D. 505 H.)

    Get PDF
    The issue of drug abuse nowadays is very worrying despite various research and approaches taken to address this issue. New and recurring drug addiction numbers every year indicate a crucial need for improvements in existing prevention efforts. Prevention is the best approach in combating drug abuse because of the effectiveness and cost-friendly. In addition, risk groups should be a priority in prevention approach so that drug addiction can be avoided before it occurs. Islamic psychospiritual therapy is a spiritual treatment method based on Islamic practices and divine reference. This treatment focuses on the purification of the soul, the formation of self-actualization, and spiritual enhancement which ultimate objective is seeking the pleasure of Allah Almighty. Spiritual therapy implemented in Islamic psychospiritual can form a stronghold to prevent drug use and addiction among risk groups. Al-Ghazālī was one of the most prominent and influential Islamic scholars and has produced numerous works that have been made references in the world of Islamic studies throughout the world. Thus, using qualitative methods, this article outlines Al-Ghazālī's Islamic psychospiritual module. Risk group prevention is managing the risk factors by equipping the group with protective factors. The findings of this article indicate that Islamic psychospiritual approaches discussed by al-Ghazālī contain protective factors of religious belief, endurance, self-esteem, appreciation, hope, gratitude, self-reliance, the purpose of life, and love. Therefore, addressing the issue of drug addiction based on the Islamic psychospiritual approach is a viable alternative

    Pencegahan dadah dalam kalangan belia berisiko melalui elemen penghayatan akidah: Drug prevention among at-risk youth through element of aqidah comprehension

    Get PDF
    Akidah merupakan kunci hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW ketika diutuskan sebagai Rasul adalah membetulkan akidah masyarakat yang telah terpesong. Di Malaysia, umat Islam berpegang dengan akidah berdasarkan aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Meskipun pembelajaran akidah ini telah diterapkan sejak bangku sekolah lagi, namun cabaran penghayatan akidah belia kini berada di tahap yang membimbangkan. Hal ini mengakibatkan pelbagai krisis dan masalah. Dalam menangani isu belia, permasalahan dadah merupakan isu serius yang sering diberi perhatian. Statisitik pertambahan penagih dadah belia baru dan berulang pada saban tahun amat meresahkan meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Terdapat keperluan untuk mengenalpasti elemen penghayatan akidah dalam membina daya tahan belia untuk menangani isu dadah. Hal ini kerana daya tahan yang kuat dilihat sebagai faktor pelindung daripada terjebak dengan najis dadah. Justeru, berdasarkan metode kualitatif kepustakaan, artikel ini membincangkan elemen penghayatan akidah yang dapat membina daya tahan belia lalu membentuk pencegahan dadah yang berkesan. Dapatan artikel ini menunjukkan elemen penghayatan akidah, iaitu kefahaman, perasaan dan amalan mempunyai faktor pelindung kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, ketaatan, pengawasan, keredaan, kesyukuran, penghargaan, kecintaan, kecekalan, kepatuhan, pengurusan diri dan ketekunan. Nilai-nilai ini menyumbang kepada daya tahan indvidu. Oleh yang demikian, elemen penghayatan akidah hendaklah diperkasakan dalam strategi pencegahan dan diberi perhatian oleh pihak sewajarnya supaya usaha pencegahan dadah di negara ini dapat diperkasakan

    Membentuk spiritual individu menurut hadis untuk pencegahan dadah: Moulding individual spirituality in accordance to hadiths for drug prevention

    Get PDF
    Buku Maklumat Dadah 2017 mencatatkan seramai 18,440 orang penagih baru dikesan dan 7,482 penagih berulang. Angka ini membuktikan terdapat keperluan untuk satu kajian dan sumbangan bagi pemerkasaan langkah pencegahan dadah di negara ini. Pencegahan merupakan kaedah terbaik dan efektif dalam mengurangkan kos menangani penyalahgunaan dadah. Program pencegahan yang lemah akan menyebabkan peningkatan kadar penagihan dan seterusnya wujud pelbagai permasalahan sosial dan peningkatan kos dalam rawatan pemulihan. Kajian menunjukkan kerohanian diri yang lemah merupakan punca utama penagihan dan yang memberi kesan paling kuat. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan hadis-hadis berkaitan pembentukan spiritual individu sebagai kaedah untuk mencegah diri dari terjebak ke kancah dadah. Kajian menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti hadis-hadis yang berkaitan. Kajian mendapati elemen spiritual berkaitan mempunyai tujuan hidup, bersyukur, berdikari dan pegangan agama yang utuh memberi peranan dalam mencegah seseorang dari terlibat di dalam dadah
    corecore