21 research outputs found

    Factors influencing occupational segregation by gender in Malaysia

    Get PDF
    In many developing countries, occupational segregation by gender is a topic that is much discussed but very few researches had been carried out. In Malaysia, secondary sources of data, such as the Population and Housing Census reports and Social Statistics Bulletins of the Malaysian Statistics Department do show that there have been some changes in the general trends of occupational segregation in the country but factual details of occupational segregation based on gender are rather scanty. This paper seeks to throw some lights on this subject of occupational segregation by presenting findings of a micro study conducted in a village in the district of Seremban, Negeri Sembilan Malaysia, involving a sample of 12 families. Analyses of the primary data had pointed out six factors that influenced occupational segregation, that is, formal education and training, the division of labour in the household, culture of local Malay society, working conditions, facilities at the work place is not woman friendly, and individual preferences in terms of taste, property and talent. The micro findings lead to the conclusion of three ways whereby not only working women may be empowered to widen their career paths but also that the division of work by gender may be simultaneously reduced. These are the introduction of more woman friendly procedures in the work place, the re-organization of work that seeks to demolish traditional identification of occupations with gender, and the improvement of education and training policies that would enable women to climb the occupational ladder

    Faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender di Malaysia: satu ilustrasi mikro dari Seremban, Negeri Sembilan (Factors influencing gendered occupational segregation in Malaysia: a micro illustration from Seremban, Negeri Sembilan)

    Get PDF
    Dua jenis segregasi pekerjaan berlaku, iaitu segregasi mendatar dan menegak. Segregasi pekerjaan secara mendatar merujuk kepada keadaan apabila wanita dan lelaki bekerja dalam jenis industri yang berbeza. Segregasi pekerjaan secara menegak pula merujuk kepada situasi apabila kaum lelaki selalunya memegang jawatan yang lebih tinggi dan kaum wanita pula bekerja dalam jenis pekerjaan yang berjawatan rendah dalam industri yang sama. Data statistik semasa menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam segregasi pekerjaan di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender. Data sekunder dan primer digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sumber data sekunder adalah Banci Penduduk dan Perumahan dan Buletin Perangkaan Sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan. Untuk mendapatkan data primer, kajian fokus awal dilakukan ke atas 120 buah keluarga. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk mendapat responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender adalah pendidikan formal dan latihan, pembahagian pekerjaan dalam isi rumah, budaya masyarakat tempatan, keadaan kerja, kemudahan di tempat kerja yang kurang mesra wanita, dan keutamaan individu. Makalah ini merumuskan tiga cara bagi membolehkan pekerja wanita memperluaskan bidang pekerjaan yang ingin diceburi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender, iaitu mewujudkan peraturan-peraturan di tempat kerja yang ā€œmesra wanitaā€, pengorganisasian semula kerja, dan memperbaiki dasar pendidikan dan latihan

    Factors Influencing Occupational Segregation by Gender in Malaysia

    Get PDF
    In many developing countries, occupational segregation by gender is a topic that is much discussed but very few researches had been carried out. In Malaysia, secondary sources of data, such as the Population and Housing Census reports and Social Statistics Bulletins of the Malaysian Statistics Department do show that there have been some changes in the general trends of occupational segregation in the country but factual details of occupational segregation based on gender are rather scanty. This paper seeks to throw some lights on this subject of occupational segregation by presenting findings of a micro study conducted in a village in the district of Seremban, Negeri Sembilan Malaysia, involving a sample of 12 families. Analyses of the primary data had pointed out six factors that influenced occupational segregation, that is, formal education and training, the division of labour in the household, culture of local Malay society, working conditions, facilities at the work place is not woman friendly, and individual preferences in terms of taste, property and talent. The micro findings lead to the conclusion of three ways whereby not only working women may be empowered to widen their career paths but also that the division of work by gender may be simultaneously reduced. These are the introduction of more woman friendly procedures in the work place, the re-organization of work that seeks to demolish traditional identification of occupations with gender, and the improvement of education and training policies that would enable women to climb the occupational ladder

    Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi

    Get PDF
    Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam usaha membantu komuniti pribumi ke arah memperkasakan kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti Orang Sungai di Paitan, Sabah. Responden terdiri daripada 38 ketua isi rumah. Kajian dilakukan dengan menggunakan pen-dekatan campuran di mana teknik survei menggunakan borang pemetaan aset digabungkan dengan teknik temu bual bagi mendapatkan jawapan yang tepat lagi terperinci. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tema mendapati timbulnya dua tema utama iaitu motivasi intrinsik (rekod ke-hadiran diri, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, pen-galaman berguru, makan dan minum, rakan dan adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang luar). Keseluruhannya program advokasi literasi telah berjaya menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Kesedaran ini perlu terus dipupuk dan diberi perhatian agar proses pembelajaran dapat diteruskan keperingkat yang lebih tinggi di masa akan da-tang

    Razvoj na marginama: egzistencija i održivost zajednica na malezijskoindonezijskoj granici

    Get PDF
    Small communities living on the margin of development generally face a myriad of issues and challenges. Paradoxically, although livelihood is a major concern for these communities, their integration into the mainstream of development seems a remote and endless problem. This article, therefore, has three objectives. Firstly, it discusses the socio-economic dynamics of the Sarawak-Kalimantan border communities whose villages are obscured from the mainstream of development. Lately, villages and small townships along this border had caught the attention of the media, politicians, planners and researchers. This was the consequent result of media highlights on Malaysia-Indonesia border disputes and cultural issues, which were further expanded to encompass matters relating to national security and economic interests of both countries. However, the socio-economic plights of these border communities were seldom articulated. Secondly, based on case studies conducted between 2009 and 2010, this paper focuses on issues of livelihood and sustainability of these border communities, particularly the Bidayuh ethnic living in Serikin (Sarawak) and JagoiBabang (West Kalimantan). The studies especially focused on the participation of these villagers in the socio-economic spheres within the border areas, and also assessed to what extent the livelihoods of these villagers were influenced and affected by such dynamics. Lastly, by exploring the possible theoretical explanation of the unique social phenomenon taking place at the margin of development in Malaysia, this article examines the embedded cultural and social affiliations which help sustain the tradition of economic exchange between communities on both sides of the borders.Male zajednice koje žive na marginama razvoja općenito se suočavaju s brojnim problemima i izazovima. Premda je opstojnost njihova glavna briga, integracija u glavne razvojne tokove paradoksalno ostaje dalek i nerjeÅ”iv problem. Stoga ovaj članak ima tri cilja. Prvo, u njemu se bavimo socio-ekonomskom dinamikom Sarawak-Kalimantan pograničnih zajednica čija sela ostaju izvan glavnih tokova razvoja. Nedavno su sela i manji gradovi uz ovu granicu privukli pažnju medija, političara, istraživača. Bio je to rezultat medijskog zanimanja za malezijskoindonezijske granične prepirke i kulturne prijepore. To se kasnije proÅ”irilo na pitanja o nacionalnoj sigurnosti i ekonomskim interesima obiju zemalja. Međutim, nepovoljne socio-ekonomske okolnosti ovih pograničnih zajednica rijetko su kada jasno artikulirane. Druga svrha članka je ukazati na probleme opstojnosti i održivosti ovih pograničnih zajednica, osobito zajednice Bidayah iz Serikina (Sarawak) i zajednice JagoiBabang (Zapadni Kalimantan). Studije slučaja, provedene 2009. i 2010., posebno su se bavile učeŔćem seljaka u socio-ekonomskim pitanjima unutar graničnih područja i posljedičnim utjecajem na njihovu egzistenciju. I, napokon, razmatrajući moguće teorijsko objaÅ”njenje ovoga jedinstvenoga socijalnog fenomena koji se odvija na margini razvoja u Maleziji, u članku se propituju duboko ukorijenjene kulturne i druÅ”tvene veze koje omogućuju održavanje tradicije ekonomske razmjene između zajednica s obje strane granice

    Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi

    Get PDF
    Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya mempunyai dan menjalin hubungan lebih kerap dan rapat antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berkongsi persamaan dari segi keturunan, bahasa, dan budaya. Faktor kedekatan juga mempengaruhi hubungan rapat yang terjalin di samping wujudnya prasarana sistem komunikasi yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan kedua buah negara. Kawasan penempatan komuniti di sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia terletak jauh dari ibu negeri atau bandar besar kedua buah negara dan ini juga menyebabkan hubungan penduduk itu lebih dekat sesama mereka. Makalah ini membentangkan isu hubungan komuniti di kawasan penempatan penduduk di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat berdasarkan data kajian lapangan yang telah dijalankan. Kajian ini menggunakan pemerhatian di lapangan dan tinjauan melalui soalselidik untuk melihat pola hubungan ethnik di tiga kawasan penempatan penduduk iaitu Kampung Mongkos, Lubuk Antu, Baā€™kelalan dan Telok Melano di Sarawak. Dapatan kajian mendapati penduduk di kawasan kajian mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain hasil daripada pertalian darah dan sosial yang telah lama terjalin. Hubungan yang rapat ini diperkukuhkan lagi dengan mudahnya penduduk keluar masuk untuk urusan harian dan sosial ke kawasan masing-masing melalui jalan yang sedia ada dan peraturan keluar masuk sempadan yang mesra pelanggan. Justeru, saling kebergantungan antara komuniti ini untuk memenuhi keperluan kehidupan menjadikan komunikasi antara mereka lebih akrab dan rapat walaupun sekali sekala timbulnya isu persempadanan nasional. Hasil kajian ini menunjukkan hubungan sosial komuniti di sini dengan keluarga dan jiran di sempadan adalah mesra. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan penduduk di kawasan sempadan ini menjalani kehidupan harian dalam keadaan yang tenang, simpel dan gembira. Kedinamikan hubungan komuniti di sempadan ini patut dilihat sebagai model untuk memahami kesejahteraan hubungan etnik dan kesepaduan sosial negara

    Malaysian women in management

    Get PDF
    Malaysian women account for about 34.0 percent of all employed workers in 1999 yet their entry into the workplace has by no means guaranteed them access to top jobs. This paper discusses the distribution patterns of Malaysian women in management from the year 1970 to 1999 using secondary data to take a closer look at their role as a family manager, and by means of a field study, examines how Malaysian women managers conduct themselves when managing, and explores ways of enhancing Malaysian womenā€™s participation in management. Findings point to the imperative of helping the dual-career woman cope with the domestic and work environment through the provision of such conveniences as flexible working hours, and financially accessible child care facilities. Suggestions to support career women advancement into management positions include career planning, counseling and training, senior management mentoring, helping male workers to come to terms with women managers, and the creation of informal support networks for women managers

    Nota Penyelidikan gender dan pekerjaan di Malaysia: Perlunya tempat kerja yang ā€˜mesra wanita

    Get PDF
    Pembahagian pekerjaan boleh dibuat secara mendatar dan menegak. Walaupun pembahagian mendatar telah banyak berubah namun masih lagi berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pekerja wanita kini tidak lagi bertumpu dalam sektor pertanian tetapi sudah terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sedangkan majoriti pekerja lelaki masih lagi bertumpu dalam industri perlombongan dan perkhidmatan pembekalan, selain sektor pertanian. Dalam pembahagian pekerjaan secara menegak, pekerja wanita dan lelaki masih bertumpu dalam hierarki yang berbeza. Tumpuan wanita masih jelas dalam pekerjaan tingkat rendah, kolar-biru dan peringkat bawahan pekerjaan kolar-putih dan profesional. Bagi pekerja lelaki pula lebih banyak berada dalam kategori pekerjaan mahir dan profesional serta memegang jawatan kanan. Artikel ini bertujuan membincangkan langkah dan peraturan di tempat kerja yang `mesra wanitaā€™ sebagai salah satu cara bagi mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender. Unit sampel sebanyak 12 buah keluarga dipilih daripada keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa responden yang bekerja menghadapi masalah dari segi penjagaan anak-anak di rumah. Oleh itu mewujudkan peraturan di tempat kerja yang ā€œmesra wanitaā€ adalah satu keperluan

    Pendidikan dan pekerjaan di kalangan wanita di Malaysia serta keperluan bimbingan vokasional dalam pemilihan pekerjaan

    Get PDF
    Pendidikan formal telah menjadi salah satu daripada kriteria dalam pengambilan pekerja di sektor moden. Proses pendidikan menjadi faktor utama dalam mencorak dan menggerakkan manusia. Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam menyediakan tenaga mahir. Pada hakikatnya, pendidikan merupakan satu usaha memperkasakan wanita dalam bidang pekerjaan dan memperlengkapkan diri untuk menjadi manusia yang berketrampilan. Kaum wanita dan lelaki diberikan peluang pendidikan formal yang sama tetapi adalah didapati bahawa berlaku ketidakseimbangan dalam taburan pekerjaan mengikut gender. Adakah tumpuan pekerja wanita dalam kategori pekerjaan tertentu akibat daripada kekurangan dalam pendidikan formal, latihan dan bimbingan vokasional yang diberikan? Atau adakah pendidikan, latihan dan bimbingan yang diberikan ditentukan oleh prospek pekerjaan yang ada untuk mereka. Apakah wanita perlu membuat perubahan sikap berhubung dengan kecenderungan memilih kerja yang ada sekarang? Bagi mengupas persoalan ini maka tujuan artikel ini akan membincangkan tentang pemilihan pekerjaan yang bersesuaian dan keperluan bimbingan vokasional di kalangan wanita di Malaysia

    Wanita bekerja dan pengurusan keluarga

    Get PDF
    Wanita bekerja sering menghadapi dilema dalam membahagikan tugas mereka di pejabat dan menguruskan rumah tangga. Dari segi ekonomi, mereka terpaksa bekerja bagi membantu menambah pendapatan suami memandangkan perbelanjaan semakin bertambah. Justera itu, makalah ini membincangkan cara pengurusan wanita bekerja di tempat kerja dan juga pengurusan rumah tangga. Unit sampel adalah sebanyak 12 buah keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan dan pemilihan berdasarkan teknik snowball. Daripada 12 buah unit keluarga atau 36 responden, sebanyak tujuh orang responden yang pernah bekerja dan sembilan orang yang masih bekerja dipilih sebagai responden. Maklumat diperolehi melalui temu bual mendalam dengan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaum wanita bekerja menghadapi masalah dalam melakukan tugasan di rumah dan juga di tempat kerja. Mereka terpaksa memikul beban kerja yang banyak di rumah dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan semua kerja dalam satu masa termasuk menjaga anak-anak. Di tempat kerja pula, mereka menghadapi beberapa masalah seperti prosedur kenaikan pangkat yang tidak adil dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai ragam
    corecore