Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
Abstract
Pembahagian pekerjaan boleh dibuat secara mendatar dan menegak. Walaupun pembahagian mendatar telah banyak
berubah namun masih lagi berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pekerja wanita kini tidak lagi bertumpu
dalam sektor pertanian tetapi sudah terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sedangkan majoriti pekerja
lelaki masih lagi bertumpu dalam industri perlombongan dan perkhidmatan pembekalan, selain sektor pertanian.
Dalam pembahagian pekerjaan secara menegak, pekerja wanita dan lelaki masih bertumpu dalam hierarki yang
berbeza. Tumpuan wanita masih jelas dalam pekerjaan tingkat rendah, kolar-biru dan peringkat bawahan pekerjaan
kolar-putih dan profesional. Bagi pekerja lelaki pula lebih banyak berada dalam kategori pekerjaan mahir dan
profesional serta memegang jawatan kanan. Artikel ini bertujuan membincangkan langkah dan peraturan di tempat
kerja yang `mesra wanita’ sebagai salah satu cara bagi mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut
gender. Unit sampel sebanyak 12 buah keluarga dipilih daripada keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan
bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa responden yang bekerja menghadapi masalah dari
segi penjagaan anak-anak di rumah. Oleh itu mewujudkan peraturan di tempat kerja yang “mesra wanita” adalah
satu keperluan