69 research outputs found

    Bingkisan hadiah pencetus keberlangsungan hubungan diplomatik pada zaman Kesultanan Melayu.

    Get PDF
    Bingkisan hadiah merupakan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mencetuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar. Pada zaman Kesultanan Melayu, selain menjalinkan hubungan diplomatik, bingkisan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedaulatan, menebar kuasa politik, memperluaskan pengaruh adat dan budaya, di samping mengembangkan agama yang menjadi pegangan masyarakat pada masa itu. Keanekaragaman dalam pemberian bingkisan ini terhasil daripada gabungan pemikiran atau idea pemerintah dan pembesar kerajaan untuk mewujudkan, melangsungkan, dan mengukuhkan hubungan diplomatik. Ia merupakan antara amalan yang digunakan oleh sebuah kerajaan Melayu, iaitu sebagai‘penawar’ untuk menarik hati para pemerintah yang mewakili kerajaan Melayu lain ataupun kerajaan Barat, iaitu sebagai kerajaan ‘penerima’ untuk menerima dan mengekalkan hubungan tersebut. Artikel ini membincangkan keanekaragaman bingkisan hadiah yang digunakan oleh sesebuah kerajaan dalam menjayakan hubungan diplomatik, di samping membincangkan motif hadiah tersebut diberikan dengan menumpukan naskhah Melayu sebagai bahan perbincangan utama

    Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

    Get PDF
    Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya yang merakamkan sejarah pentadbiran kerajaan Kedah. Antara sejarah pentadbiran yang dinyatakan dalam naskhah ini adalah tentang pengurusan hubungan diplomatik kerajaan Kedah dengan beberapa kerajaan lain seperti Ligor dan Aceh. Pengurusan ini telah mengetengahkan kepemimpinan diplomatik pemerintah Kedah dalam mengurus tadbir hubungan diplomatiknya dengan kerajaan berkenaan. Hubungan diplomatik ialah sebuah hubungan antarabangsa atau hubungan lintas sempadan sebuah kerajaan untuk meluaskan pengaruh dan memenuhi keperluan masing-masing. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan, terutamanya dari aspek pelaksanaan kaedah dan seterusnya menghuraikan keberkesanan kaedah tersebut terhadap hubungan diplomatik kerajaan Kedah. Bagi memperoleh data ini, suatu kajian kepustakaan telah dilakukan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah kepemimpinan diplomatik yang dominan dan diaplikasikan oleh pemerintah kerajaan Kedah dalam naskhah kajian ini, iaitu kaedah tiga dalam satu, transformasi hubungan permusuhan kepada pendamaian, dan pertautan semula ikatan diplomatik

    Pemikiran dalam Novel Siber Kasih Darmia dari Aspek Teori Estetika Bersepadu

    Get PDF
    Alam siber adalah wadah yang mudah dan tidak memerlukan prosedur-prosedur yang sulit untuk menyiarkan sesebuah karya. Hal ini menyebabkan penulis-penulis muda menjadikan alternatif tersebut sebagai pilihan yang terbaik untuk berkarya secara aktif. Karya penghasilan penulis-penulis muda ini akan disiarkan di alam siber terutamanya di laman-laman web dan di blog-blog persendirian. Namun, perkara tersebut telah menyebabkan perselisihan pendapat dalam kalangan para sarjana mengenai estetika dan mutu yang amat dititikberatkan dalam sesebuah karya sastera. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis nilai estetika melalui pemikiran yang terdapat dalam novel siber Kasih Darmia karya Naniey TJ berdasarkan penerapan teori Estetika Bersepadu. Novel siber Kasih Darmia merupakan sastera siber sulung Naniey TJ yang ditulis sekitar November 2011 dalam laman blognya. Kajian novel ini menggunakan Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali bersandarkan kepada konsep keindahan yang tercerna di sebalik keindahan pemikiran dan perutusan agama yang kembali kepada Al-Quran sebagai teks asal yang memberi gambaran dan sifat keindahan hakiki yang mencerminkan keindahan manifestasi dalam teks kesusasteraan. Dalam menganalisis pemikiran novel siber Kasih Darmia, dapat dilihat keindahan dalaman yang menjawab persoalan estetika dan mutu yang terdapat dalam karya sastera di alam siber

    Kemelut politik zaman kesultanan Melayu dalam Tuhfat al-Nafis

    Get PDF
    Kemelut politik yang berlaku dalam sesebuah kerajaan adalah antara punca utama tercetusnya kejatuhan sesebuah kerajaan tersebut. Permasalahan ini wujud, apabila terdapat pihak yang tidak lagi mengikut undang-undang negeri dan tidak lagi memperjuangkan nilai moral dalam diri yang menjadi inti pati penting dalam agama Islam. Kegemilangan yang di kecapi dan diwarisi sebelum ini, begitu mudah dilupakan hanya kerana memenangkan nafsu serakah untuk memperjuangkan matlamat yang tidak pasti. Oleh itu, artikel ini membincangkan kemelut politik dalam sesebuah pemerintahan dan pentadbiran pada zaman kesultanan Melayu dengan menumpukan naskhah Tuhfat al-Nafis melalui kaedah kepustakaan

    Kemelut politik zaman kesultanan Melayu dalam Tuhfat al-Nafis

    Get PDF
    Kemelut politik yang berlaku dalam sesebuah kerajaan adalah antara punca utama tercetusnya kejatuhan sesebuah kerajaan tersebut. Permasalahan ini wujud, apabila terdapat pihak yang tidak lagi mengikut undang-undang negeri dan tidak lagi memperjuangkan nilai moral dalam diri yang menjadi inti pati penting dalam agama Islam. Kegemilangan yang di kecapi dan diwarisi sebelum ini, begitu mudah dilupakan hanya kerana memenangkan nafsu serakah untuk memperjuangkan matlamat yang tidak pasti. Oleh itu, artikel ini membincangkan kemelut politik dalam sesebuah pemerintahan dan pentadbiran pada zaman kesultanan Melayu dengan menumpukan naskhah Tuhfat al-Nafis melalui kaedah kepustakaan

    Leadership of Malacca sultanate rulers in establishing diplomatic relations

    Get PDF
    Leadership is the ability of a government in shaping the people’s mind to achieve goals that have been planned together in order to strengthen its administration especially in establishing diplomatic relations with other countries. Without the mobilization of intellectual and physical cooperation from these two groups, it is impossible for a government to succeed in its diplomatic missions. Therefore, this article will discuss the leadership of the Malay sultanate in establishing diplomatic relations through data analysis of the events described in historiographic manuscripts such as Sulalat al-Salatin, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa and Tuhfat al-Nafis. In addition, this article also describes the effectiveness of this leadership in response to the diplomatic relations that had been initiated by and accepted from other governments. The result of the study will show that a variety of methods or approaches were used by the rulers of the Malay sultanate in advancing the government’s reputation from the economic, social and physical aspects

    PERLANGGARAN ETIKA DIPLOMATIK CETUS KETIDAKSTABILAN DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU

    Get PDF
    Etika diplomatik dibentuk adalah untuk membawa kepada permuafakatan antara dua atau lebih kerajaan. Apabila etika ini diaplikasikan maka kerajaan yang terlibat akan mencapai kestabilan dalam pemerintahan. Namun, sekiranya etika ini dilanggar, akan menyebabkan berlakunya malapetaka terutamanya kekacauan dalam pentadbiran. Justeru, objektif kajian ini ialahuntuk mengenal pasti dan menghuraikan punca berlakunya perlanggaran etika yang menyebabkan ketidakstabilan pemerintahan sesebuah kerajaan berdasarkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin, Tuhfat al- Nafis dan Hikayat Aceh.Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penyebaran fitnah, pengkhianatan, dan memungkiri janji merupakan punca penyebab kepada berlakunya perlanggaran etika diplomatik ini.   Diplomatic ethics are formed to bring consensus between two or more governments. When these ethics applied the governments involved will achieve stability in the administration. However, if the ethics are violated, it will result in chaos, especially in administration. Thus, the objective of this study is to identify and describe the cause of the breach of ethics that caused instability in the administration of a government based on the Malay masterpiece Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis and Hikayat Aceh. The method used was the library research for obtaining the study results. The findings show that the spread of defamation, betrayal, and the breach of promise are the root causes of the occurrence of a breach of the diplomatic ethics

    Perlanggaran etika diplomatik cetus ketidakstabilan dalam pemerintahan kerajaan Melayu

    Get PDF
    Etika diplomatik dibentuk adalah untuk membawa kepada permuafakatan antara dua atau lebih kerajaan. Apabila etika ini diaplikasikan maka kerajaan yang terlibat akan mencapai kestabilan dalam pemerintahan. Namun, sekiranya etika ini dilanggar, akan menyebabkan berlakunya malapetaka terutamanya kekacauan dalam pentadbiran. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menghuraikan punca berlakunya perlanggaran etika yang menyebabkan ketidakstabilan pemerintahan sesebuah kerajaan berdasarkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Aceh. Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penyebaran fitnah, pengkhianatan, dan memungkiri janji merupakan punca penyebab kepada berlakunya perlanggaran etika diplomatik ini

    Interpersonal communication as a solution for resolving diplomatic conflicts in the Malay sultanates

    Get PDF
    Interpersonal communication is an important element in the management of a government organization. In diplomatic relations, interpersonal communication tests an individual’s or a group’s ability to convey the message of peace. The ability to convey information clearly and thus avoiding misunderstanding, especially in resolving conflicts that may occur, builds trust among governments. Without skill in interpersonal communication, it becomes difficult for a government to maintain existing relations, or build new ones. This research was carried out to (i) analyse the interpersonal communication implemented by the Malay Sultanates as the main mechanism in resolving diplomatic conflicts, and (ii) explain the implications of the implementation of interpersonal communication in resolving conflicts among kingdoms. Data was collected through library research, and this discussion focuses on Hikayat Hang Tuah and Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah as the primary material. The findings of this study show that the sending of envoys was an effective strategy of interpersonal communication in solving conflicts that arose, whether in terms of existing or new diplomatic relations. These envoys employed various strategies in their interpersonal communication, which were key to the success of their missions. The findings also show that the administration and government of a kingdom stabilized with the development of its economy, politics, culture and society

    Pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (Mooc) suatu transformasi dalam pengajian manuskrip Melayu

    Get PDF
    Manuskrip Melayu merupakan hasil penulisan tangan dengan tulisan Jawi yang mempunyai pelbagai kandungan ilmu epistemologi yang mengetengahkan tentang orang Melayu. Lazimnya, ia tersimpan di dalam sesebuah muzium negeri, Arkib dan Perpustakaan Negara Malaysia. Namun kekangan ketara dirasai apabila ilmu yang ada dalam manuskrip ini hanya dapat dicapai dengan bertandang sendiri ke institusi berkenaan pada waktu yang amat terhad. Kaedah tradisional sebegini sedikit sebanyak telah membantutkan ruang lingkup pengetahuan masyarakat yang berminat dalam mengkaji ilmu yang terdapat dalam sesebuah manuskrip. Kajian ini menegaskan bahawa manuskrip Melayu ialah warisan lama yang mana penyampaian maklumat di dalamnya perlu dipermodenkan untuk menarik masyarakat mengenalinya dengan lebih dekat. Ini bertujuan untuk meneruskan legasi kaedah pengkajian selain mencambah minat terhadap keintelektualan tamadun bangsa. Oleh itu, menerusi pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (MOOC), manuskrip Melayu akan dapat terus dilestari. Ini kerana MOOC merupakan pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh setiap orang di seluruh pelosok dunia dengan percuma. Objektif kajian dalam makalah ini ialah mengaplikasikan MOOC dalam pembelajaran fleksibel sebagai kaedah terbaik dalam pemindahan ilmu untuk mengenali manuskrip Melayu dengan menghuraikan kandungan, aktiviti serta penilaian pelajar yang digunakan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kursus berasaskan MOOC. Data yang diperoleh adalah menerusi kaedah kepustakaan dan soal selidik terhadap pelajar kursus BBK 4210 Karya Agung Melayu. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat membuktikan aplikasi MOOC berkesan menjadi salah satu medium dalam pembelajaran fleksibel yang sangat bermanfaat untuk mempromosikan manuskrip Melayu. Kesimpulannya, pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (MOOC) merupakan suatu transformasi dalam manuskrip Melayu yang perlu diketengahkan kepada masyarakat
    corecore