3 research outputs found

    Penggunaan model pengajaran Al-Ghazālī dalam konteks pengajaran berfikir kritis

    Get PDF
    Konsep pemikiran kritis yang berkembang pada hari ini banyak dicorakkan oleh pandangan alam Barat. Justeru, terdapat keperluan untuk menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī dalam konteks pengajaran berfikir kritis Pendidikan Islam (PI). Model ini berasal dari kupasan Imām al-Ghazālī dalam Kitab Iḥyā’ ᶜUlūm al-Dīn dalam bab Ilmu Pengetahuan. Ianya dibina dan diolah sendiri oleh pengkaji berasaskan kepada penelitian terhadap keseluruhan karya tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara mendalam penerapan pemikiran kritis khusus dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī. Pendekatan kualitatif iaitu kajian kes digunakan dengan penglibatan seramai enam orang guru pakar PI di sekolah menengah. Data dikumpul selama satu tahun menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Terdapat tujuh tema utama pengajaran berfikir kritis yang diamalkan oleh peserta kajian iaitu a) Guru yang kritis; b) Penguasaan ilmu; c) Matlamat pengajaran; d) Strategi memberi maklum balas; e) Hubungan guru-murid; f) Komuniti berfikir; dan g) Pengalaman guru menulis dan berceramah. Kajian ini menunjukkan bahawa Model Pengajaran al-Ghazālī boleh diaplikasi dalam konteks pengajaran berfikir kritis mengikut acuan epistemologi Islam yang holistik. Berdasarkan kajian, model ini boleh diperluaskan dengan menambah elemen persekitaran sebagai faktor penyumbang kepada guru bagi menjayakan pengajaran yang bercorak kritis

    Konsep Inovasi dalam Islam Menurut Pandangan Asatizah Inovatif: Innovation Concept in Islam Based on Innovative Asatizah

    Get PDF
    Pelbagai kajian dilakukan mengenai konsep inovasi dalam Islam, namun fokusnya adalah pada Allah sebagai Inovator, Rasulullah sebagai inovator serta rumusan al-Quran mengenai kaedah mendapatkan pengetahuan untuk berinovasi. Tidak ditemui kajian dilakukan yang memberi fokus kepada ciri inovasi dalam Islam. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merumuskan ciri inovasi dalam Islam. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan mengumpul data daripada temu bual dan analisis dokumen. Seramai tujuh asatizah inovatif dipilih sebagai peserta kajian. Dapatan menunjukkan terdapat tujuh tema bagi konsep inovasi dalam Islam, iaitu; 1) tidak sempurna, 2) ilham milik Allah, 3) manfaat bagi orang lain, 4) patuh syariat, 5) sesuai dengan keperluan, 6) rai metod tradisional, dan 7) dihasilkan dengan ikhlas

    Feedback Patterns of Excellent Teachers in Creating Thinking Culture in Classroom

    No full text
    Although there is a growing interest in the culture of thinking in education, detailed information about classroom interaction that can incorporate thinking culture is lacking, particularly in the Malaysian context. Additionally, past studies do not focus on Islamic education. This study aimed to explore the feedback of excellent teachers in classroom interactions to incorporate a thinking culture. A qualitative case study approach was adopted on six excellent teachers (ETS) in Islamic Education using purposive sampling. Data were collected via teaching observation, semi-structured interviews, and document analysis. Thematic analysis revealed five themes that represented ETs’ feedback in classroom interactions to enhance thinking culture: give praise, give reprimand and criticism, stimulate information seeking, evaluate information, and ask for clarification. This study added value to the description of teachers’ feedback to create a thinking culture, especially in Islamic Education classrooms in Malaysia. The findings indicated that teachers need to increase open feedback, be willing to listen to students’ views, use praise and criticism selectively, and be a trustee of students for a democratic classroom to be realized. This study is expected to strengthen the effectiveness of teaching that incorporates a thinking culture
    corecore