Konsep Inovasi dalam Islam Menurut Pandangan Asatizah Inovatif: Innovation Concept in Islam Based on Innovative Asatizah

Abstract

Pelbagai kajian dilakukan mengenai konsep inovasi dalam Islam, namun fokusnya adalah pada Allah sebagai Inovator, Rasulullah sebagai inovator serta rumusan al-Quran mengenai kaedah mendapatkan pengetahuan untuk berinovasi. Tidak ditemui kajian dilakukan yang memberi fokus kepada ciri inovasi dalam Islam. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merumuskan ciri inovasi dalam Islam. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan mengumpul data daripada temu bual dan analisis dokumen. Seramai tujuh asatizah inovatif dipilih sebagai peserta kajian. Dapatan menunjukkan terdapat tujuh tema bagi konsep inovasi dalam Islam, iaitu; 1) tidak sempurna, 2) ilham milik Allah, 3) manfaat bagi orang lain, 4) patuh syariat, 5) sesuai dengan keperluan, 6) rai metod tradisional, dan 7) dihasilkan dengan ikhlas

    Similar works