6 research outputs found
Retorik pemerian dalam ceramah agama
Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi
menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak
Retorik pemerian dalam ceramah agama
Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias.
Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu
ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran
(2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan
teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik
ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi
penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah
yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak
Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil
Sikap murid-murid dalam pembelajaran bahasa kedua didapati mempengaruhi proses pembelajaran bahasa tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid-murid terhadap ‘Pembelajaran Bahasa Kedua’ iaitu, Pembelajaran
Bahasa Melayu (BM) sebagai Bahasa Kedua (B2) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam (SJKT BM),
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini akan merangkumi sikap murid terhadap pembelajaran bahasa kedua iaitu
‘Bahasa Melayu’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian BM murid-murid SJKT BM dalam
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013; meninjau sikap murid-murid terhadap pembelajaran
BM Bahasa Kedua di SJKT BM dari aspek kognitif, afektif dan konatif; serta mengenal pasti dan membincangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi sikap positif dan negatif murid-murid terhadap pembelajaran BM sebagai
B2. Kajian ini adalah kajian kuantitatif secara ringkas dan kualitatif yang melibatkan seramai 87 orang murid SJKT
BM, Pulau Pinang yang telah menduduki UPSR pada tahun 2013. Data kajian adalah berdasarkan kepada keputusan
UPSR bagi mata pelajaran BM sahaja. Dari segi kognitif, didapati bahawa kesemua murid menyatakan kepentingan
dan kesedaran BM. Terdapat juga murid-murid yang gagal dalam pembelajaran bahasa kedua ini, walaupun mereka
memberi keutamaan kepada bahasa tersebut. Hal ini bergantung kepada tahap pembelajaran dan pengalaman lampau
mereka. Manakala, dari aspek afektif pula semua pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran
bahasa kedua ini. Hanya murid-murid yang lemah dan belajar di kelas terakhir sahaja, rasa kurang selesa dengan
pembahagian kelas secara kaedah ‘streaming’ berdasarkan keputusan ‘Ujian Diagnosis’(UG) yang diadakan pada
awal tahun. Di samping itu, murid-murid turut menonjolkan kesungguhan dalam pembelajaran bahasa kedua dari
aspek konatif. Malah, mereka memperlihatkan keinginan mereka untuk terus mengukuhkan pembelajaran bahasa
kedua di sekolah menengah nanti. Kajian ini merumuskan supaya kaedah pembelajaran bahasa kedua, iaitu BM
yang dipraktikkan perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid sekolah rendah, terutamanya Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Malaysia. Langkah ini pasti akan menjanjikan tahap prestasi yang tinggi dalam
pembelajaran bahasa kedua kelak di SJKT
Personaliti sebagai faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing
Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat hubungan faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Pengkaji berminat untuk mengupas personaliti
warna sebagai faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing
di universiti-universiti di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan personaliti pelajar-pelajar asing dipengaruhi
oleh warna hijau, merah dan kuning yang menunjukkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk berjaya dan
menguasai bahasa kedua yang dipelajarinya. Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar dari 27 buah negara
yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia (UKM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)
Retorik dalam ceramah agama Kazim Elias
Retorik merupakan seni atau kepandaian berkomunikasi yang berkesan dari
aspek pemikiran dan wacana kerana retorik berfungsi sebagai salah satu
bentuk komunikasi berbahasa. Seorang penceramah dianggap mahir apabila
mempunyai keterampilan berbahasa, iaitu mampu menggunakan bahasa
secara berkesan sama ada dalam pengucapan mahupun penulisan.
Penggunaan retorik yang berkesan mampu untuk mengubah pendirian
seseorang dan membuka hati serta minda seseorang untuk menerima apa
yang disampaikan. Kajian ini merupakan penelitian secara tekstual terhadap
ceramah agama Ustaz Kazim Elias dalam rancangan Kalau Dah Jodoh Siri 1
yang disiarkan di Astro Aosis. Rancangan ini mempunyai 13 tajuk, namun
begitu dalam kajian ini pengkaji hanya memilih tujuh buah tajuk sahaja sebagai
bahan kajian.Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis
retorik, gaya retorik dan struktur retorik yang terdapat dalam ceramah agama
Ustaz Kazim Elias. Kajian ini menggunakan Teori Retorik Moden oleh Enos
dan Brown (1993) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan
oleh pengkaji untuk menganalisis kandungan ceramah agama tersebut. Kajian
mendapati ceramah agama Ustaz Kazim Elias berkesan dan berjaya
mendapat tarikan khalayak kerana terdapat penggunaan unsur retorik dalam
penyampaiannya. Ini membuktikan bahawa setiap penceramah perlu
memasukkan unsur retorik dalam ceramah bagi menjelaskan lagi mesej
ceramah yang ingin disampaikan