127 research outputs found

    Komunikasi bahasa Melayu-Jawa dalam media sosial

    Get PDF
    Di Malaysia, masih terdapat masyarakat Jawa yang menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan seharian. Ragam bahasa yang lazim digunakan ialah ragam Jawa ngoko (bahasa kasar). Walaupun bahasa Jawa masih dituturkan, namun penggunaannya semakin berkurangan. Salah satu faktor penggunaan bahasa Jawa yang semakin berkurang ini adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah mempengaruhi masyarakat Jawa untuk beralih menggunakan bahasa Melayu. Kebanyakan orang Jawa daripada generasi ketiga sudah tidak menggunakan bahasa Jawa dalam interaksi lisan mereka tetapi memilih menggunakan bahasa Melayu. Kemunculan media sosial telah mewujudkan wadah baru dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Jawa daripada generasi ketiga. Dengan wujudnya media baru ini, maka proses komunikasi mereka juga turut berubah. Penggunaan aplikasi sosial seperti WhatsApp telah mengubah lanskap komunikasi dengan memberi ruang yang luas kepada bahasa ibunda mereka (bahasa Jawa) untuk berkembang. Kajian ini mendapati penggunaan bahasa Jawa ini digunakan sepenuhnya dalam sesuatu perbualan dan kadang kala diselangselikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Penguasaan kedua-dua bahasa yang baik dalam penutur bahasa Jawa menjadikannya lebih mudah untuk kedua-dua bahasa ditukar kod, iaitu daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu dan bahasa Melayu kepada bahasa Jawa. Di samping itu, terdapat juga penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan juga Arab. Justeru dengan adanya penggunaan media social dan aplikasi sebagai medium berkomunikasi seperti whatsApp, maka penggunaan bahasa Jawa telah meningkat dan seterusnya akan membantu melestarikan bahasa Jawa

    Aspek kala dalam nahu Melayu abad ke-17: perspektif orang Belanda

    Get PDF
    Bahasa Melayu tidak mempunyai sistem kala seperti bahasa Latin, Inggeris, dan Belanda. Dalam bahasa Melayu, kala atau waktu sesuatu pekerjaan dilakukan sering kali tidak dinyatakan, kerana pendengar boleh menentukan waktunya berdasarkan hubungan dan konteks sesuatu ujaran. Namun, dalam pemerhatian awal oleh orang Belanda, bahasa Melayu dilihat dari perspektif yang sama dengan bahasa Belanda. Bahasa Melayu juga dianggap mempunyai penanda kata kerja seperti bahasa Belanda. Berdasarkan jadual-jadual yang dipaparkan dalam bukunya Spareck ende woord-boeck, Fredrick Houtman cuba menunjukkan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu juga boleh dijadikan penanda kala. Makalah ini membincangkan jadual konjugasi Frederick Houtman dengan memberi tumpuan terhadap aspek kala dari perspektif sejarah linguistik. Model Climate of Opinion Koerner akan digunakan untuk menghuraikan aspek kala tersebut. Dapatan memperlihatkan bahawa pemaparan jadual konjugasi tersebut adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada abad ketujuh belas. Pada abad ini penulis nahu memberi penekanan kepada aspek konjugasi disebabkan oleh pengaruh daripada bahasa Latin. Penulisan ini juga sejajar dengan perkembangan penulisan nahu di dunia, atau dengan lain perkataan penulisan ini adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada masa itu. Oleh sebab bahasa Latin adalah lingua academica pada waktu itu, maka pengaruhnya tidak dapat dielakkan. Justeru ini menjadikan bahasa Melayu sejajar dengan bahasa lain di dunia, terutama bahasa Latin sebab Latin bermakna nahu

    Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook

    Get PDF
    Kajian ini meneliti fungsi komunikasi melalui lakuan tutur yang disampaikan oleh pengguna media sosial melalui ruangan/aktiviti kemas kini status (update status). Kajian ini memfokuskan kepada media sosial iaitu facebook dengan anggapan medium ini merupakan rangkaian sosial secara online yang paling popular dalam kalangan pengguna media sosial. Dalam media sosial, ruangan dan pengemaskinian status aktiviti harian dianggap sebagai rutin oleh individu untuk berkomunikasi dengan jaringan sosial mereka. Ruang status dianggap sebagai jurnal personal yang mana individu merakamkan apa sahaja aktiviti, peristiwa dan pengalaman yang berlaku kepada mereka dan persekitaran mereka pada setiap hari. Dengan berbuat demikian, individu akan menggunakan pelbagai jenis lakuan bahasa. Maka konteks bagi aktiviti pengemaskinian status adalah forum rangkaian sosial dan aktiviti menulis serta mengemas kini status merupakan satu lakuan sosial (social action) yang menggunakan bahasa bagi melaksanakan sesuatu lakuan. Bahasa yang digunakan untuk mengungkap pelbagai emosi dan perasaan, memulakan perbahasan atau menghina seseorang merupakan lakuan tutur iaitu ujaran digunakan untuk melakukan sesuatu. Justeru, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil sampel ā€˜posting statusā€™ dan analisis berdasarkan kerangka lakuan tutur Searle (1969). Kajian ini mendapati status yang dihantar bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tutur namun kebanyakan status menunjukkan kategori gabungan beberapa lakuan tutur dalam satu status. Kategori lakuan tutur yang ditemui dalam ruangan status facebook ialah representatif, ekspresif dan direktif. Kajian ini menunjukkan bahawa apa sahaja status yang dihantar sama ada dalam bentuk penyataan, berita, petikan atau jenaka adalah juga memperlihatkan suatu lakuan tutur yang hendak disampaikan dan dikongsi bersama dalam rangkaian sosial mereka

    Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah

    Get PDF
    Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelbagai lakuan bahasa digunakan oleh guru pelatih untuk menyampaikan isi pelajaran. Antara lakuan bahasa yang kerap digunakan dalam kalangan guru pelatih sewaktu mengajar ialah lakuan bahasa direktif. Lakuan bahasa direktif ialah ujaran yang digunakan membuat si pendengar melakukan sesuatu. Sehubungan itu, kajian ini meneliti bentuk lakuan bahasa direktif guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam komunikasi di bilik darjah sewaktu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian secara kualitatif ini menggunakan teknik rakaman melibatkan tiga orang guru pelatih tahun akhir IPGM sebagai responden kajian. Ujaran lakuan bahasa direktif telah ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan teori lakuan pertuturan dan komunikasi oleh Bach dan Harnish (1979). Kajian menunjukkan ujaran direktif responden terdiri daripada subkategori lakuan bahasa direktif permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif dan nasihat. Kajian ini juga mendapati, dalam subkategori lakuan bahasa direktif, ujaran direktif berbentuk keperluan yang terdiri daripada ayat suruhan paling kerap diujarkan oleh guru pelatih. Hal ini kerana direktif keperluan dapat menyerlahkan kewibawaan dan ketegasan si penutur kepada pihak pendengar. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa guru pelatih IPGM mempunyai kecekapan pragmatik dalam komunikasi di bilik darjah terutama sewaktu memberikan arahan kepada murid

    Dieksis sosial dalam interaksi masyarakat Melayu Kedah

    Get PDF
    Penggunaan kata aku, saya, kamu, engkau, dia, mereka dan awak adalah salah satu aspek deiksis sosial yang secara umumnya bermaksud pemilihan dan penggunaan kata nama yang bersesuaian bagi merujuk seseorang atau diri sendiri. Deiksis sosial sebahagiannya dibina melalui elemen deiksis orang. Justeru makalah ini bertujuan untuk menjelaskan dieksis sosial dalam interaksi yang berlaku dalam masyarakat Melayu Kedah khususnya di Kampung Kubang Lintah, mukim Lepai, daerah Kota Setar (DKKS). Pengumpulan data kajian ini adalah secara rakaman perbualan yang berlaku spontan. Informan merupakan penutur dialek Kedah. Kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif mengikut kerangka analisis deiksis seperti yang dikemukakan oleh Huang (2014). Kajian ini menunjukkan dieksis social berkait rapat dengan dieksis perorangan yang diungkapkan melalui kata ganti nama diri. Keperihalan keadaan seperti intonasi, keadaan peserta deiksis, matlamat pengucapan dan sebagainya merupakan rujukan yang terpenting yang dilihat antara sumbangan pembentukkan struktur dan makna kepada sesebuah elemen diektik yang diinterpretasikan. Implikasinya, DKKS yang merupakan subdialek Kedah dilihat mempamerkan elemen pemakaian deiksis yang tersendiri yang bukan sahaja cenderung dibina melalui bahasanya tetapi juga melibatkan konseptual yang lebih meluas. Hasil analisis membuktikan setiap penutur deiksis memainkan peranan sebagai penyumbang seperti mana yang diilustrasikan melalui pengujaran yang terhasil

    Pengaruh Sistem Keuangan Desa Dan Sistem Pengendalian Intern Terhadap Akuntabilitas Pengelolaan Dana Desa

    Get PDF
    The purpose of this study was to determine the effect of the village financial system and internal control system on the accountability of managing village funds in the districts of Bilihu and Gorontalo. This research involved village heads, village secretaries, hamlet heads, BPD, youth leaders, and community leaders, totaling 113 respondents. Descriptive analysis, a structural equation model (SEM), and AMOS 24.0 were used in this study. This quantitative research combines primary data obtained through observation, interviews, questionnaires, and pictures. The results of the study found that the village financial system and the government's internal control system both had a positive and significant effect on the accountability of village financial management in villages throughout Biluhu District, Gorontalo Regency. Keywords : Village financial system, Internal Control System, Fund Management Accountability &nbsp

    Kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu: persepsi dan harapan mahasiswa

    Get PDF
    Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam bidang kajian linguistik Melayu. Walau bagaimanapun perkembangan mutakhir telah mencetuskan cabaran kepada bidang pengajian ini dari kerelevanan dan sumbangannya. Antara persoalan yang timbul, ā€œAdakah pengajian bahasa Melayu pada masa ini mampu menyerlahkan kebitaraannya dari segi pengisian ilmu dan prospek kerjaya kepada mahasiswa?ā€ Sehubungan itu, satu kajian dijalankan dengan tujuan untuk meneliti apakah persepsi dan harapan mahasiswa terhadap kualiti ilmu dan potensi bidang pengajian bahasa Melayu. Soal selidik dijalankan ke atas 155 responden yang mengikuti Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menunjukkan persepsi yang positif atau keyakinan yang tinggi terhadap kualiti ilmu yang ditawarkan oleh program ini. Hal ini menunjukkan potensi kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu sebagai program bidang linguistik yang mampu menyediakan mereka dengan kepakaran dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun dari aspek harapan, dapatan kajian menunjukkan bahawa harapan responden terhadap prospek kerjaya yang berkaitan bidang linguistik Melayu adalah rendah pada tahap pengajian Tahun 3. Justeru, usaha di peringkat program dan juga kalangan mahasiswa dalam menangani cabaran ini harus dipertingkatkan bagi menjamin kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu, sesuai dengan perkembangan semasa dan prospek bidang ini yang sebenarnya amat luas dan tanpa sempadan

    Effect of phosphorus and potassium on the growth and yield of French bean

    Get PDF
    An experiment was conducted at the Agronomy Field Laboratory of the Department of Agronomy, Bangladesh Agricultural University, Mymensingh to investigate the yield response of French bean (Phaseolus vulgaris L.) as affected by phosphorus and potassium management. The experiment consisted of two factors. Factor A: Phosphorus fertilizer (4 levels) viz. P1=15Kg P ha-1, P2=20 Kg P ha-1 and P3=25 Kg P ha-1 , P4=35 Kg P ha-1 and factor B: Potassium fertilizer (4 levels) viz. K1=0 Kg K ha-1, K2=20 Kg K ha-1, K3=30 Kg K ha-1 and K4=40 Kg K ha-1. The variety BARI Jharsheem-3 was used in this experiment as the test crop. The experiment was laid out in a randomized complete block design (RCBD) with three replications. In case of phosphorus @ 25 kg ha-1  the highest number of pods plant-1 (4.96), pod length (13.34 cm), number of seeds pod-1 (4.54), weight of 1000-seed (431.21 g), seed yield (1.33 t ha-1), stover yield (1.53 t ha-1), biological yield (2.86 t ha-1) and harvest index 46.50%  were found. In case of potassium @ 40 kg ha-1, he highest number of pods plant-1 (5.80), pod length (14.89 cm), number of seeds pod-1 (4.24), weight of 1000-seed (430.37 g), seed yield (1.53 t ha-1 ), stover yield (1.46 t ha-1 ), biological yield (2.99 t ha-1) and harvest index 51.17% were found. Interaction effect of phosphorus and potassium the highest  number of pods plant-1 (5.18), pod length (13.40 cm), number of seeds pod-1 (4.30), weight of 1000-seed (430.53 g), seed yield (1.40 t ha-1 ), stover yield (1.60 t ha-1 ), biological yield (3.00 t ha-1 ) and harvest index 46.66% were recorded from P @ 25 kg ha-1 and K @ 40 kg ha-1. However, from the study it can be concluded that application of P @ 25 kg ha-1 and K @ 40 kg ha-1 was the most suitable combination for better yield of French bean

    Essence of ā€˜Tekatā€™ in Sculpture

    Get PDF
    This project aims to discover the essential element of Tekat that expands into the creation of sculpture. This artwork's valuable visual data and accompanying literature have been highlighted. The researcher employed paper mache and weaving techniques in this study to create unique artwork. In particular, paper mache and weaving techniques were used to visualise Tekat's essence. Additionally, the findings from this project will be used to create a collection of sculptures that capture the soul of Tekat. This project demonstrates how the craft of paper mache and weaving sculptures represent the essence of tekat. Keywords: Ā Tekat, Paper Mache, Sculpture eISSN: 2398-4287 Ā© 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by E-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open-access article under the CCĀ  BY-NC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer-review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behavior Researchers), ABRA (Association of Behavioral Researchers on Asians), and cE-Bs (Centre for Environment-Behavior Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI: https://doi.org/10.21834/ebpj.v7iSI9.395

    Pemerolehan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun

    Get PDF
    Bidang pemerolehan bahasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemerolehan sintaksis, pemerolehan semantik dan pemerolehan fonologi. Kajian ini membincangkan aspek pemerolehan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak Melayu dengan menggunakan pendekatan Teori Mentalis. Kajian sebelum ini mendapati bahawa jenis ayat yang paling banyak dipertuturkan oleh kanak-kanak ialah ayat penyata berbanding ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Justeru, kajian ini akan membincangkan pemerolehan aspek sintaksis dengan memberi tumpuan kepada jenis dan pola ayat bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan di Tadika Tunas Permata, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Untuk mendapatkan data pengkaji menggunakan seorang responden, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Data kajian diperoleh melalui akviti mewarna dan aktiviti bercerita. Dalam aktiviti bercerita, pengkaji akan menunjukkan sekeping gambar dan meminta responden bercerita berdasarkan gambar tersebut. Manakala dalam aktiviti mewarna, responden diminta bercerita sambil melakukan aktiviti mewarna. Pengkaji menggunakan kaedah rakaman dengan menggunakan telefon pintar. Tahap penguasaan sintaksis kanak-kanak juga akan diukur menggunakan Min Panjang Ujaran (MPU). Hasil kajian mendapati bahawa jenis ayat penyata paling banyak digunakan oleh kanak-kanak semasa usia lima tahun berbanding ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Hal ini bermakna kecenderungan kanak-kanak menghasilkan ayat penyata dan diikuti dengan ayat lain menunjukkan tahap pemerolehan bahasa selari dengan peringkat perkembangan diri kanak-kanak yang berusia lima tahun berdasarkan Teori Mentalis. Kanak-kanak berusia lima tahun ini juga berkebolehan untuk menghasilkan ayat dasar mengikut pola-polanya dan juga ayat majmuk. Penghasilan pola ayat dasar dilihat lebih tinggi berbanding pola ayat majmuk
    • ā€¦
    corecore