2 research outputs found

    Skytider™

    Get PDF
    Skytider™ is a tool designed to facilitate the installation of buntings as compared to the existing method, which requires a ladder for climbing and the use of sizable manpower. Skytider™ applies an eco-friendly approach by replacing wires with cable ties. The use of wires during the usual way of bunting installation results in discarded wires that may rust the pole lights after the buntings are uninstalled from the pole. Skytider™ allows for installation without the need for individuals to climb and twist wires. Most importantly, it helps avoid the risk of an accident

    SkytiderTM mengatasi kesukaran memasang dan menurunkan gegantung outdoor (SkytiderTM - overcomes the difficultness of installing and lowering the outdoor bunting) / Asrizam Esam … [et al.]

    Get PDF
    Gegantung atau kain panji merupakan medium untuk mempromosikan iklan atau program yang banyak digunakan di Universiti Putra Malaysia setiap kali sesuatu program dijalankan. Terdapat dua jenis gegantung yang biasa digunakan iaitu gegantung indoor dan gegantung outdoor. Gegantung outdoor adalah gegantung yang dipasang di luar bangunan dan kebiasaannya digantung pada tiang lampu, pagar atau tempat penggantung khas yang dibina. Pemasangan gegantung outdoor kebiasaannya dipasang pada tiang lampu di sekitar UPM. Masalah yang sering dihadapi semasa memasang dan menurunkan gegantung outdoor pada tiang lampu adalah dari segi kaedah pemasangan dan penurunan, bilangan tenaga kerja yang ramai diperlukan, tempoh masa lama yang diperlukan dan tahap keselamatan pemasang yang berisiko ketika kerja pemasangan gegantung outdoor dijalankan. Kesukaran ini menyebabkan UPM menggunakan perkhidmatan kontraktor luar bagi kerja pemasangan setiap kali program dijalankan. Kesukaran ini juga turut dihadapi oleh universiti/institusi yang lain termasuk pihak syarikat kontraktor yang menjalankan kerja pemasangan gegantung outdoor. Masalah berjaya diatasi dengan beberapa inisiatif yang dikenalpasti iaitu melalui pelaksanaan Program Bebas Dawai, penambahbaikan panduan pemasangan gegantung (Bunting Standard Operating Procedure) di peringkat UPM dan penghasilan inovasi baharu SkytiderTM, iaitu alat yang dapat memudahkan proses pemasangan dan penurunan gegantung outdoor tanpa penggunaan tangga, mempercepatkan kerja pemasangan, meningkatkan tahap keselamatan pemasang dan seterusnya menjimatkan kos dengan mengurangkan kebergantungan penggunaan kontraktor luar. Hasil ciptaan alat SkytiderTM ini telah memperoleh perlindungan reka bentuk perindustrian, cap dagangan dan hakcipta. SkytiderTM telah diguna pakai di Kampus UPM Serdang Selangor, Bintulu Sarawak dan Port Dickson Negeri Sembilan
    corecore