41 research outputs found

    Wahdat al-Wujud dan kewalian menurut Said Nursi menerusi karyanya Risale-i Nur

    Get PDF
    Wahdat al-Wujud dan kewalian adalah di antara beberapa isu penting yang berkaitan dengan tasawuf dan tarekat. Ketika Islam semakin tersebar ke seluruh penjuru dunia cabaran terhadap kemurnian ajaran Islam pun semakin besar ketika ia bercampur dengan budaya setempat dan semakin dangkalnya pemahaman umat terhadap Islam. Dalam suasana seperti ini muncul Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960M) seorang mujaddid (pembaharu) dari Turki yang berusaha membetulkan pemahaman terhadap isu tersebut dengan mengajak umat Islam berpedoman kepada al-Quran dan hadis dalam segala amalan, keyakinan dan ibadah harian mereka. Kajian ini menjelaskan pandangan Said Nursi terhadap wahdat al-Wujud dan kewalian sesuai dengan panduan syariah Islam menerusi karya agungnya Risale-i Nur. Kajian memaparkan pendekatan Said Nursi yang moderat dalam membetulkan pemahaman terhadap konsep wahdat al-Wujud dan kewalian secara ilmiah dan penuh hikmah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen kajian kepustakaan terhadap Risale-i Nur dan juga kajian perbandingan dengan pemikiran ulama tasawuf lain sama ada ulama terdahulu mahupun ulama semasa. Hasil kajian ini mendapati bahawa Said Nursi menilai fahaman wahdat al-Wujud dan kewalian secara seimbang disertai dengan kritikan yang membina. Beliau tidak menyalahkan atau mendakwanya sebagai satu ajaran songsang atau pemikiran yang menyimpang sebaliknya beliau memberikan konsep dan pemahaman yang betul sesuai dengan al- Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

    Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah

    Get PDF
    Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam

    The Role of Amateur Observatories in Falak Education in Malaysia

    Get PDF
    This article discusses the history and role of amateur observatories in Malaysia. To date, there are eight official observatories in Malaysia, excluding hilal sighting stations and amateur observatories. Nonetheless, studies on observatory, especially on amateur ones, are limited. Therefore, this study is undertaken to take a closer look at the history of amateur observatory development in Malaysia. In addition, this article also discusses the role that amateur observatories play in the aspect of falak education in Malaysia. This study completely used a qualitative approach based on primary and secondary sources via the method of document analysis, interviews and observation. Results found that there are several amateur observatories which are privately built in Malaysia, among which are Dr. Rowi鈥檚 Mini Observatory and Shahgazer Observatory. Both observatories are owned by amateur falak enthusiasts and play the role as a venue for falak education, especially in the field of astrophotography. Indirectly, the existence of amateur observatories can help the advancement of the science of falak in Malaysia, simultaneously re-living the glory of Islamic civilization. DOI: 10.5901/mjss.2014.v5n29p4

    Balai cerap astrofiqh di Malaysia: kesinambungan ilmu falak syarie dari Asia Barat

    Get PDF
    Balai cerap Astrofiqh dalam konteks Malaysia ialah balai cerap astronomi yang diurus tadbir oleh kerajaan dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendidikan ilmu falak dan penentuan ibadah umat Islam dan takwim di Malaysia. Kebanyakan elemen dan aplikasi falak dalam ibadah di dalam balai cerap tersebut berasaskan ilmu falak syarie yang dipindahkan daripada Asia Barat oleh para ulama Melayu. Ini menjadikan ia berbeza dengan balai cerap astronomi biasa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kewujudan balai cerap astrofiqh ini di Malaysia di sudut sejarah, perkembangan dan nilai-nilai yang menggambarkan bahawa ia adalah kesinambungan ilmu Falak Syarie daripada Asia Barat . Kajian ini juga melihat sepintas lalu beberapa nama penting dari kalangan alim ulama yang pernah menyumbang dalam kesinambungan ini di samping mengenal pasti beberapa peralatan falak yang terdapat di balai cerap tersebut sebagai bukti. Kajian perpustakaan, pengumpulan data, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini, di mana kitab turath dan moden telah dirujuk untuk mendapatkan bahan. Pemerhatian dan temu bual telah dibuat dengan cara lawatan terus ke balai cerap untuk memastikan kewujudan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai kesinambungan ilmu falak daripada Asia barat di balai cerap tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia adalah legasi ilmu falak dari Asia Barat yang telah dimulakan oleh ulama Melayu. Penglibatan mereka dalam bidang ini telah mengilhamkan kewujudan balai-balai cerap Astrofiqh tersebut sekali gus meninggalkan kesan dan nilai Asia Barat seperti penamaan dan peralatan falak tradisi yang masih dipelajari sehingga ke hari ini

    Functions of Astrofiqh Observatories in Malaysia in Solving Astrofiqh Issues

    Get PDF
    This article discusses the role of astrofiqh observatories in Malaysia in solving current issues concerning the astrofiqh field. Astrofiqh observatories also play the role of managing affairs of Muslim rituals related to falak (astronomy). Fewer studies have been done on astrofiqh observatories as compared to other Islamic institutions such as mosques and Islamic schools. Hence, this study is carried out with the aim of analyzing the role of astrofiqh observatories in Malaysia in solving current astrofiqh issues. In addition, this study also indirectly deliberates the history of existence and development of the observatories. This study employed a qualitative approach based on primary and secondary sources through the method of document analysis, interviews and observations. Results of the study found that there are five astrofiqh observatories in Malaysia which function as official sites for crescent or hilal sighting, research centers, education institutions and tourism destinations, simultaneously playing the role of solving current astrofiqh issues related to Muslims. The astrofiqh observatory institutions in Malaysia also give the Muslim community the exposure to understanding Islamic astronomy holistically. DOI: 10.5901/mjss.2015.v6n1s1p11

    Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut Syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah

    Get PDF
    Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam

    Impak migrasi pelarian Muslim Filipina terhadap survival politik Muslim Sabah (1963-2013)

    Get PDF
    Migrasi pelarian Filipina di Sabah bukan suatu isu baharu. Seperti mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lain, pelarian Filipina turut dikaitkan memberi kesan negatif terhadap politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Terdapat banyak kajian yang membahaskan ancaman kumpulan tersebut terhadap hal-ehwal politik Sabah. Bagaimanapun, kurang kajian yang melihat impak kedatangan mereka dari sisi pandang agama. Oleh itu, artikel ini akan membahaskan mengenai impak kebanjiran pelarian Filipina yang majoritinya beragama Islam terhadap survival politik Muslim Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati bahawa migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah secara tidak langsung telah mengubah populasi Islam daripada minoriti kepada majoriti. Ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penyokong sekali gus membantu survival kepimpinan orangorang Islam dalam politik Sabah. Artikel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian-kajian migrasi dari sisi pandang agama pada masa akan datang

    Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah

    Get PDF
    Migrasi bukanlah suatu fenomena baharu di Sabah. Sebelum zaman penjajahan lagi sehinggalah selepas kemerdekaan Sabah, arus migrasi terus berlaku dan tidak mempunyai tanda berhenti. Terdapat banyak kajian telah dijalankan berkenaan fenomena migrasi di Sabah. Kesan mahupun impak migrasi merupakan topik yang sering menjadi tumpuan para pengkaji. Bagaimanapun kurang kajian migrasi dari sisi pandang agama. Oleh itu, kertas kerja ini akan membahaskan berhubung impak migrasi etnik dominan Islam terhadap pembentukan masyarakat majmuk Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa migrasi etnik dominan Islam daripada Filipina dan Indonesia bukan sahaja membentuk kepelbagaian etnik Islam, malah menjadikan Islam sebagai kumpulan majoriti dianuti di Sabah. Sekali gus memberi impak yang besar apabila Islam menjadi agama rasmi negeri Sabah. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian migrasi dari perspektif agama di Malaysia amnya dan Sabah khususnya pada masa akan datang

    Penghijrahan manusia dari perspektif Islam

    Get PDF
    Penghijrahan manusia hakikatnya telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Penghijrahan dalam Islam bukan sahaja berbentuk lahiriah iaitu perpindahan fizikal dari satu negara ke negara yang lain, namun disertai dengan perpindahan batiniah iaitu dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya serta beralih daripada sifat-sifat tercela kepada sifat-sifat terpuji. Seiring dengan peredaran zaman, bentuk dan matlamat penghijrahan manusia turut berubah. Penghijrahan kini dominan berlaku atas faktor mempertingkatkan taraf ekonomi individu, keluarga dan negara. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan semula hukumhakam penghijrahan dari sisi pandang Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa hukum penghijrahan terbahagi kepada wajib, sunat, harus dan haram. Hukum tersebut berbeza mengikut tempat dan kondisi yang berlaku. Penghijrahan juga merupakan satu ibadah kepada Allah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas kepada-Nya. Hukum-hukum tersebut terpakai sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan agar aktiviti penghijrahan tidak berpaksikan kepada tuntutan lahiriah semata-mata tetapi disertai dengan tuntutan batiniah
    corecore