Impak migrasi pelarian Muslim Filipina terhadap survival politik Muslim Sabah (1963-2013)

Abstract

Migrasi pelarian Filipina di Sabah bukan suatu isu baharu. Seperti mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lain, pelarian Filipina turut dikaitkan memberi kesan negatif terhadap politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Terdapat banyak kajian yang membahaskan ancaman kumpulan tersebut terhadap hal-ehwal politik Sabah. Bagaimanapun, kurang kajian yang melihat impak kedatangan mereka dari sisi pandang agama. Oleh itu, artikel ini akan membahaskan mengenai impak kebanjiran pelarian Filipina yang majoritinya beragama Islam terhadap survival politik Muslim Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati bahawa migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah secara tidak langsung telah mengubah populasi Islam daripada minoriti kepada majoriti. Ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penyokong sekali gus membantu survival kepimpinan orangorang Islam dalam politik Sabah. Artikel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian-kajian migrasi dari sisi pandang agama pada masa akan datang

    Similar works