6 research outputs found

    Retorik pemerian dalam ceramah agama

    Get PDF
    Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak

    Retorik pemerian dalam ceramah agama

    Get PDF
    Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak

    Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil

    Get PDF
    Sikap murid-murid dalam pembelajaran bahasa kedua didapati mempengaruhi proses pembelajaran bahasa tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid-murid terhadap ‘Pembelajaran Bahasa Kedua’ iaitu, Pembelajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai Bahasa Kedua (B2) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam (SJKT BM), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini akan merangkumi sikap murid terhadap pembelajaran bahasa kedua iaitu ‘Bahasa Melayu’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian BM murid-murid SJKT BM dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013; meninjau sikap murid-murid terhadap pembelajaran BM Bahasa Kedua di SJKT BM dari aspek kognitif, afektif dan konatif; serta mengenal pasti dan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap positif dan negatif murid-murid terhadap pembelajaran BM sebagai B2. Kajian ini adalah kajian kuantitatif secara ringkas dan kualitatif yang melibatkan seramai 87 orang murid SJKT BM, Pulau Pinang yang telah menduduki UPSR pada tahun 2013. Data kajian adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR bagi mata pelajaran BM sahaja. Dari segi kognitif, didapati bahawa kesemua murid menyatakan kepentingan dan kesedaran BM. Terdapat juga murid-murid yang gagal dalam pembelajaran bahasa kedua ini, walaupun mereka memberi keutamaan kepada bahasa tersebut. Hal ini bergantung kepada tahap pembelajaran dan pengalaman lampau mereka. Manakala, dari aspek afektif pula semua pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran bahasa kedua ini. Hanya murid-murid yang lemah dan belajar di kelas terakhir sahaja, rasa kurang selesa dengan pembahagian kelas secara kaedah ‘streaming’ berdasarkan keputusan ‘Ujian Diagnosis’(UG) yang diadakan pada awal tahun. Di samping itu, murid-murid turut menonjolkan kesungguhan dalam pembelajaran bahasa kedua dari aspek konatif. Malah, mereka memperlihatkan keinginan mereka untuk terus mengukuhkan pembelajaran bahasa kedua di sekolah menengah nanti. Kajian ini merumuskan supaya kaedah pembelajaran bahasa kedua, iaitu BM yang dipraktikkan perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid sekolah rendah, terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Malaysia. Langkah ini pasti akan menjanjikan tahap prestasi yang tinggi dalam pembelajaran bahasa kedua kelak di SJKT

    Personaliti sebagai faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing

    Get PDF
    Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat hubungan faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Pengkaji berminat untuk mengupas personaliti warna sebagai faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan personaliti pelajar-pelajar asing dipengaruhi oleh warna hijau, merah dan kuning yang menunjukkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk berjaya dan menguasai bahasa kedua yang dipelajarinya. Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar dari 27 buah negara yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia (UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

    Retorik dalam ceramah agama Kazim Elias

    Get PDF
    Retorik merupakan seni atau kepandaian berkomunikasi yang berkesan dari aspek pemikiran dan wacana kerana retorik berfungsi sebagai salah satu bentuk komunikasi berbahasa. Seorang penceramah dianggap mahir apabila mempunyai keterampilan berbahasa, iaitu mampu menggunakan bahasa secara berkesan sama ada dalam pengucapan mahupun penulisan. Penggunaan retorik yang berkesan mampu untuk mengubah pendirian seseorang dan membuka hati serta minda seseorang untuk menerima apa yang disampaikan. Kajian ini merupakan penelitian secara tekstual terhadap ceramah agama Ustaz Kazim Elias dalam rancangan Kalau Dah Jodoh Siri 1 yang disiarkan di Astro Aosis. Rancangan ini mempunyai 13 tajuk, namun begitu dalam kajian ini pengkaji hanya memilih tujuh buah tajuk sahaja sebagai bahan kajian.Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik, gaya retorik dan struktur retorik yang terdapat dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Kajian ini menggunakan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis kandungan ceramah agama tersebut. Kajian mendapati ceramah agama Ustaz Kazim Elias berkesan dan berjaya mendapat tarikan khalayak kerana terdapat penggunaan unsur retorik dalam penyampaiannya. Ini membuktikan bahawa setiap penceramah perlu memasukkan unsur retorik dalam ceramah bagi menjelaskan lagi mesej ceramah yang ingin disampaikan
    corecore