53 research outputs found

    Ciri-ciri guru Pendidikan Islam Profesional (GPI) berasaskan riadhah ruhiyyah menurut pandangan al-Ghazali: analisis kandungan bab adab terhadap guru dalam Kitab Ihya Ulum Al-Din

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan kitab Ihya’ Ulum al-Din karangan Al-Ghazali bagi mendapatkan maklumat berhubung konsep dan ciri-ciri guru Pendidikan Islam (GPI) profesional berasaskan ‘riadhah ruhiyyah’. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mendapatkan data berhubung atribut profesional tersebut. Sampel kajian adalah kitab Ihya’ Ulum al-Din Jilid 1 yang diterbitkan tanpa tahun oleh Dar al-Ma’rifah di Beirut. Unit analisis dalam kandungan kitab yang dikaji mengkhusus kepada bahagian kelima kitab berkaitan adab guru dan pelajar. Dapatan kajian mendapati ciri-ciri guru profesional berasaskan ‘riadhah ruhiyyah’ yang diekstrak dari kandungan kitab berkenaan adalah merangkumi dimensi hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat serta hubungan dengan pelajar

    Ethnic Relation Across Religion and Culture in Schools: A Narrative Research

    Get PDF
    Malaysia is a nation of multi-racial society in Peninsular Malaysia, Sabah dan Sarawak. Multiracialism in Malaysia requires a harmonious form of ethnic relations to ensure the nation’s solidarity. Therefore, ethnic relations across religion and culture among students is imperative as it is the core that shapes the concept of cultural unity at the preliminary schooling phase. However, previous studies have shown ethnic relations among school students from different religions and cultures to be distant dan unfriendly. This was due to suspicion, ethnocentrism and polarization among others. The objective of this study focuses on the ethnic relations across religion and culture among students in a few secondary schools in the district of Kudat, Sabah. Qualitative method with narrative research data collection was adopted by interviewing 12 experienced teachers as the research informants. Narrative research describes the process of collecting and analyzing stories people are telling about their experiences. The findings indicated excellent ethnic relations across religion and culture among the students. These findings explain the needs to sustain this form of harmonious relationship because it represents the situation for the future Malaysian generations in their efforts to consistently maintain the existing ethnic relations. This study is also imperative because harmonious ethnic relations across religion and culture among students in Sabah can be used as a platform to formulate an effective ethnic relations model that crosses religion and culture within the Malaysian contexts

    Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Sebagai Medium Pembentukan Toleransi Etnik di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    Get PDF
    Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITAS ditawarkan sebagai kursus wajib di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendedahkan para mahasiswa tentang sejarah perkembangan ketamadunan dunia dan Nusantara. Ia seterusnya bertujuan mewujudkan toleransi etnik di kalangan mahasiswa dalam kepelbagaian yang ada bersesuaian dengan konteks Malaysia yang berbilang kaum, etnik dan agama. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kursus TITAS di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai medium pembentukan toleransi etnik serta mengenalpasti keperluan kursus TITAS diteruskan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS sebagai kursus liberal. Kaedah tinjauan menerusi borang soal selidik diadaptasi bagi menjawab objektif kajian dengan penglibatan seramai 475 orang mahasiswa yang telah mengambil kursus TITAS semasa berada pada tahun pertama pengajian. Dapatan kajian diperihalkan secara deskriptif dan kajian ini mencadangkan agar penawaran kursus TITAS diteruskan di PPIB, UMS bagi melestarikan sumbangan TITAS sebagai medium pembentukan toleransi etnik dalam kalangan mahasiswa

    Aplikasi Teknik NGT (Nominal Group Technique-Teknik Kumpulan Nominal) dalam penilaian elemen model pembangunan profesionalisme pengurusan Pendidikan Islam

    Get PDF
    This article discussing about Nominal Group Technique (NGT) in assessment of an Islamic Education teaching professionalism model. The objective is to determine to what extent this technique can adopted in assessing the elements of the main component of themodel. This technique was conducted in final phase of researcher’s research about the development of an Islamic education teaching professionalism model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ to identify the usability of that model. The findings show this technique can help the researcher to gain the data in simple and fastest way becausethe usability of the model can acquire directly from the items percentage score

    Analisis kandungan standard profesionalisme keguruan: Cadangan implimentasi Standard Keguruan Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’

    Get PDF
    Kajian ini adalah analisis kandungan standard guru di Malaysia dan beberapa negara lain. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kandungan standard guru ini dan mencadangkan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berdasarkan ‘Riadhah Ruhiyyah’ sebagai salah satu elemen dalam standard guru di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) dan pelbagai standard guru dari negara lain yang diakses dalam talian sebagai instrumen dalam kajian ini. Dari tinjauan ini, piawaian guru Pendidikan Islam yang berpusat pada Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berdasarkan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dipastikan sebagai elemen yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam standard guru di Malaysia

    Analisis kandungan standard profesionalisme keguruan : cadangan implimentasi standard keguruan Pendidikan Islam berasaskan ‘RIADHAH RUHIYYAH’

    Get PDF
    This study is an analysis of the contents of the teacher standards in Malaysia and several other countries. The objective of the study was to examine the contents of these teacher standards and propose an Islamic Education Teacher Professionalism Model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ as one of the elements in the teacher standards in Malaysia. This study utilised the content analysis method with the Standard Guru Malaysia (SGM) document and various teacher standards from other countries which were accessed online as instruments in the study. From this review, Islamic Education teacher standards centred on the Islamic Education Teacher Professionalism Model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ were ascertained as viable elements to be incorporated into the teacher standards in Malaysia

    Melestarikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030 Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

    Get PDF
    Kertas kerja ini menerangkan penggunaan media sosial iaitu Facebook Pages dan Instagram dan pembentukkan rubrik penilaian tugasan pelajar bagi kursus DRK3062 (Inovasi dan Reka Cipta). Responden adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Kinabalu semester tiga yang mengikuti kursus DRK3062 Inovasi Dan Reka Cipta. Media Sosial digunakan sebagai alat bantuan mengajar bagi mengatasi masalah semasa yang dihadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya pembentukkan rubrik penilaian tugasan juga dibentuk supaya penilaian lebih tepat dengan hasil kerja dan kreativiti pelajar. Media sosial yang dibangunkan adalah dengan menggunakan Facebook dan Instagram di mana terdapat video dan penerangan yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan. Dengan membangunkan rubrik analitik, pensyarah dapat menganalisis kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar. Kesimpulannya, pelajar memberikan respon positif terhadap penggunaan media sosial dan rubrik yang dibina. Penggunaan internet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah selari dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini seterusnya menyokong transformasi pendidikan di Politeknik

    Content Analysis of Bahasa Melayu Skills in the Malaysian Preschool Curriculum

    Get PDF
    This study aimed to explore contents of Bahasa Melayu skills in the Malaysian preschool curriculum in Speaking and Listening Skill, Reading Skill and Writing Skill. Information obtained through the content analysis method. The National Preschool Curriculum 2001 and the National Preschool Standard Curriculum (Curriculumand Assessment Standard Document (KSPK DSKP 2017 Revision)) for Bahasa Melayu were used to identify the contents of the Bahasa Melayu skills in the preschool curriculum. The results showed that both documents fulfilled the needs of preschool education curriculum, which aimed for students to master language skills effectively. This paper also proposes teachers to prepare effective and fun instructional lessons for their students, which increases teacher’s creativity in designing teaching aids and varying their learning strategies according to the suitability of the students based on the latest KSPK 2017 Revision

    Faktor Penghalang Poligami: Kajian Kes Ke Atas Guru-Guru Lelaki di Daerah Kinabatangan, Sabah

    Get PDF
    Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat

    Naratif adat perkahwinan etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah

    Get PDF
    Etnik Suluk merupakan salah satu dari kelompok etnik yang terdapat di Kudat, Sabah dan memiliki status bumiputera yang diiktiraf sebagai peribumi Sabah. Sama seperti bangsa dan etnik lain, etnik Suluk memiliki keunikan tersendiri yang menggambarkan budaya etnik tersebut. Kajian ini bertujuan untuk membentangkan satu penceritaan secara umum tentang citra etnik Suluk serta adat perkahwinan yang diamalkan oleh mereka. Rekabentuk kajian adalah kualitatif melibatkan kaedah perpustakaan menerusi penelitian ke atas beberapa literatur terpilih serta kaedah temubual dengan 11 orang informan. Dapatan kajian menunjukkan adat perkahwinan etnik Suluk memiliki keunikan tradisi tersendiri. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang etnik Suluk serta adat perkahwinan mereka yang mewarnai corak kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat di Sabah
    • …
    corecore