54 research outputs found

    Managing and mobilising talent in Malaysia: issues, challenges and policy implications for Malaysian universities

    Get PDF
    The future of Malaysia as a high-income and competitive nation largely depends on its pool of highly skilled human capital. Hence, the issue of human capital development has taken centre stage in numerous reform agendas of Malaysia. This paper seeks to provide examples of policy initiatives aimed at facilitating the management of highly educated talent in Malaysia. It subsequently considers the role of higher education institutions, particularly the universities, as attractors, educators and retainers of intellectuals, in shaping talent. In conclusion, we argue that more significant underlying shortcomings of talent development are derived from the still transitional nature of the reforms and incomplete structural changes occurring in the national system, and that a change in mindset is the first necessary step towards nurturing and developing a human resource talent pool

    Daya Tahan dan Motivasi Pembelajaran alam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara daya tahan dengan motivasi pelajar sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan memilih sebuah IPT iaitu KUIM sebagai satu organisasi kajian dan data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian adalah berbentuk kuantitatif yang dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Seramai 278 pelajar KUIM telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok. Daya tahan pelajar telah diukur dengan menggunakan Soal selidik Ketahanan Kendiri (SKD) yang diterjemahkan oleh Amalia et al. (2011) dan motivasi pelajar pula diukur dengan menggunakan Soal selidik Motivated Strategies for Learning (MSLQ) oleh Pintrich et al. (1991). Dapatan kajian mendapati pelajar KUIM memiliki tahap daya tahan dan tahap motivasi yang tinggi sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara daya tahan dengan motivasi pelajar KUIM sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara daya tahan berdasarkan faktor jantina pelajar. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi berdasarkan faktor jantina. Dapatan kajian ini menyokong teori bahawa semakin tinggi tahap daya tahan pelajar, semakin tinggi tahap motivasi mereka. Dapatan kajian ini wajar diambil serius oleh semua pihak khususnya IPT dalam usaha memastikan daya tahan dan motivasi pelajar sentiasa meningkat agar mereka tetap bersemangat menjalani pembelajaran secara dalam talian. Pihak bertanggungjawab juga perlu berganding bahu merangka inisiatif terbaik bagi memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pelajar

    Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelidikan di Lembah Klang semasa pembelajaran dalam talian dijalankan sepanjang pandemik Covid-19. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui soal selidik. Kaedah persampelan rawak bersistematik telah digunakan untuk mendapatkan 242 orang pelajar sarjana dari Fakulti Pendidikan, UKM sebagai sampel kajian. General Health Questionnaire (GHQ-12) digunakan bagi mengukur tahap kesihatan mental pelajar sementara Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) digunakan untuk mengukur tahap motivasi pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar sarjana mempunyai tahap kesihatan mental yang rendah (baik) dan tahap motivasi yang tinggi semasa mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik Covid-19. Hasil kajian turut menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif antara kesihatan mental dan motivasi dalam kalangan pelajar sarjana semasa pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik Covid-19. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi sumbangan kepada pelajar, pensyarah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam memahami kepentingan menjaga kesihatan mental yang baik semasa pandemik. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa komunikasi yang lebih luas dan berkesan diperlukan untuk mengurangkan masalah kesihatan mental dan meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar

    Educational Aspirations among First-Generation Students and their Parental Influence towards Pursuing Tertiary Education

    Get PDF
    AbstractThe purpose of this pilot study is to ascertain the level of educational aspiration among first-generation students and the extent of parental influence in the students’ aspirations to pursue tertiary education. A total 71 form four students responded to questionnaires containing aspiration scales and the role of parent's items. The results showed that the level of educational aspirations of first-generation students to pursue studies at higher education institutions is high. The study also showed that parents’ factors influence the first-generation students’ educational aspirations in pursuing tertiary education

    Diverse Learning Styles of Non Formal Adult Learners in Community Colleges in Malaysia

    Get PDF
    AbstractThis paper reports on a study that identifies the learning styles of adult learners in non formal education programs at selected Malaysian community colleges. A survey of 959 adult learners from 14 community colleges was carried out to determine their learning styles using a modified version of Conti's Principles of Adult learning Scales. The data gathered were analyzed descriptively using SPSS packages. Results from the descriptive analysis revealed that the adult learners displayed behaviours of learner-centred and teacher-centred styles. Based on these findings, some strategies for instructors teaching community colleges or other adult students are recommended

    Pembelajaran dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19: Faktor Akses Internet dan Sosioekonomi Terhadap Motivasi Pelajar Kolej Komuniti

    Get PDF
    Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji tahap motivasi berdasarkan akses internet dan faktor sosioekonomi dalam kalangan pelajar di sebuah kolej komuniti yang terletak di Pahang. Pengkaji melihat empat objektif utama iaitu mengenal pasti tahap motivasi pelajar, perbezaan tahap motivasi berdasarkan faktor jantina, tahap kelajuan internet dan tahap sosioekonomi. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian (google form) sebagai instrumen bagi memperoleh data berbentuk kuantitatif. Kajian ini mengadaptasi instrumen Motivation Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) oleh Paul Pintrich et al. (1991) bagi mengukur tahap motivasi responden. Selain itu, data demografi berkaitan sosioekonomi dan akses terhadap Internet turut dikumpulkan. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan seramai 127 orang pelajar kolej komuniti telah dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian mendapati motivasi pelajar berada pada tahap tinggi semasa pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik. Analisis ujian t bagi tahap motivasi berdasarkan jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan di mana motivasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi pelajar berdasarkan pencapaian akademik, kelajuan internet dan tahap pendapatan keluarga. Manakala, tahap motivasi berdasarkan jenis pekerjaan bapa dan ibu menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pensyarah dan pihak pengurusan kolej komuniti untuk memastikan keperluan asas pembelajaran pelajar diberikan perhatian bagi memastikan proses pembelajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan berkesan

    Faktor ibu bapa dalam kecemerlangan akademik pelajar pekak: Kajian kes retrospektif

    Get PDF
    The purpose of this retrospective case study is to understand how family factors have contributed to the academic excellence of deaf students. Academic excellence is defined as the deaf student’s success in the public examinations which enabled them to continue their studies at diploma or degree level. Eight deaf students who excelled in their studies, and all the mothers and four fathers of these students participated in this study. Data were gathered by triangulating several methods and sources. Methods used were in-depth interviews, written answers, and document analysis while the informants were parents, deaf students, and documents/memorabilia. In-depth interviews were carried out with the parents and supporting information was gathered in written form from the deaf students and document analysis. Data were processed using verbatim transcript analysis and were analyzed thematically. Findings showed that the deaf students’ academic excellence was due to two factors, that is family and the deaf students themselves. Parental factors that are considered important are parent’s attitudes, parent’s involvement, parent’s expectations, family environment, and family resources. This study has implications for the implementation of better early intervention services, equal opportunities in education for deaf students, and collaborations between agencies involved in providing services

    Perkaitan antara pengurusan masa dan stres dalam kalangan pelajar siswazah di IPTA

    Get PDF
    Pengurusan masa dan pengurusan stres yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar siswazah kerana ianya dapat membantu pelajar mencapai kejayaan semasa menyambung pengajian di universiti. Secara umumnya, kertas ini bertujuan untuk melaporkan tahap pengurusan masa dan stres dalam kalangan 301 pelajar siswazah yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di Fakulti Pendidikan di dua buah institusi pengajian tinggi awam. Data dikumpul menggunakan dua jenis soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan menggunakan ujian-t, regresi dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap pengurusan masa dan stres responden kajian adalah pada tahap sederhana. Hasil ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap pengurusan masa berdasarkan jantina. Pengurusan masa walau bagaimanapun tidak berbeza secara signifikan dengan kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu status perkahwinan dan mod pengajian. Namun, analisis kajian mendapati perbezaan yang signifikan di antara tahap stres dan status perkahwinan tetapi tidak dengan faktor jantina dan mod pengajian. Kajian ini juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap pengurusan masa dengan tahap stres pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penekanan terhadap kemahiran pengurusan masa dan pengurusan stres dalam pembelajaran di universiti di bina agar dapat melahirkan modal insan yang profesional dan berkemahiran tinggi

    Iklim proses organisasi di Institusi Pendidikan Tinggi MARA / Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman and Mohamed Sani Ibrahim

    Get PDF
    Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kesan terhadap prestasi kerja dan hubungan antara individu. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti iklim proses organisasi yang sedia ada di Institusi Pendidikan Tinggi Mara (IPTMa). Sampel seramai 1580 orang daripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan staf sokongan dari 35 buah IPTMa. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan kesemua IPTMa mempunyai iklim proses organisasi yang menyokong pelaksanaan TQM. Selain itu, iklim proses organisasi yang telah memperoleh pengiktirafan ISO iaitu kolej UniKL (ISO) dan IKM(ISO) menyokong pada tahap yang tinggi berbanding dengan institusi lain. Secara keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM merupakan faktor dominan dalam mempengaruhi iklim proses organisasi. Iklim proses organisasi yang menyokong akan mewujudkan pekerja yang produktif tetapi kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan satu petanda yang baik kepada pihak pengurusan IPTMa kerana iklim jenis ini menunjukkan warga IPTMa adalah produktif tetapi kurang berdikari. Implikasi kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM perlu dimantapkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan iklim proses organisasi

    Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid

    Get PDF
    Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan keterlibatan sebagai perantara bagi hubungan antara faktor sokongan pembelajaran dan pencapaian murid. Metodologi - Tinjauan keratan rentas digunakan untuk mengumpul data yang melibatkan keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 800 orang murid yang berumur 16 tahun (lelaki n=400 dan perempuan n=400) dari sekolah menengah kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah Kuala Selangor. Instrumen tinjauan keterlibatan murid di sekolah (The Student Engagement Scale, Lam et al.,2009) merupakan instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data. Analisis inferensi korelasi Pearson dan regresi berganda dijalankan untuk menentukan hubungan dan sumbangan antara pemboleh ubah. Analisis model persamaan berstruktur (SEM) dilaksanakan untuk mengenal pasti peranan keterlibatan sebagai perantara bagi faktor sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid, mengikut gender. Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid merupakan perantara bagi faktor sumbangan sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan. Kepentingan - Hasil kajian ini dapat mengukuhkan teori peranan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian murid, perbezaan gender dalam keterlibatan agar program intervensi dapat ditambahbaik bagi meningkatkan keberhasilan keterlibatan murid
    • …
    corecore