10 research outputs found
Pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor
Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel
kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah
di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan
agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak
berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk
asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf,
khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ
Bimbingan Saudara Baru Melalui Model Pendidikan Berasrama di Asrama Darul Hidayah, Kuala Lumpur
Kajian ini menfokuskan penerapan model pendidikan berasrama kepada saudara baru. Ia merupakan kaedah bimbingan saudara baru yang digunakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Memandangkan saudara baru adalah golongan yang belum kukuh kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Maka, model bimbingan saudara baru berkonsepkan asrama diwujudkan bagi membentuk persekitaran yang bercorak Islami. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep model pendidikan berasrama, mengetahui pelaksanaan model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah dan mengenal pasti nilai-nilai Islam yang wujud dalam model pendidikan berasrama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (kualitatif research). Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan observasi, wawancara dan dokumentasi. Model analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif analisis. Dengan langkah-langkah pengumpulan data, reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diterapkan melalui model pendidikan berasrama mempunyai elemen-elemen pembelajaran, kelaziman, pengembangan diri, keteladanan, menjalin komunikasi dengan para mubaligh (pengajar), penerima nasihat dan perhatian. Elemen-elemen tersebut menyumbang kepada penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti saudara baru dalam aspek ilmu pengetahuan Islam, pengamalannya sekaligus mampu berinteraksi bersama masyarakat dengan baik.Kajian ini menfokuskan penerapan model pendidikan berasrama kepada saudara baru. Ia merupakan kaedah bimbingan saudara baru yang digunakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Memandangkan saudara baru adalah golongan yang belum kukuh kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Maka, model bimbingan saudara baru berkonsepkan asrama diwujudkan bagi membentuk persekitaran yang bercorak Islami. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep model pendidikan berasrama, mengetahui pelaksanaan model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah dan mengenal pasti nilai-nilai Islam yang wujud dalam model pendidikan berasrama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (kualitatif research). Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan observasi, wawancara dan dokumentasi. Model analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif analisis. Dengan langkah-langkah pengumpulan data, reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diterapkan melalui model pendidikan berasrama mempunyai elemen-elemen pembelajaran, kelaziman, pengembangan diri, keteladanan, menjalin komunikasi dengan para mubaligh (pengajar), penerima nasihat dan perhatian. Elemen-elemen tersebut menyumbang kepada penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti saudara baru dalam aspek ilmu pengetahuan Islam, pengamalannya sekaligus mampu berinteraksi bersama masyarakat dengan baik
Muslim Preacher’s persuasive strategy in da’wah communication to indigenous people (Orang Asli) in Selangor / Zulkefli Aini...[et.al]
The process of communication in delivering da’wah messages among the community of indigenous people (Orang Asli) demands da’wah efforts to guide positive changes towards the practice and appreciation of Islamic teachings. Therefore, this article is to identify muslim preacher’s persuasive strategy in da’wah communication to the community of indigenous people in Selangor. By using the theory developed by Achmad Mubarak who discussed persuasive communication from Islamic Da’wah perspective, the study is in fact a qualitative study with a case study design. Data collection was through semi-structured interviews. Some of seven research participants who were purposely selected comprising the Community Development Officers of Indigenous People or Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) and the Revert Preacher Panelist or Panel Dakwah Mualaf (PDM), two representatives from the Association of Welfare and Management Muslim Orang Asli Selangor or Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (PKPI) and al-Khalifah Foundation (Yayasan al-Khalifah) that has involved with preaching the indigenous people community. The data from interviews were analysed using thematic method which included the procedure of making transcription and reduction. The study found that the persuasive strategy of preachers in da’wah communications that took place involved the authority of preachers through the appointment and cooperation with Islamic institutions, the credibility of preachers namely knowledge, intentional preaching, spiritual practices and noble character and the application of indigenous people community changes that consisted of cognitive, behavioral and emotional aspects. Hence, the proponent approach as a strategy in da’wah communication of the indigenous people community can shape the thinking, appreciation and practice of the Islamic teachings willingly. The study, therefore may have implications for the government agencies such as the Department of Islamic Development Malaysia, State Islamic Religious Council and non-governmental organizations as an effort to enhance the effectiveness of da’wah movement among indigenous people communit
Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur
Komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) secara formal atau tidak formal. Pengajian takmir masjid
merupakan salah satu bentuk pengajian tidak formal yang berkonsepkan
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Komunikasi dalam pengajaran
ini lebih ditentukan mengikut mesej agar diterima oleh khalayak sasaran untuk
membantu kefahaman dan penghayatan hidup beragama yang lebih berkualiti.
Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian deskriptif. Dengan menggunakan
metod analisis kandungan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentukbentuk
komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat empat bentuk komunikasi pengajaran yang
digunakan dalam kalangan pengajar-pengajar takmir di Malaysia iaitu berbentuk
komunikasi syarahan, motivasi, tunjuk cara dan berbantukan teks. Dapatan ini
menunjukkan bentuk komunikasi yang digunakan memberikan kesan terhadap
penerimaan pengajaran takmir di institusi masjid
Dakwah kepada golongan muallaf orang asli di Kelantan
Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti dan pendekatan dakwah kepada masyarakat Muallaf Orang Asli di Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut beberapa organisasi dakwah telah dipilih oleh kajian ini seperti Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Islamic Outreach ABIM, Kok Lanas Kelantan (IOA Kelantan) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Kelantan (JHEOA Kelantan). Pengumpulan data melibatkan metode kepustakaan dan lapangan. Manakala penganalisaan data pula menggunakan metode deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh organisasi tersebut terhadap masyarakat Muallaf Orang Asli di Negeri Kelantan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada golongan Muallaf
The Zakat Distribution Management of Majlis Agama Islam Negeri Johor for the Mu’allaf Asnaf
This descriptive study aims to examine the management of zakat recipients mu’allaf in Johor Religious Council (JRC or MAINJ). The instruments used are document’s analysis and questionnaires. The sample consisted of 30 people among the new converts participated in this study and the study area is in the state of Johor. There are two constructs in this study: the perception of a new converts on the management of zakat distribution and the effects of the distribution of zakat to the new converts. The results discovered that the respondents are quite satisfied with the system of zakat distribution in JRC. Holistically, the study concluded that zakat distribution to new converts is very important to be implemented and managed properly for the welfare of the mu’allaf, especially in the affairs of the management of zakat distribution in JRC
Adab Ikhtilaf dalam dakwah Islamiyah
Ikhtilaf merupakan lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan bahkan perlu diuruskan mengikut ketetapan syarak. Dakwah islamiah sangat memerlukan kepada adab Ikhtilaf supaya pelaksanaan dakwah sampai, difahami dan dihayati dalam kehidupan masyarakat Muslim. Antara persoalan yang dikenal pasti dalam penulisan ini ialah adakah dakwah islamiah hari ini menepati kehendak adab Ikhtilaf dan bagaimana penerapan adab Ikhtilaf dalam dakwah? Justeru artikel ini bertujuan mengkaji maksud adab Ikhtilaf terutamanya dalam dakwah islamiah dan mengkaji pendekatan yang perlu dalam menjayakan penyebaran Islam secara menyeluruh. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa masyarakat perlu memahami adab Ikhtilaf dan pemahaman adab Ikhtilaf menjamin kejayaan dakwah pada hari ini. Pendekatan adab Ikhtilaf sangat perlu kepada para pendakwah, pemilihan isi yang tepat, penerapan wasilah semasa dan juga uslub yang bersesuaian
Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor
Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel
kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan
agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak
berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk
asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf,
khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ
Penerimaan pengajian takmir di institusi masjid sebagai pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi pengukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat Muslim
Pengajian takmir di masjid merupakan salah satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah dilaksanakan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 1985. Ia telah memberikan sumbangan yang besar terhadap
pengukuhan kefahamaan Islam dalam masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti penerimaan responden terhadap bahan dan metod pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Sebanyak 30 buah masjid di negeri Selangor sampel telah dipilih dengan
menggunkan kaedah persampelan rawak kluster. Seramai 400 responden telah dipilih di tiga zon daerah masjid kariah
negeri Selangor. Data kajian telah dikumpul menggunakan menggunakan soal selidik. Data kajian telah dianalisis
secara deskriptif dan inferensi dengan nilai kekerapan, peratus, purata min dan analisis varian sehala (ANOVA). Hasil
kajian mendapati penerimaan responden terhadap mawduk dalam pembelajaran akidah dengan nilai purata min di
tahap tinggi (min = 3.90), penerimaan mawduk dalam pembelajaran ibadah dengan purata min di tahap tinggi (min =
4.03), penerimaan mawduk dalam pembelajaran akhlak dengan purata min di tahap tinggi (min = 3.98), penerimaan
mawduk dalam pembelajaran hadith dan tafsir dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69), dan
penerimaan mawduk dalam pembelajaran sirah dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69).
Dapatan kajian turut mendapati penerimaan responden terhadap metod pengajaran pengajar dengan nilai purata
min di tahap sederhana (min = 3.58). Terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan responden mengikuti pengajian
takmir masjid dengan bahan yang disediakan (P = 0.007, P<0.05) dan metod pengajaran yang disampaikan (P =
0.035, P<0.05). Implikasi kajian menunjukkan pengajian takmir masjid telah diterima dengan baik dalam masyarakat
Islam kerana memberikan nilai penting kepada pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi mengukuhkan kehidupan
beragama. Justeru pengajian takmir masjid yang dijalankan harus menyusun secara sistematik terhadap aspek-aspek
yang berkaitan dengan kurikulum, bahan pengajaran kepada peserta dan latihan pengajar agar ia memberikan kesan
yang positif kepada masyarakat Islam
Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf
Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan
dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan
tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi
membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah
kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran
Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan
enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang
kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau
tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf
dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada
status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam.
Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al
Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek
kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu
tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan
tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan
pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala
sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau
kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan
keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka
sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf
sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi
kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka