53 research outputs found

    Financial Planning Towards Marriage Among the Millennial Generation

    Get PDF
    The economic situation that is getting more challenging, and the desire to dream for a luxurious marriage is a challenge faced by couples who are heading towards marriage nowadays. Thus, the objective of this study is to identify whether the millennial generation has a specific saving for marriage or not, identifying items and expenditure estimates for their wedding, and identifying the millennial generation's financial sources to celebrate their wedding. The purposive sampling technique was used in this study. The data collection instrument was using questionnaires. Questionnaires were distributed at Medan MARA Marriage Course, Kuala Lumpur. As many as 85 people of the millennial generation (aged 18 to 40 years old) who are Muslims and have not been married were involved in this study. Descriptive statistics were used to answer the study objective. Study results found that most of the millennial generation has a specific saving to get married, especially men. The estimated value for wedding expenses is between RM10,000 to RM15,999. Savings, loans, and family contributions were three main financial sources for the millennial generation to accomplish their wedding. The study implication suggests that the millennial generation be wiser in personal financial planning, especially in planning savings and expenses for their wedding

    Employees’ Participation in Decision Making (PDM): a literature survey

    Get PDF
    Contemporary organizations are forced to find ways to be more flexible and adaptive in order to stay competitive, and the increased importance of employees cannot be over-emphasised. This is reflected in the growing recognition of the employees’ participation in the organisational decision making process (PDM). This study examined the question of employees’ PDM as studied and deliberated in the literature. A total of 32 published articles from year 2010-2014 covering 24 variables provided the basis of this inquiry. The findings revealed that variables that had positive correlations with PDM were gender, education level, job experiences, organizational performance, job satisfaction, job performance, job commitment, perceived supervisor support, perceived organizational support, attitude, psychological ownership, self-efficacy, training, leadership, trust, motivation and productivity. All this reiterated the fact that employees’ PDM was one of the effective tools in enhancing positive outcomes for organisations, and should therefore be given due priority in organisational management

    Pengurusan kewangan generasi milenial di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

    Get PDF
    Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada individu yang tergolong dalam golongan generasi milenial. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik akan mendorong kepada masalah seperti ketirisan kewangan, penyelewengan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan mendatangkan impak yang negatif terhadap generasi milenial untuk menguruskan kewangan dalam kehidupan seharian mereka dengan baik. Justeru kajian ini dilaksanakan ke atas golongan generasi milenial yang menetap di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial di Seremban 2. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam pengutipan data. Jumlah sampelyang berjaya didapatkan ialah 49 orang generasi milenial. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapatigenerasi milenial masih berada di tahap yang sederhana dalam pengurusan kewangan mereka. Hal ini perlukan perhatian yang serius dan tindakan segera daripada pihak yang berautoriti. Semua ini penting untuk meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial

    Pengurusan kewangan usahawan : kajian kes usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan

    Get PDF
    Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan yang memilik sebuah perniagaan, pengurusan kewangan penting bagi melancarkan perjalanan sesebuah perniagaan. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik dan efisien akan menyebabkan berlakunya masalah, seperti ketirisan kewangan, penyelewangan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan memberi impak negatif kepada pengurusan kewangan perniagaan. Maka, satu kajian perlu dilakukan ke atas usahawan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan KADA. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan akan diaplikasikan dalam pengutipan data. Sasaran sampel kajian adalah 80 orang usahawan KADA di Kota Bharu, Kelantan. Data yang diperolehi akan dianalisis secara diskriptif. Jangkaan hasil kajian adalah sebahagian usahawan masih lemah dalam pengurusan kewangan perniagaan mereka. Hal ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera daripada pihak KADA dan usahawan itu sendiri. Semua ini perlu bagi meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan agar ia tidak menjadi satu masalah besar kepada usahawan berkenaan

    Pola tingkah laku kewangan pekerja keluarga dwikerjaya.

    Get PDF
    In order to enhance the empowerment of consumerism, financial behaviours among workers are very important. Excellent financial behaviours will encourage individuals to achieve a high financial well-being. Previous reviews have that financial behaviour had a significant relation with financial well-being. The objectives of this study are to identify the pattern of financial behaviour among workers of dual-career families and to examine the differences in term of gender, education level and job position. The subjects of this study were government staff of different job positions. Based on this 'drop and pick-up' method, a total of 415 respondents were selected. The study findings showed that approximately 60 percent of respondents spent more than their income, more than 50 percent of respondents paid their utilities bill on time, and around 40 percent of respondent had some forms of saving. The overall level of financial behaviour practices were high, except for record keeping on expenses and saving for retirement. In addition, the differences in education level and job position are observed in the overall score of financial behaviour

    Pengurusan kewangan usahawan MADA : kajian kes di Kubang Pasu, Kedah

    Get PDF
    Kegagalan sesetengah usahawan dalam bidang perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan dan tahap pengetahuan yang tidak memuaskan mengenai amalan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan MADA. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 52 orang ahli agropreneur muda di sekitar kawasan Kubang Pasu, Kedah. Analisis statistik deskriptif dan analisis statisitik inferensi digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengurusan kewangan usahawan MADA masih di tahap memberangsangkan. Selain itu, lima faktor tersebut sesetengahnya ada mempengaruhi tahap pengurusan kewangan. Sesetengah usahawan tidak mengaplikasi pengurusan ini dalam perniagaan yang dijalankan melalui pemerhatian ketika kajian dilakukan. Tuntasnya, sesetengah usahawan tidak bersetuju dengan program atau pemerhatian oleh pihak MADA kerana banyak kelemahan dikenalpasti. Bagi memahami dengan lebih lanjut, dapatan ini perlu dilihat semula untuk mengetahui kelemahan dari sudut usahawan atau program yang dianjurkan dan faktor-faktor yang menjurusnya

    Kebarangkalian berkahwin lewat dalam kalangan generasi milenium di Malaysia

    Get PDF
    Fenomena kahwin lewat telah menyumbang kepada ketidaksuburan dan ketidakseimbangan struktur umur dalam populasi penduduk di Malaysia. Jumlah populasi warga emas yang tidak diimbangi oleh kelahiran kanak-kanak menyebabkan negara bakal menjadi sebuah negara tua menjelang 2030. Generasi milenium yang merupakan 40 peratus daripada populasi penduduk adalah pendukung kepada aspirasi pembangunan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kebarangkalian berkahwin lewat, dan menganalisis faktor yang mempengaruhi kebarangkalian berkahwin lewat dalam kalangan generasi milenium. Sebanyak 285 pelajar prasiswazah warganegara Malaysia, bujang dan berumur 24 tahun ke bawah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dianalisis dalam kajian ini. Ujian regresi multinomial logistik digunakan bagi menentukan faktor yang mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk berkahwin lewat iaitu latar belakang diri dan keluarga, faktor sosioekonomi, faktor budaya dan perwatakan generasi milenium. Hasil kajian mendapati majoriti responden tidak pasti terhadap kebarangkalian berkahwin lewat. Analisis regresi multinomial logistik pula menunjukkan faktor sosioekonomi dan faktor budaya telah mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk berkahwin lewat. Manakala faktor budaya dan bapa yang berpendidikan sehingga sekolah rendah dan ke bawah telah mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk tidak pasti berkahwin lewat lebih tinggi daripada kebarangkalian tidak berkahwin lewat. Implikasi kepada kajian ini memerlukan pihak kerajaan dan pihak berkepentingan meningkatkan kesedaran generasi milenium terhadap kepentingan perkahwinan demi memastikan kelangsungan sumber manusia negara. Perhatian khusus kepada faktor-faktor yang menyebabkan kebarangkalian kahwin lewat juga perlu diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya

    Faktor yang mempengaruhi komitmen pekebun kecil kelapa sawit ke arah memperoleh persijilan MSPO

    Get PDF
    Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diperlukan untuk meningkatkan imej minyak sawit negara dari segi kemampanan. Kejayaan pelaksanaan pensijilan MSPO dianggap memerlukan komitmen daripada pekebun kecil kelapa sawit, yang memainkan peranan penting dalam pengembangan kelapa sawit dan merupakan pemain utama dalam industri kelapa sawit global. Walaupun penyelidikan sedia ada mengenai subjek ini, terdapat jurang yang ketara dalam memahami pengaruh komitmen kesediaan pekebun kecil kelapa sawit untuk pensijilan MSPO. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh komitmen pekebun kecil kelapa sawit terhadap kesediaan mereka untuk mendapatkan pensijilan MSPO. Populasi kajian ini merangkumi semua pekebun kecil kelapa sawit Sarawak. 441 respons lengkap yang dikumpul telah dianalisis menggunakan pemodelan persamaan struktur persegi terkecil separa (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen pekebun kecil kelapa sawit secara signifikan mempengaruhi kesediaan mereka untuk mendapatkan pensijilan MSPO. Kajian ini memberi beberapa implikasi praktikal kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menangani isu pensijilan MSPO dengan lebih berkesan, kerana pelaksanaan MSPO dalam kalangan pekebun kecil memberikan kelebihan daya saing untuk minyak sawit Malaysia dan mempromosikan produk lestari Malaysia di peringkat global

    Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh

    Get PDF
    Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat

    Penglibatan dan produkviti buruh tempatan dalam industri kelapa sawit

    Get PDF
    Produktiviti merupakan faktor penting untuk memastikan output yang optimum. Dalam industri kelapa sawit, produktiviti buruh memainkan peranan penting untuk memastikan kelestrarian pengeluaran hasil kelapa sawit mencapai sasaran. Sarawak yang merupakan negeri utama penyumbang industri kelapa sawit di Malaysia terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga buruh yang serius. Pemberhentian buruh asing disebabkan oleh pandermik Covid 19 menjadikan isu buruh di Sarawak lebih parah. Penglibatan buruh tempatan diharapkan dapat menyelesaikan isu pemberhentian buruh asing. Namun begitu, rata-rata orang tempatan kurang berminat untuk terlibat dalam sektor pertanian kelapa sawit. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan penglibatan buruh tempatan dalam pertanian kelapa sawit dan juga strategi untuk meningkatkan produktiviti buruh tempatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatatif dan persampelan bertujuan dalam pengutipan data. Seramai 56 orang pekebun kecil kelapa sawit (PKS) yang mempunyai buruh tempatan telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan, jenis buruh tempatan adalah ahli keluarga, sanak saudara dan buruh kampung. Mereka ini dibayar secara kontrak dan juga mengikut bilangan pokok kelapa sawit. Dari segi strategi untuk meningkatkan produkviti buruh, menggunakan pekerja yang berkemahiran, amalan pertanian baik, modal yang mencukupi, kemahiran menguruskan haiwan perosak dan penyakit tanaman, pengkhususan kerja, kerja berkumpulan serta memberikan ganjaran merupakan antara saranan yang dikemukan oleh PKS. Jika masalah ini tidak ditangani ia akan menjejaskan keseluruhan industri kelapa sawit khususnya di Sarawak memandangkan negeri ini merupakan antara penyumbang terbesar kelapa sawit negara. Jika kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat menyelesaikan isu kekurangan buruh dalam industri kelapa sawit, ia akan menjejaskan seluruh industri kelapa sawit Malaysia
    corecore