2 research outputs found

    TAHAP IKLIM SEKOLAH, TAHAP KOMITMEN GURU SERTA HUBUNGAN DI ANTARA IKLIM SEKOLAH DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MACHANG, KELANTAN

    Get PDF
    Kertas kerja ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru, tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jantina guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru bagi guru sekolah-sekolah menengah Daerah Machang, Kelantan. Disamping itu, kertas kerja ini juga mengkaji dimensi iklim sekolah yang sangat kuat mempengaruhi tahap komitmen guru. Dimensi iklim sekolah adalah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Seramai 248 orang guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah populasi iaitu seramai 678 orang guru. Sebanyak 7 buah sekolah diambil sebagai sampel kajian dan sampel kajian dipilih secara rawak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk analisis deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dan positif serta menunjukkan hubungan pada tahap yang sederhana di antara iklim sekolah dengan komitmen guru (r=0.506, p<0.01). Korelasi Pearson digunakan sebagai statistik inferensi pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah dengan pembolehubah bersandar iaitu komitmen guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi iklim sekolah yang mempengaruhi komitmen guru seperti kerjasama (β=0.242, t=03.873), membuat keputusan (β=0.331, t=5.036) and inovasi pengajaran (β=0.300,t=4.295). Walau bagaimanapun, dimensi membuat keputusan adalah dimensi yang paling berpengaruh terhadap komitmen guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa sekiranya pihak pengurusan sekolah berhajat untuk meningkatkan komitmen guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan perlulah di pertingkatkan

    Tukun Proka Culvert

    No full text
    Video Tukun PROKA: Penghasilan video TUKUN PROKA CULVERT memaparkan penyelidikan dan inovasi baharu yang dihasilkan oleh PM Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff (iCreaTE UNIMAS) bersama pelajar Masters beliau, En. Fairol Tajuddin Suhaili yang merupakan Pegawai Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS). Projek PROKA ini menggunakan culvert yang dibuang dan tidak dapat gunakan lagi oleh pihak industri pembinaan. Culvert-culvert ini digunapakai semula dan disusun bagi mewujudkan satu inovasi baharu yang dinamakan Tukun PROKA. Tukun PROKA telahpun selamat dilabuhkan di Perairan Sematan. Dengan wujudkan Tukun PROKA ini, ianya dapat membantu perairan Sarawak mewujudkan ekosistem atau tempat tinggal dan perlindungan bagi hidupan laut serta pembentukan batu-batu karang dan membantu dari serangan pukat-pukat tunda. Dengan wujudnya Tukun PROKA inilah nelayan-nelayan kampung dapat memperolehi ikan-ikan dan hidupan laut yang lebih bermutu dan banyak
    corecore