22 research outputs found

    Daya Kreativiti Kanak-kanak: Satu Kajian Kes

    Get PDF
    AbstractPemerolehan bahasa berlaku pada manusia sejak lahir yang mana memiliki keupayaan untuk berbahasa dengan adanya alat pemerolehan bahasa semula jadi. Kajian “Daya Kreativiti Kanak-kanak” adalah bertujuan untuk mengenal pasti instrumen atau bahan yang bersesuaian untuk membina dan merangsang kreativiti kanak-kanak dan untuk menganalisis tahap kefahaman kanak-kanak melalui instrumen yang diuji. Dalam menguji kefahaman subjek kajian, Teori Kod Kognitif yang telah diperkenalkan oleh Chomsky dan Teori Pertumbuhan Kognisi oleh Piaget telah digunakan. Sebanyak lima orang subjek kajian yang terpilih, iaitu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di kawasan perumahan Seri Serdang, Selangor. Instrumen seperti buku cerita, lagu rakyat dan permainan digunakan dalam kajian ini. Instrumen lagu dan permainan yang menghasilkan penceritaan menunjukkan kanak-kanak pada tahap concrete operational yang mana kanak-kanak berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam teori pertumbuhan kognisi oleh Jean Piaget. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah lapangan dan temu bual. Kajian ini memberi ruang kepada para guru untuk menggalakkan murid-murid berfikir di samping meningkatkan penguasaan kosa kata yang sedia ada, malah pada masa yang sama ini akan meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak

    Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban

    Get PDF
    Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bukan merupakan proses yang mudah tambahan lagi bagi murid-murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Persekitaran yang kurang memberangsangkan mengakibatkan kesukaran kepada murid-murid tersebut menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh faktor sosial yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua muridmurid Iban. Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 225 orang murid Iban tahap 2 di sekolah-sekolah rendah pedalaman 3 di daerah Kapit. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mempunyai 42 item secara keseluruhannya yang merangkumi lima aspek sosial, iaitu rakan-rakan, keluarga, persekitaran, motivasi dan sikap. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sosial dominan yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Justeru, guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek sosial motivasi, sikap dan persekitaran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selain faktor sosial rakan sebaya dan keluarga, terutamanya yang mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada murid-murid bukan bahasa Melayu

    Sikap dan motivasi murid Bajau dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang dimiliki oleh murid-murid Bajau sekolah rendah pedalaman yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Bajau berdasarkan jantina dalam mempelajari bahasa Melayu. Seramai 56 orang murid Bajau tahun 4, 5, dan 6 dari 3 buah sekolah rendah pedalaman di daerah Beluran dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 36 item dan terbahagi kepada dua konstruk iaitu sikap dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Bajau sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan yang mempelajari bahasa Melayu. Kesimpulannya, murid-murid Bajau menunjukkan sikap yang positif serta motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

    Kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mengenal pasti kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antara aplikasi Web 2.0 yang dipilih ialah penggunaan blog, penggunaan media sosial, perkongsian media dan penggunaan wiki. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan kompetensi aplikasi Web 2.0 guru, sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0 dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman mengajar. Seramai 137 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sebuah daerah dalam Negeri Sembilan dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk analisis inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Web 2 dengan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman mengajar. Oleh itu, penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 277 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains dan Sastera daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu

    Economic system of Malay community: Self sufficiency to commersial economic level.

    Get PDF
    This paper discusses the economic system of Malay community from self-sufficiency to commercial level. Since the beginning of 19th century until 1963, the economic system in Malaysia can be categorised into 2 main categories; self-sufficiency economic system and commercial economic system. The pattern and manner of the economic system at that time followed exactly the system imposed by the ruler. Malay traditional economic system was different from the economic system brought by the British. The Malays based their economics on the self-sufficiency sytem. The purpose of this system was to support the family’s daily needs. Majority of these Malay communities lived by the riverside and at the remote areas. They planted paddy. When the British came and conquered Malaya, the self-sufficiency system was changed to the economic commercial from the aspect of planting, technology, and marketing. Now at the 21st century, Malays have transformed themselves systematically in this economic sector parallel to the world’s every need. The pattern of today’s economic is more commercialised with the help of the sophisticated technology. Nevertheless, being Malays, there are some of the communities who still cling to the self-sufficiency system as their hobby. With the existence of the sophisticated technology in agriculture, the economic opportunities are getting higher and the marketing needs have started demanding on new things to be marketed

    Keberkesanan pembelajaran Bahasa Melayu berteraskan kreativiti dalam pembinaan ayat

    Get PDF
    Kajian ini berfokus kepada strategi pembinaan ayat menggunakan kreativiti yang digunakan oleh guru bahasa Melayu yang bertujuan membuktikan bahawa teori kreativiti yang diolah dari Paul Torrance (1970) seperti kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan perkembangan idea akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kreativiti guru diukur menggunakan Torrence Tests of Creative Thinking (TTCT) berdasarkan pembinaan ayat. Sasaran kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah swasta dengan melibatkan 15 orang murid tingkatan satu. Instrumen yang digunakan adalah aktiviti kreativiti menggunakan keratan akhbar. Analisis dokumen dijalankan setelah guru menjalankan kreativiti seperti penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran menggunakan kaedah (1) potong dan tampal perkataan, (2) ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan iklan dan (4) ayat berdasarkan gambar tokoh digunakan dalam kajian ini. Hasil daripada analisis dokumen mendapati murid dapat menguasai pembinaan ayat secara kreatif dan inovatif setelah menggunakan kreativiti dalam pengajaran. Penggunaan keratan akhbar ini dapat mencetuskan daya imaginasi murid dalam bilik darjah seterusnya meningkatkan teknik untuk membina ayat dengan cepat dan efektif. Murid didapati lebih petah menuturkan ayat secara lisan serta pantas mengembangkan idea yang unik dan berinformasi. Kajian ini membuka peluang kepada guru untuk menghasilkan kreativiti yang tersendiri di dalam bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar

    Strategi pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Wilayag Yala, Selatan Thailand

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di wilayah Yala, Selatan Thailand. Kajian ini berlandaskan Klasifikasi Strategi Pembelajaran Bahasa (Wenden, 1991) yang membahagikan strategi pembelajaran kepada dua, iaitu (i) strategi kognitif: memilih maklumat, memahami, simpan, dan dapatkan semula maklumat; dan (ii) strategi pengurusan diri: memantau atau menguruskan proses pembelajaran seperti pembelajaran kendiri. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu pada tahap yang sederhana (3.23). Tumpuan ketika guru membaca teks bahasa Melayu (min, 3.60) merupakan SPB yang paling kerap digunakan oleh pelajar IPT di Yala. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan guru bagi memilih strategi pembelajaran bahasa yang sesuai supaya dapat meningkatkan tahap penguasaan membaca bahasa Melayu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing

    Integration of 21st Century Learning Skills (4C Elements) in Interventions to Improve English Writing Skill Among 3K Class Students

    Get PDF
    21st Century Learning is a student-centered learning process that has been introduced in Malaysia since 2014. This study aims to integrate the 4C elements, which are collaboration, communication, creativity, and critical thinking in the interventions to improve English writing skill among 3K class students. Also, the study was conducted to determine how peer guidance can help 3K class students, who were weak in writing, to improve their English writing skills. The action research was carried out based on Kurt Lewin's Model. The research instruments involved were pre-test, post-test, and semi-structured interview. A total of 32 students sat for both pre-test and post-test before and after the interventions. A semi-structured interview consisting of five questions was conducted after the student completed the post-test. Descriptive statistics involving mean and percentage scores were used to analyze pre-test and post-test findings, while the interview findings were summarized. The results showed that there was an improvement in their English writing skills, where the mean score for the pre-test was 19.34, while the mean score for post-test was 22.66. The findings indicate that weaker students agreed that guidance of students who possess better writing skills helped them improve their English writing skills. The results of the pre-test and post-test showed that the intervention conducted has successfully helped 3K class students to improve their English writing skills

    Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) dan kekerapan penggunananya berdasarkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid kaum Cina berdasarkan berdasarkan sikap. Seramai 181 orang murid kaum Cina tingkatan 4 di daerah Muar, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Instrumen soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Instrumen kajian menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Soal selidik ini terbahagi terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu maklumat demografi, strategi pembelajaran bahasa Melayu dan sikap. Data soal selidik ini di analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid kaum Cina menggunakan SPB secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana (min = 3.45). Strategi bertutur (min = 3.55) adalah strategi yang paling tinggi digunakan diikuti strategi mendengar (min = 3.53), menulis (min = 3.43) dan membaca (min = 3.29). Sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan tahap yang sederhana (min = 3.49). Dapatan menunjukkan bahawa murid kaum Cina menunjukkan sikap yang positif terhadap ke semua strategi dalam kemahiran bahasa. Kesimpulannya, dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dengan mengambil strategi pembelajaran sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan bukan Melayu
    corecore