research

Kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mengenal pasti kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antara aplikasi Web 2.0 yang dipilih ialah penggunaan blog, penggunaan media sosial, perkongsian media dan penggunaan wiki. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan kompetensi aplikasi Web 2.0 guru, sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0 dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman mengajar. Seramai 137 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sebuah daerah dalam Negeri Sembilan dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk analisis inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Web 2 dengan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman mengajar. Oleh itu, penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Similar works