5 research outputs found

    Gaya Pengajaran Pensyarah di Sebuah Maktab Perguruan Terpilih dari Persepsi Guru Pelatih

    Get PDF
    Gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan boleh memberi kesan kepada prestasi guru-guru pelatih. Sehubungan dengan itu adalah penting untuk dikenalpasti persepsi guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah supaya pensyarah maktab perguruan boleh melakukan perubahan yang positif terhadap gaya pengajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan dan kajian ini juga menentukan profil gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran. Sejumlah 145 guru-guru pelatih semester akhir Maktah Perguruan Kuala Terengganu dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji bersama dua pembantu. Data telah dianalisis menggunakan program Statistical Packge for Sosial Science (SPSS) for MS Window Release 6.0

    Kepimpinan Transformasional Penolong Kanan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Efikasi Guru

    Get PDF
    Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKKo) merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memimpin serta berkait langsung dengan pelaksanaan dan kegiatan kokurikulum. Justeru, GPKKo perlu mempengaruhi dan meningkatkan potensi dan efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Artikel ini bertujuan meninjau amalan kepimpinan transformasional GPKKo dan hubungannya dengan efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Sabak Bernam. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Artikel ini akan membincangkan empat dimensi kepimpinan transformasional GPKKO yang berfokus kepada memupuk pengaruh yang ideal, motivasi berinspirasi, membina ransangan intelek, serta pertimbangan berasaskan individu dan tiga dimensi efikasi guru iaitu strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar berdasarkan 140 responden yang terdiri daripada guru-guru di lima buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Sabak Bernam. Dapatan kajian mendapati amalan kepimpinan transformasional GPKKo di daerah Sabak Bernam adalah pada tahap yang tinggi (min=3.8878, sp=.61967). Kajian juga mendapati bahawa guru-guru di daerah Sabak Bernam mempunyai tahap efikasi yang tinggi (min=4.0740, sp=.47861) dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Hasil dapatan ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana, signifikan dan positif (r=0.473, p<0.01) antara amalan Kepimpinan Transformasional GPKKO dan efikasi guru. Implikasi hasil daripada dapatan ini menjadi panduan kepada GPKKo dalam menambah baik amalan kepimpinan agar tahap efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dapat dipertingkatkan. Kesimpulannya, amalan kepimpinan GPKKo mempengaruhi tahap efikasi guru dan keduanya saling berhubungan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah

    Liderazgo educativo de los directores y relación con el desempeño de los docentes

    Get PDF
    The Ministry of Education’s continuous effort in ensuring the success of education transformation requires the commitment of headmasters with instructional leadership qualities and high performing teachers. The role of instructional leadership is vital and can be a determinant of excellence and achievement of the desired education. There were three objectives of this study: (1) to identify the level of instructional leadership practice by the headmaster; (2) to identify the level of performance of the teachers; and (3) to identify the relationship between the level of instructional leadership practice and teacher performance. This study is a descriptive research using survey design involving 92 teachers of a National Primary School (Tamil) (SJKT) in Jasin, Melaka, Malaysia. The instrument was a questionnaire on teacher leadership instructional styles and teacher performance. The result showed that the level of instructional leadership of the headmasters and the level of performance of the teachers were high and there was a significant relationship between the headmaster instructional leadership practice and the performance of the teachers. Based on the findings of the study, several suggestions were proposed for the purpose of further improving the instructional leadership of the headmasters and the performance of the teachers in the future.El esfuerzo continuo del Ministerio de Educación para garantizar el éxito de la transformación educativa requiere el compromiso de los directores con cualidades de liderazgo instructivo y maestros de alto rendimiento. El papel del liderazgo educativo es vital y puede ser un determinante de la excelencia y el logro de la educación deseada. Había tres objetivos de este estudio: (1) identificar el nivel de práctica de liderazgo instructivo por parte del director; (2) identificar el nivel de desempeño de los docentes; y (3) identificar la relación entre el nivel de práctica de liderazgo instructivo y el desempeño del maestro. Este estudio es una investigación descriptiva que utiliza el diseño de la encuesta con 92 maestros de una Escuela Primaria Nacional (Tamil) (SJKT) en Jasin, Melaka, Malasia. El instrumento era un cuestionario sobre estilos de instrucción de liderazgo docente y desempeño docente. El resultado mostró que el nivel de liderazgo de instrucción de los directores y el nivel de desempeño de los maestros eran altos y que había una relación significativa entre la práctica de liderazgo de instrucción del director y el desempeño de los maestros. Sobre la base de los resultados del estudio, se propusieron varias sugerencias con el fin de mejorar aún más el liderazgo educativo de los directores y el desempeño de los maestros en el futuro
    corecore