14 research outputs found

    Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita

    Get PDF
    Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situasi semasa dalam masyarakat tersebut. Pandangan Foucault ini dipersetujui oleh Fairclough (2003) yang menjelaskan bahawa wacana mengikut konteks boleh menggunakan bahasa ujaran (lisan) dan komunikasi tanpa ujar (bukan lisan). Malah, Fairclough dan Wodak (1997) yakin bahawa wacana wujud dalam hampir semua situasi dan tujuan. Pandangan Fairclough dan Wodak ini selaras dengan aktiviti wacana di ruangan forum akaun Facebook Pemuda UMNO Malaysia dan dua portal berita iaitu Malaysiakini.com dan Harakahdaily.net. Ketiga-tiga ruangan forum ini diuji menggunakan Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat menggunakan pendekatan mengklasifikasikan data menggunakan deskriptor petunjuk corak dan aliran pendapat, menghuraikan proposisi bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM) dan justifikasi hujah pendapat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat pola ideologi dan tujuan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara dalam hampir setiap hujah pendapat yang dikemukakan oleh setiap peserta wacana di ruangan forum laman sosial dan portal berita

    Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman: Emosi, Kelakuan, Norma

    Get PDF
    Media sosial kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia. Ia berfungsi sebagai mediaum yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna dan sudah tentu memudahkan urusan perkongsian maklumat dalam kalangan ahli-ahli komuniti yang menggunakan teknologi media sosial tersebut. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) digunakan oleh penyelidik untuk menzahirkan gambaran aktiviti wacana di group whatsapp yang dijayakan oleh admin yang berkenaan dan ahli-ahli group whatsapp yang berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut maklumat tentang bingkai pendapat individu terutama tentang ciri-ciri pendapat dari sudut corak dan aliran, tona negatif dan positif serta istilah yang mengaitkan pihak pengurusan kolej, organisasi pelajar di kolej kediaman dan pelajar-pelajar yang menghuni kolej kediaman yang berkenaan. Model EKNI atau TtEKNI dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan ahli-ahli dalam lima group whatsapp terhadap mesej berkaitan sahsiah dan aktiviti pelajar dalam satu-satu perbualan di group whatsapp yang dikaji. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, maklumat yang dikongsi dan diproses seterusnya diberikan maklumbalas oleh warga kolej kediaman Excellence (E) menerusi lima group whatsapp telah memberikan impak yang positif kepada rangka kerja pengurusan kolej kediaman ini secara keseluruhan

    Pilihanraya Kecil Kimanis: Isu Lokal, Jentera Kempen dan Aura Barisan Nasional

    Get PDF
    Penolakan Mahkamah Pilihan Raya terhadap rayuan oleh penyandang kerusi P176 bagi petisyen untuk mencabar kemenangan penyandang berkenaan telah menyebabkan Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan di kawasan tersebut. Terdapat seramai 29, 618 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 66.54% bumiputera Islam (19,708), 29.93% bumiputera bukan Islam (8,865), 3.19% (945) dan lain-lain 0.34% (100). Demografik pengundi ini hakikatnya dapat menjelaskan sebab mengapa kemenangan parti BN sebelum ini dalam PRU14 adalah tipis dan dalam PRK Kimanis juga, angka majoriti kemenangan BN juga tidak begitu besar berbanding peratusan keluar mengundi dalam PRU14 yang lalu. Terdapat kemungkinan pengundi-pengundi wujud situasi groupthink dan kesan bandwagon dalam kalangan pengundi yang meyakini bahawa kerajaan Warisan boleh menang dengan mudah dan dengan sebab itu ramai pengundi luar kawasan yang tidak balik mengundi pada 18hb Januari 2020 kerana isu lokal tidak begitu memberi kesan kepada pengundian kelak. Rumusan oleh informan kajian yang ditanya menerusi temuramah bersemuka selepas keputusan diumumkan pada malam penjumlahan undi menggariskan tiga sebab yang boleh dipertanggungjawabkan atas kekalahan Parti Warisan iaitu, 1). isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang sukar ditangani dengan betul oleh pihak kerajaan, 2). jentera kempen Parti Warisan yang agak kelam kabut, dan; 3). sebilangan besar pengundi-pengundi Parti Warisan tidak keluar mengundi atas sebab tertentu

    Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian

    Get PDF
    Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah “digital poverty” yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa “digital poverty” hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula “digital poverty”dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain

    Takrifan Autoriti Sebagai Wacana Realiti Sosial dalam Kempen Bulan Penghayatan Kebangsaan

    Get PDF
    Setiap tahun, perayaan Hari Kebangsaan disambut meriah dengan pelbagai kempen dan program anjuran kerajaan bagi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan ini dianjurkan dengan harapan ia dapat membina jiwa kenegaraan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Pengisian dalam kempen Hari Kebangsaan adalah sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatur pelan strategi yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Di sini, pengaruh realiti sosial takrifan autoriti dijangka memainkan peranan dalam mengawal situasi untuk mengekalkan sesuatu penguasaan yang telah diperolehi. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempen dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar.  Dalam masa yang sama kebijaksanaan kerajaan dalam merangka kandungan kempen perlu agar integriti kerajaan dalam memimpin negara diperolehi dan dipandang tinggi di mata dunia. Kaedah perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam telah dijalankan untuk mengenalpasti adakah wujudnya unsur ‘authority-defined’ dalam pemilihan isi kandungan kempen bulan Kebangsaan. Dapatan yang digarap daripada perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam dikaitkan dengan konsep realiti sosial takrifan autoriti sebagai pemangkin kepada pembentukan terhadap penguasaan dalam kalangan rakyat negara ini. Kajian ini diharap dapat memberikan  pemahaman yang lebih jelas mengapa konsep takrifan autoriti (authority-defined) itu lebih penting untuk dipraktiskan dalam pengurusan sesebuah pemerintahan berbanding amalan takrifan harian (everyday-defined). &nbsp

    The dynamics of personal ethics and ethical climate in public relations practitioners’ decision making

    Get PDF
    This study examines the contemporary pragmatic public relations ethics that focuses on decision making to relate public relations practitioners’ ethics with their organizational ethics using Grunig and Hunt (1984) excellence theory. The aim of this study is to identify the association and the strength of the association between public relations practitioners’ ethical evaluation and ethical climate of the organization in decision-making process. This study used a structured questionnaire to measure the three different parameters in ethical evaluation (reasoning, consideration, and judgment) and the ethical climate of the organization simultaneously. The association between them is later identified from the Pearson correlation test. Respondents selected were 100 people who actively practicing public relations around Kota Kinabalu. The study revealed a positive, weak correlation as the indication that the score of ethical evaluation can but not always be used to predict the score of ethical climate. In ethically challenging decision making, one’s personal ethics is barely associated with organization’s ethical climate. Furthermore, the association shows that public relations practitioners are predominantly evaluate the situation and make ethical decision in ethical organization, though dilemmas are tempting and dragging towards unethical decision. In such inconsistency between practitioners and their organization, it is problematic because the interpersonal and organizational aspects in ethical decision making can help the organization to pursue an excellent, ethical public relations practice when addressed strategically

    Kempen Penghayatan Bulan Kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej

    Get PDF
    Kempen merupakan satu set aktiviti yang dirancang oleh seseorang dalam jangka masa tertentu untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam mencapai misi dan matlamat, setiap kempen berbeza dari segi pendekatannya bergantung kepada objektif dan khalayak sasaran. Matlamat utama kempen kesedaran awam bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sesuatu dasar, perkhidmatan, program atau mengenai sesuatu isu. Oleh itu, kerajaan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan kempen Hari Kebangsaan dengan teliti bagi mencapai tujuan yang direncanakan agar dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar. Dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bulan Kebangsaan, setiap tahun kerajaan akan menganjurkan kempen Hari Kebangsaan bagi menyuntik semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempen dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar.  Dalam masa yang sama kandungan serta tujuan kempen tersebut dijalankan agar dapat menjawab persoalan tentang kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan belia hari ini.  Perbincangan kumpulan fokus ke atas belia Sabah, Sarawak dan Semenanjung dijalankan khusus untuk mendapatkan maklumat tentang penghayatan mesej patriotisme menerusi kempen Hari Kebangsaan yang berpotensi membantu membina negara yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dan arus pemodenan

    Spatial analysis approach for sustainability of campus radio in Malaysia: Case study of UMS KKFM campus radio

    Get PDF
    The campus radio in Malaysia usually established for educational purpose which is important for the student’s development in soft skills. Unfortunately, some campus radio is regarded as not popular and irrelevant due to the emergence of the Internet. Thus, this leads to low utilization of campus radio among students and the public. Although, there are listeners to the campus radio but it is difficult to identify the distribution pattern especially the location of the listeners. Therefore, this study was conducted using spatial analysis to determine the distribution pattern of radio listeners specifically towards campus radio in Universiti Malaysia Sabah (UMS) KKFM. The study was based on the perceptions of the respondents reside around the area of UMS with distance within 15km. Techniques such as interpolation, hotspot and geographic distribution measurement were applied in this study using ArcGIS software. Based on the result, the spatial pattern shows that the public and those reside far from UMS are among the regular listeners of the campus radio. Finally, the outcome of this study indicates that the campus radio is still relevant specifically for certain programmes. This study is important for service improvement and to achieve sustainability of the campus radio

    Strategi Komunikasi Dan Birokrasi: Satu Tinjauan Sejarah Aplikasi Amalan Perhubungan Awam Dalam Agensi Kerajaan Negeri Sabah

    Get PDF
    The practice of public relations complements tactics of organizational communication in terms of creating and disseminating messages within organization. Tactical message dissemination is technically used to get information direct from its sources as it will help management of the organization to make a crisp and accurate decision. Public relations task on tactical message dissemination are specially assigned to a particular person in this field purposely to gain image of his or her bosses as well as to enhance writing skills and surely to let everybody knows anything in an organization. A kind of job is successfully being traced back to 1959. Through the Press Officer and Junior Information Officer (Div. III, North Borneo Civil Service). As post-independent era in Sabah taking place the responsibility of these two position were also being took by Press Secretary. This study is organized by using content analysis technique to verify a bureaucratic elements those are implicitly practiced in such a job

    Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian

    Get PDF
    Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah "digital poverty" yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa "digital poverty" hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula "digital poverty" dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain
    corecore